Monday 25 March 2013

Malaysia KL Family Fair, MaTiC, KL

Awal sungguh Pak Ariffin tiba, 2.45 petang sudah terpacak di pagar utama sekolah. Hari ini 23 Mac 2013, kami akan ke KL menuju Jalan Ampang, MaTiC untuk persembahan seterusnya. Pak Ariffin pemandu terkini kami.....mana dapat? Big boss laaa......GPS dihidupkan mengekori Pak Ariffin, takut kalau-kalau terpisah dengan van Pak Ariffin. Jalan agak jem juga...tapi still bergerak, kekadang cam semut, kekadang cam ulat gonggok...ok lah.
 
Jam 3.45 tiba di kawasan parkir Bistro Saloma, hujanlah plaks. Tergesa-gesa mengarahkan anak-anak angklung mengangkat alatan ke MaTiC dalam hujan renyai-renyai. Big boss dihubungi....mencari area persembahan. Walaweh....salah masuk, rupa-rupanya jalan pertama tadi. Terpaksa mengambil kereta semula dan dibawa ke kawasan parking berhampiran pentas.
 
 
 
4.30 petang anak-anak angklung diarahkan berkumpul depan pentas untuk minum petang. Sementara menanti masa, kami  berjalan-jalan ke dalam kedai coklat, huh...mahal nak mati kate orang! Local chocholate but sooooo expensive.
 
 
Berkumpul semula setelah merasmikan semua coklat yang dipromosikan kat dalam kedai tu tadi...pedas pun ada...tapi kureeengggg shedap! Pedas! Tea time, makan kuih bakar dengan hirup teh tarik. makan sekeping coklat yang dibeli kat dalam tadi. Kongsi....kongsi....kongsi.....ahhh! Kalau beli kat luar mau dapat berkeping-keping-keping coklat neh.
 

 
Awan mendung.....habis makan, hujan.....hujan....hujan. Berkampung di belakang pentas. Macam-macam aksi berlaku di belakang pentas. Tengok jew lah....
 



Baru jer lepak-lepak, boss dah panggil untuk sound check.....ya ke? Hampir semua lagu kami main semasa sound check....dengarlah, kami upload kat utube. Sampaikan lagu angklung sambutan pun kami main juga, tapi tak sempat rakam sebab dok perhatikan si Sakinah goyang angklung A tak betul sangat, Laju giler....terlocat-locat kawan-kawan dia nak ikut!

 


 
Jam 6.20 petang, persembahan kami dimulakan dengan rasminya. Sebelum memulakan persembahan, MC for de day menemuramah pemain-pemain angklung.



Lagu pertama kami lagu Budi Bahasa Budaya Kita dan diakhiri dengan lagu Bugih Lamo. Persembahan yang mantop dari anak-anak angklung. Semakin hari semakin better persembahan mereka. Tengok sahajalah video-video ini.



 
 
 
 
Sebelum pulang seperti biasa, bergambar untuk memori dan dokumentasi berlatarbelakangkan nama MaTiC bersama big boss.



Sudah pukul 7.15 malam, harus segera beransur pulang sebab nak ke Seremban, ada majlis perkahwinan yang wajib dihadiri. Anak-anak angklung ditinggalkan bersama Pak Ariffin. TQ Pak Ariffin. Bye-bye MaTiC!

Thursday 21 March 2013

Wednesday 20 March 2013

Majlis Perkahwinan

Selepas berhempas-pulas mengeluarkan van dari tempat pakir.....kami menghalakan perjalanan ke Shah Alam.



Van Pak Ariffin dan KIA berpecah dipertengahan jalan. No need to worry....insyallah semua akan selamat sampai. Kami tiba lebih awal dari Pak Ariffin. Setelah selesai berurusan dengan Pak Arffin pulang ke rumah sebentar untuk mengambil barangan yang tertinggal termasuklah fail persembahan untuk majlis perkahwinan nanti. Anak-anak angklung menanti di bangsal sekolah.
 
Dalam perjalanan ke sekolah singgah membeli air kelapa segar.....fuh, panas betul hari ni! Keropok lekor dan pisang goreng untuk mengalas perut sebelum ke rumah Pak Agos. Jam 1 petang menuju ke rumah Pak Agos, mencari pot yang sesuai untuk meletakkan alatan angklung. Anak-anak angklung diarahkan makan sebelum memulakan mainan angklung.
 
Arham, Amnan dan Ariff bertugas memasang stand dan menyediakan fail-fail berkaitan. Sementara menanti meneguk air sejuk segelas....memang haus. Sempat juga merakamkan aksi-aksi anak-anak angklung di bawah pokok mangga dengan DJ yang agak sihat! Hulahup....!
 
