Wednesday 27 April 2016

Hari Koperasi SMK Taman Sri Muda (Siri Jelajah Angklung 1Malaysia 2016)

Sepatutnya majlis ini diraikan pada 29 April entah mengapa dicepatkan ke hari Rabu. Tak kisahlah. Apa-apa pun kami dah bersedia. Tugas kami hari ini ringan sahaja. Hanya mengiringi VIP ke Taman Sejahtera dan meraikan perasmian taman tersebut. Awal lagi anak-anak angklung dan berkumpul di Bilik Angklung untuk mengambil angklung masing-masing. Rehearsal sekali lagi untuk memastikan anak-anak angklung ingat peranan masing-masing.


Ke dataran untuk menunjukkan laluan anak-anak angklung semasa mengiringi vip. Setelah itu, kami menanti untuk majlis dimulakan. Hari ini anak-anak angklung tingkatan 1 dan 2 sahaja yang terlibat.


7.30 pagi majlis dimulakan. Mengikut aturcara yang telah dirancang. Mengantuk juga aku pagi tu. Kulihat Fadzillah dah menongkat pipi....bosan agaknya? 




Tibalah peranan kami setelah penyampaian sijil disampaikan kepada wakil koperator sekolah. Riezwan dengan bangga memukul jidur dengan mantap sementara yang lain menyahut dengan alunan angklung. Mereka diiringi hingga ke Taman Sejahtera. Dimulakan dengan alunan lagu Inang Cina dan ditutup dengan lagu Gendang 9 yang kami kenali dengan tajuk Angklung Sambutan. Terima kasih Koperasi SMKTSM kerana menjemput kami sama untuk memeriahkan lagi majlis anda.






Sunday 24 April 2016

Majlis Graduasi dan Penyampaian Sijil

Persiapan majlis telah dibuat awal  minggu oleh anak-anak angklung tingkatan 4 dan 5. Apatah yang mereka buat di belakang Rumah Hijau bersama-sama. Yang pasti aku beritahu mereka semua dah ready untuk dipasang dalam dewan pada 22 April nanti semasa rehearsal.



Tahun ini juga pertama kali diadakan ujian lisan dan bertulis kepada anak-anak angklung tingkatan 2 yang bakal menerima Sijil Cemerlang/Graduasi dalam angklung. Ujian ini telah diadakan di Rumah Hijau dan Uncle Sam sendiri yang mengendalikan ujian tersebut.




Kali kedua kami mengadakan majlis ini. Tahun lepas bersama-sama Bonda Norlila yang merupakan pelopor sambutan. Seharian Jumaat kami berkumpul di dewan membuat persiapan akhir.





Jemputan VIP kami di saat akhir , Encik Alexander Thomas iaitu Naib Yang Dipertua  PIBG sekolah. Majlis dimulakan sebaik sahaja beliau hadir bersama-sama dengan Uncle Sam. Diiringi Puan Nuriham, Puan Nik Aziah, Cik Lai Yok Ying beserta Pual Elsa, mereka dibawa masuk ke dalam dewan dengan paluan jidur dan alunan angklung.



Dimulai dengan bacaan sajak oleh Aina iaitu mantan ahli kelab dan diteruskan dengan alunan angklung solo secara duet oleh Fazli dan Alif di atas pentas.




Majlis diteruskan dengan nyanyian lagu negaraku dan bacaan doa oleh Amir. Emcee kali ini dipegang oleh Azizah Yasmin dan Aina. Puan Nuriham selaku Penolong Kanan Kokurikulum memberikan ucapan dan terus merasmikan majlis kami pada hari ini.




Majlis diteruskan dengan penyampaian sijil kepada ahli tingkatan 1, 2, 3, 4 dan lima. Diakhiri dengan penyampaian anugerah khas. Tahun ini Muhamad Alif Haiqal dan Muhammad Ariff menggenggam sijil dan plaq anugerah.


Menutup tirai majlis, kesemua ahli kelab membuat persembahan yang ditandingkan dalam pertandingan di MSU yang lalu.


Setelah bregambar kami semua menikmati jamuan ringan dan berkesempatan untuk meraikan hari lahir anak-anak angklung dari bulan Januari hingga April. Tidak lupa hari lahir Uncle Sam.





Wednesday 13 April 2016

Majlis Perasmian "The Champion" dan Anugerah Kecemerlangan Pengurusan Kemanusiaan Pejabat Pendidikan Daerah Petaling Perdana (Siri Jelajah Angklung 1Malaysia 2016)

12 April 2016 menuju ke Dewan A MAEPS untuk menjalani raptai majlis. Sungguh besar dewannya. Apa lagi berposing bagai la kami.



Tak lama kemudian raptai dimulakan . Agak berterabur jugalah. Banyak perubahan yang perlu dibuat untuk memenuhi acara.



Tak kisahlah, hanya perubahan kedudukan. Aktiviti yang dijalankan tetap sama begitu juga dengan lagunya. Selesai kami pulang ke sekolah.

14 April 2016. Sekali lagi menuju ke MAEPS. Hari sebenar majlis. Bersiap sebaik sahaja sampai ke dalam dewan. Hari ini aku dibantu oleh Puan Elsa, Cik Dyna, Encik Azhari tak lupa juga Puan Sazlina.



Perubahan dibuat sekali lagi pada lagu Wushu untuk menjadikan ia lebih cantik sewaktu berhenti. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. Kami mengiringi demo silat, silambam dan wushu serta mengiringi VIP masuk ke dalam dewan.





Majlis  penyampaian anugerah berjalan dengan lancar. Kelab Angklung mendapat Anugerah Kelab Terbaik dan Guru Penasihatnya mendapat Anugerah Guru Terbaik Kokurikulum Daerah Petaling Perdana. Alhamdulillah.



Sebelum pulang kami bergambar beramai-ramai sebagai kenangan saat yang bersejarah untuk kelab dan sekolah. SMKTSM HEBAT!!!





Sunday 10 April 2016

IBFIM 3rd Certifications Award Ceremony (Siri Jelajah Angklung 1Malaysia 2016)

Bertolak dengan van Pak Ariffin hari ini pada pukul 7.00 pagi. Menuju ke Kuala Lumpur berpandukan Waze. Kejap ada kejap takde line membuatkan aku sesat barat...last-last Pan Ariffin yag menunjukkan jalan. Akhirnya kami tiba di lobi Hotel Istana. Kuturunkan anak-anak angklungku dan kuarahkan mereka tunggu sementara aku memakir kereta di basement hotel. Terus mencari Uncle Sam dan bersedia untuk membuat persembahan. Apa-apa pun kami breakfast dulu.




Lepak dan lepak lagi sebelum kami makan tengahari pula. Alhamdulillah hari ini anak-anak angklungku makan di hotel 5 bintang. Macam-macam tempat kami dah makan dari tepi jalan hinggalah di tempat-tempat mewah seperti ini. Ada yang sedap ada yang kureng....dan ada juga yang menyakitkan hati. Asam garam yang perlu ditempuhi dalam dunia seni ini.



Pukul 2.00 petang akhirnya kami dapat membuat persembahan setelah YB Tun DR Mahathir menutup majlis dengan ucapan yang sungguh bermakna kepada para peserta majlis. Kesemua lagu yang didendangkan adalah lagu-lagu medley.






Menikmati minum petang sebelum pulang ke Shah Alam. Ok bye bye Hotel Istana.....insyallah kita akan bertemu di lain hari untuk event yang lain pula.