Thursday 17 November 2022

Hati-hati dengan Angklung

Mengikuti perbincangan dan perbualan dalam GM bersama-sama pakar angklung di Indonesia. Banyak ilmu dan pengetahuan yang aku dapat dalam perbincangan ini walaupun ku ikuti dalam mode senyap. Insya-Allah akanku praktikkan dalam kelas teori dan amali dalam kelab angklungku nanti.




 

 

 

 





Wednesday 9 November 2022

Lawatan : Muzium Angkatan Tentera

Tercapai juga kami nak lawat muzium ini. Setelah mengambil brunch kami bergegas ke sini. Percuma tu masuk....hebat dalam dan luarnya. Tidak sehebat Muzium Negara bagi aku. Macam-macam ada dari dulu hingga kini. Terbaik....tapi budak-budak melawat laju jer macam jet....itu pun kami mengambil masa lebih dari satu jam untuk melawat 4 blok serta persekitaran muzium.











Jom Mandi!!!

Setelah seminggu berpenat-lelah berlatih....jemu ke tak jemu ke.....hari ini kami lepaskan lelah anak-anak angklung bermandi-mandi di kolam renang di sini. So....enjoy!!!!








Tuesday 8 November 2022

Majlis Reunion AFATS

 Kunci kondo diambil dan kami meneruskan perjalanan ke PD Perdana Resort. Bangunan bewarna purple putih. Itulah tempat penginapan kami.










Meminta anak-anak solat dan  bersiap untuk persembahan malam nanti sementara aku dan Cikgu CT melepaskan lelah buat sementara di dalam bilik. Cikgu Izzakair bersama-sama anak-anak lelaki dapat  menginap di PDGCC. Jika tidak sempit jugalah kami di sini. Jam 6.30 petang kami bertolak semula dan bersiap-siap untuk memulakan persembahan. Terpaksa pulang ke kondo semula untuk mengambil topi anak-anak lelaki tapi bow tertinggal la plak....maka tanpa bow la mereka hari ini.



Sebelum memulakan gemersik angklung kami makan dahulu. Dihidangkan dengan mihun goreng beserta ayam goreng. Sedap dimakan semasa masih panas-panas lagi. 


Persembahan dimulakan sebaik sahaja mereka memulakan jamuan makan. Alhamdulillah, semuanya dipermudahkan olehNya malam ini. Persembahan kami berjalan lancar. Kedatangan kami juga mendapat sambutan hangat dari para peserta reunion dan mendapat tepukan daripada mereka. Pelbagai lagu didendangkan sebagai halwa telinga para peserta. 2 lagu utama mereka dapat kami dendangkan iaitu Hotel California dan Temple of the King.











Bercanda di Pasiran Pantai

Meneruskan perjalanan ke tepi pantai, kami menjamu selera terlebih dahulu di Restoran Rezki. Setelah itu kami ke tepi pantai untuk bercanda dengan pasir dan air laut. Tak boleh la nak mandi......geram jer budak-budak ni dapat main sahaja di gigi pantai. Peraturan.....keselamatan harus diutamakan. Sempat tempah teh tarik sambil menghirup udara petang di tepi pantai. Hujan gerimis.....kami pun mula beredar sebelum hujan semakin lebat.






Lawatan : Muzium Lukut

Perjalanan kami bermula pada jam 11.30 pagi setelah kesemua ahli yang terlibat sampai. 3 kenderaan digunakan iaitu Expander, Kia Sprtage dan Navara untuk mmemuatkan 14 orang ahli dan 3 orang guru. Dalam perjalanan akumenyuruh Nadia google Muzium Angkatan Tentera......TUTUP! Isnin dan Selasa muzium ini ditutup, mencari alternatif untuk melawat apa apabila tiba di sana. Ku suruh Nadia google lagi maka kami sampai di Muzium Lukut ini. Simple sahaja dalaman muzium ini namun menarik. Sempat bergambar sebagai memori kami telah tiba di muzium ini. Atas bukit merupakan Kota Lukut dan terdapat runtuhan istana dan perigi, namun aku tak larat nak daki dan budak0budak pun hanya sampai separuh jalan sebab kata mereka kena masuk ke dalam hutan.