 
 
Pengantin dijangka tiba jam 1.30 tengahari. Sebaik sahaja selesai makan anak-anak angklung berkumpul di tempat yang tersedia menanti untuk persembahan. Tu dia...kompang dah berbunyi. Pengantin dah tiba......pengantin dah tiba!
 


Showtime! DJ dah mengumumkan persembahan kami akan dimulakan...eeheleh....tuanrumah dok tegur kompang lom habis main lagi. Apa laa....DJ ni, gelabah jew! Tapi dah dihebahkan persembahan nak dimulakan maka kami meneruskan persembahan. Lagu pertama kami....biasalah, Selamat Pengantin Baru diikuti dengan lagu Kaulah Segalanya, Kenanganku, Bugih Lamo dan diakhiri dengan lagu Anak Kampung sebab depa kata kawasan flat tu ramai orang Sabah.
 


Sekian persembahan kami yang tidak seberapanya ini. Terima kasih kepada tuan rumah membenarkan kami membuat onar di majlis perkahwinan anak mereka....hahahahahaha! Apa-apa pun hari ini kami bekpes kat London....lunch kat Dubai!
 
 
 

Sunday 17 March 2013

Assalamualaikum

Mendapat call dari Cikgu Elsa mengenai siaran secara langsung dalam rancangan Assalamualaikum TV AlHijrah. Puan Khatijah dihubungi untuk mendapatkan maklumat lanjut. Tarikh yang sama untuk ke majlis perkahwinan anak perempuan Pak Agos, 17 Mac 2013. Maklumat terkini turut disampaikan kepada Puan Suri boss kami dalam aktiviti kokurikulum dan Tuan Haji Abdul Wahid boss segala boss di sekolah kami.
 
Mula mencari-cari pengangkutan untuk ke sana. Meminta pertolongan dari pelbagai pihak. Sudahnya boss kami Uncle Sam juga yang dihubungi. Talian hayat........fuh lega. Ada van untuk membawa anak-anak angklung ke sana. Mula berkira-kira lagu mana yang akan dibawa nanti untuk rancangan ini, sesuai dengan segmen. Pilih punya pilih.....lagu Tari Tualang Tiga, Berita Kepada Kawan dan I'ktiraf (Doa Taubat). Latihan pun dimulakan.
 
Jam 5.45 pagi sudah berada di sekolah menanti anak-anak buah tiba. Pak Ariffin tiba awal sepuluh minit. Pantas yooo.....anak-anak angklung pula yang lambat. 6.15 pagi baru tiba di sekolah. Geram pun ada ni! Memulakan perjalanan ke Jalan Perdana bersama van Pak Ariffin. Tiba di hadapan bangunan TV AlHijrah, tak tahu mana nak dituju, Puan Khatijah dihubungi terus. Sampai juga sudahnya.
 
Sarapan amat penting sebelum memulakan aktiviti pagi.....hari ni kami makan roti jala bersama kuah kari dan rendang ayam.....macam tau-tau pula mereka, kuih seri muka! Mentang-mentanglah sekolah kami sekolah Sri Muda.....air? Kopi O.....best!
 

Selepas sarapan, kami dibawa keluar untuk menikmati pemandangan di luar konti dan membuat sound check. Nampak muka Arham bertambah gelabah...suspen untuk ditemuramah nanti. Anak-anak angklung disusun. Angklung mula diayunkan. Mendapat berita bahawa kami akan memainkan 2 buah lagu sahaja. Tetapi oleh kerana mereka akan meminta kami untuk mengulangi lagu yang sama, cadangan lain diberikan. Kami akan memainkan lagu Angklung Sambutan sebagai lagu pertama. Rancangan ini dipersetujui, alhamdulillah.
 


Maklumat terkini...kami akan ke udara pada jam 8.50 pagi. Lepas satu, satu perubahan dibuat....suko ati ko la ee jang. Sementara menanti, anak-anak angklung masuk ke dalam semula, ada aircon...sejuk sikit. 8.40 semua diarahkan turun semula untuk memulakan segmen. Maka berkumandanglah lagu angklung sambutan tanpa minus one.
 


Sebaik sahaja alunan selesai pengacara Assalamualaikum pun masuk dan menemuramah anak-anak angklung....Azizah, Amira, Arham dan Ariff menjadi mangsa pengacara pagi ini.

 
 
Segmen pertama telah selesai dengan jayanya. Menanti pukul 10.00 pagi untuk menutup rancangan Assalamualaikum. Lepak lagi ditangga konti. Macam-macam cerita keluar. Mengumpat pun ada. Maklum, nak menghabiskan waktu tanpa membuang masa....heeeeleeh!


