Sunday 25 February 2018

Majlis Perkahwinan

Kali ini kami bertolak lewat ke satu majlis perkahwinan yang diadakan di Dewan Bankuet MBSA. Rasa-rasanya sudah 3 kali kami dapat menghiburkan para tetamu di sini. Kesemuanya majlis perkahwinan. Alhamdulillah masih ada ramai lagi orang ramai yang menggunakan khidmat kami untuk menghiburkan para tetamu. Tetapi kali ini kehadiran kami hanya untuk mempelai sahaja. Satu kejutan untuk mereka. Sesampai sahaja di sana kami terus membuat persiapan dan kemudian menjamu selera terlebih dahulu.


Terdapat perubahan demi perubahan dalam perancnagan mereka untuk memberi kejutan kepada pengantin. Pening juga......namun kami akan membuat sambutan sebaik mungkin untuk mempelai. Sewaktu mempelai menjamu selera kami masuk dan memainkan lagu Selamat Pengantin Baru sambil keluar dari pintu masuk sebagai kejutan kepada mempelai. Kemudian diteruskan dengan lagu Wanita Terbahagia dan di akhiri dengan lagu Kenanganku.




Sebaik sahaja mempelai turun dari meja makan beradap kami terus menyerbu untuk bergambar dengan mempelai dan kemudian memberi kejutan sekali lagi kepada mereka.



Sebelum pulang, bergambar pula dengan dayang-dayang mempelai dan ketua kejutan persembahan iaitu Arham....merupakan Supa Dupa Senior kepada Kelab Angklung Wariseni ini.


Saturday 24 February 2018

Mesyuarat Agung PIBG SMKTSM Kali Ke 23

Jam 12.30 tengahari aku sudah berada di sekolah untuk membuat persiapan penayangan slide PIBG. Buka pintu dewan sahaja.....terperanjat besar aku dan Riduan, air bertakung di bahagian hadapan pentas dan karpet basah kuyup. Mengerjakan air yang bertakung dan mengangkat karpet yang basah untuk dijemur di  luar supaya kering. Banyak ilmu aku dapat semasa membuat persiapan ini. Thanks Abu Supian. Baharulah aku tahu volume tu boleh diadjust ikut kemahuan kita.





Jam 1.45 petang, anak-anak angklung dah ready di laluan PPDa...bagus mereka mendengar arahan. Senang sekali tugas aku pada kali ini. Bantuan daripada abg2 dan kakak2 senior mereka...menjadi pantas bergerak. Tapi biasalah budak kan....nakal dan bisng sudah menjadi sinonim pada mereka. Cuma kita kena kerap beri teguran dan nasihat untuk mereka sedar semula....insaf sekejap....huhuhuhhu. Doreen kuarahkan untuk mengagihkan kudapan pada anak-anak angklung.


 

Perasmi mesyuarat agong kali ini dirasmikan oleh YB Datuk Ir Kamaruzzaman. Diiring oleh Pengetua dan lain-lain pentadbir ke Bilik Anggerik. Menjamu selera dengan sedikit minuman petang dan kuih-muih sebelum dijemput masuk ke dewan dengan diiringi paluan jidur dan gemersik angklung.


Sebaik sahaja penyampaian sijil untuk AJK PIBG 2017/2018 selesai maka anak-anak angklung naik ke pentas untuk membuat persembahan. Dua buah lagu didendangkan iaitu Gong Xi Gong Xi dan Wanita Terbahagia yang dipopularkan oleh Bunga Cinta Lestari.


Sebaik sahaja tamat  persembahan kami bersedia di dataran untuk bergambar dengan Datuk Kamaruzzaman. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Mengarahkan anak-anak angklung menukar pakaian dan menyimpan semua alatan sementara senior pula menyediakan alatan untuk persembahan esok.


Terbaik semua untuk hari ini. Syabas kepada ahli tingkatan 1, pelapis 1. Walaupun berdebaran,,,,dag dig dug, masih dapat memberikan persembahan yang mantap. Teruskan usaha baik ini ke peringkat yang lebih tinggi.



Tuesday 20 February 2018

Persembahan Bulanan JIM KLIA1 (Bahagian Komunikasi dan Korporat)

Setelah belajar memegang, menggoyang dan memainkan angklung selama 3 hari, hari ini, 20 Februari 2018, kumpulan yng baharu sahaja ditubuhkan pada 10 Februari yang lalu dan diberikan nama Simfoni Warisan memberikan persembahan sulung mereka di hadapan ketua besar mereka. Jam 8.00 pagi bertempat di bilik mesyuarat, pasukan ini melakukan latihan akhir sebelum majlis dimulakan. Aktiviti pertama memanaskan tangan, bersenam untuk meringankan pergelangan tangan. Ah...sajer2 jer buat neh. Sebaik sahaja selesai, menuju ke dewan utama untuk majlis dan sempat bergambar terlebih dahulu di hadapan pentas.


Majlis dimulakan dengan nyaian lagu Negaraku dan diikuti dengan Lagu Imigresen Perkasa. Bacaan ikrar dan doa menyambung aturcara majlis. Persembahan slide aktiviti JIM KLIA1 dipersembahkan sebelum boss mereka membuat ucapan....ke taklimat? Panjang lebarnya beliau berucap kat depan tu. Nasib baik siren berbunyi, terus stop. Jantung aku dah mula berdebar...start persembahan pasukan Simfoni Warisan.