 
Alunan lagu Iktiraf menutup tirai rancangan Assalamualaikum pagi ini, hanya sebahagian lagu sahaja yang dapat dimainkan. Maklum hanya beberapa minit sahaja yang diberikan. Itu pun sudah memadai. Berkemas semula dan sebelum ke bilik untuk menghilangkan dahaga, sempat lagi bergambar!
 

 
Puas membuat bising dalam bilik yang dikhaskan kami mula mengatur langkah ke van Pak Ariffin. Penuh dengan hilai tawa...bising pagi ni dengan suara budak-budak angklung. Setelah semua dimasukkan ke dalam kenderaan adegan yang seronok kita lihat sebentar....rakaman Arham. Enjoy the show!

 
 
 

Monday 11 March 2013

Pertandingan Bakat Hari Kraftangan Kebangsaan

Ada merentas desa pula hari ini....beberapa orang anak angklung terlibat sama. Mengeletarlah kaki dan tangan nampaknya lepas ni. Boleh ke dema main angklung pas ni?
 
Pukul 10.00 pagi ke rest room membersihkan diri dari segala peluh setelah berpeluh-peluh menjawab soalan seorang parent yang tidak berpuas hati anaknya tidak boleh menyertai larian merentas desa pagi ni. Ada ke dia kata undang-undang hari persekolahan lain...undang-undang untuk aktiviti kokurikulum lain, boleh datang ikut sesuka hati dia jer apa  nak pakai pun boleh. Ade ke....ceciter, ceciter sket!
 
Eh...melalut plaksss....jam 10.45 pagi bertolak ke Jalan Conlay, parking kereta belakang hotel Royal Chulan. Punya la tak reti bahse...berpusing-pusing nak ke Kraftangan, rupa-rupanya ada shuttle menanti untuk membawa pelawat ke sana. Apa la!

 
Bertanya di kaunter di mana saringan bakat akan diadakan...kat Laman Wau katanya. Menuju ke sana dan melihat masih gelap dan kosong. Berpesan kepada anak-anak angklung agar berkumpul semula di Laman Wau pada pukul 1.30 petang sementara beberapa orang anak teruna angklung mengangkat peralatan angklung untuk dibawa ke sini. Nasib baik ada shuttle ni, kalau tak berpeluhlah kami.
 
Bergambar di hadapan Kraftangan
Jam 1.45 tengahari, kami ke Laman Wau sekali lagi dan mula menguji alatan kami. Lampu dan penghawa dingin sudah mula dipasang...fuh lega noooo. Panas ni! Kaunter pendaftaran dibuka...ambil no.....102, kami peserta kedua akan naik ke pentas. Minta jadi peserta no 3, tak bagi pula. Bersiap-siap untuk ke pentas....Deafbeat memulakan acara. Best juga dengar ketukan mereka. Orang yang tidak boleh mendengar boleh buat sebaik orang normal.
 
 
Giliran kami pula...muka  gelabah jer semua. Memang gelabah pun, semua pergerakan tidak menjadi. Macam lagu yang mereka mainkan 'Serba Salah" semuanya jadi salah! Biarlah....masuk pun sekadar untuk mencari pengalaman. But....ok apa?
 


Habis sudah persembahan kami, menanti 18 peserta lagi. Perut sudah menyanyikan lagu keroncong untuk Ana....ke kantin bersama-sama anak-anak angklung setelah peserta ke 9 menamatkan persembahan. Juri pun nak rehat jap! Mana pula Ariff ngan Sofea ni hilang?
 
Boss dah ada di kantin. Anak-anak mula mengisi perut yang lapar dan tekak yang sudah kekeringan. Teh tarik bersama nasi lemak bungkus...alhamdulillah. Arif ngan Sofea tak gak muncul-muncul lagi. Sempat juga kami menyambut besday anak-anak angklung dari bulan Januari sehingga Mac 2013 di sini. Hepi besday kome! TQ Uncle Sam membekalkan kek dan belanja makan hari ini.
 



 
Selepas makan kami menuju semula ke Laman Wau. Sudah peserta ke 14. Tertinggal banyak dah kami. Van dah menanti kami....terpaksalah tunggu. Keputusan pun diumumkan....seperti yang dijangkakan peserta-peserta yang kami agak dapat masuk final tepat sekali. Kami? Hanya berjaya di saringan sahaja. Tidak mengapa...cuba dan cuba lagi. Kelemahan mesti diatasi! Jam 6.00 petang mula beransur pulang. Bye-bye kraftangan, jumpa lagi.