Rasa nak jatuh jantung aku...sebaik sahaja muzik dialunkan goyangan G. bermula dan disahut oleh gemersik angklung yang lain. Alhamdulillah ketiga-tiga lagu yang dimainkan berjalan lancar. Satu kejayaan bagi pasukan ini. Tahniah semua! Persembahan mereka diakhiri dengan lagu Gong Xi Gong Xi yang diedit menjadi pendek sahaja.


Sebelum bertolak pulang bergambar beramai-ramai dengan semua ahli angklung dan bos mereka. 


Kami makan tengahari dahulu sebelum bertolak pulang ke Shah Alam. Berasa puas dengan hasil hari ini. bergambar dengan boss pasukan angklung semasa makan sebagai kenangan.



Monday 19 February 2018

Bengkel Angklung Jabatan Imigresen - Sanggar Angklung Part 3

'7.00 pagi saya tunggu cikgu....,' kata Fitri dengan yakinnya. Sudah pukul 7.38 pagi...tak nampak bayangnya pun. Menuju ke flat kediamannya ...masih tak nampak bayang budak ni..jawabnya kena tinggal la. Bertolak ke KLIA tidak menepati masa hari ini, namun alhamdulillah tiba tepat pada waktunya dan memunggah barang untuk masuk ke dalam. Konon nak breakfast kat kedai mamak, asyik turun naik lif tak tentu hala...sudahnya Uncle Sam dan Fatihah dapat bersarapan di sana aku dan Riezwan jadi omputih, breakfast di McDonald. Plak nak jadik cerita, bukan kat situ latihan...dah terpaksa naik semula kereta dan menuju ke tempat yang sepatutnya.


Jam 12.00 tengahari baharu kumpulan ini dibenarkan berlatih dalam dewan, lalu kami menuju ke bilik mesyuarat untuk berlatih terlebih dahulu. Banyak peningkatan ayunan angklung anak-anak imigresen ini namun masih memerlukan banyak latihan dan tunjuk ajar. Maklum baharu sahaja ditubuhkan pada 10 Februari yang lalu dan masuk hari ini kali ketiga mereka menjalani latihan. Sudah boleh dibanggakan.



Penuh yakin menuju ke dalam dewan dan membuat latihan demi latihan. Kali ini berdiri di atas pentas. Masih ada kelemahan di sana sini yang perlu dicantikkan lagi ayunannya. Para pemain masih terus berusaha untuk mencapai tahap yang diinginkan oleh jurulatih. Kipidup boys and girls!



Tergelak besar aku...bila buat latihan penuh...semua sunyi sepi tanpa bunyi. Adoyai apa dah jadi beb?
Post mortem lepas persembahan, mereka kata tak dengar lagu, so tak boleh nak main dengan baik. Oh ya ke? Salah akulah tu, aku cakap kat orang PA System dan cukup bagus volume tu, tak perlu besarkanlah lagi. Takpelah kita berlatih lagi ya esok, jangan gentar, team B BOLEH. Esok jam 7.30 kita praktis lagi ya.


Saturday 17 February 2018

Pesta Teh Tarik Anggerik Mall

Tarikh yang dinanti-nanti tiba. Pesta teh tarik! Anjuran Geng Selangor. Apa maksudnyanya Geng Selangor ni? Korang google la ek.... banyak cerita boleh jumpa. Aku nak cerita tentang geng angklung...huhahahahahaha! Ok, sambung cerita, kami tiba jam 1.00 petang dan parking hadapan pesta. Cantik punya parking. Terus mencari bilik untuk menempatkan barang-barang persembahan dan kemudian mencari tokey makan untuk makan tengahari. Cik Juma menguruskan makan minum kami hari ini. Terima kasih. Selepas makan semua menunaikan kewajipan dan kemudian bersedia untuk membuat rehearsal. Geng Silat sekolah juga dah siap sedia untuk bersama-sama kami.

 

 

Selesai sahaja, kami membenarkan anak-anak angklung meronda dan bersantai di sini dengan bebas. Fatin selaku Kak Long kawasan ku amanatkan untuk menguruskan anak-anak buah untuk bersedia pada waktu yang ditetapkan. Ya, memang pandai dia uruskan. Semua dan ready selepas waktu asar.
Sempat juga aku dan Siti lepak berbaring di dalam billik seketika. Penat woo.....kemudian kami bersantai dengan mendengar buskers membuat persembahan. Pertandingan katanya.... Jam 7.15 malam kami pula mengambil alih pentas dan bersiap sedia untuk persembahan seterusnya.

 

Pentas takde lampu, maka kami membuat persembahan dalam gelap....guna cahaya lampu dari telefon bimbit masing-masing. Asam garam persembahan yang perlu dilalui sebagai pengalaman kepada anak-anak angklung. 4 buah lagu kami dendangkan sebagai santapan sebelum ketibaan tetamu kehormat malam ini iaitu Tan Sri Noh Omar.

 

Kami mengiringi beliau ke pentas utama malam ini. Dan kemudian memainkan lagu Negaraku. Selepas bacaan doa kami teruskan dengan persembahan lagu medley. Persembahan kami berakhir di sini dan terus menyimpan alatan, makan malam dan kemudian bertolak pulang. Terima kasih daun keladi Geng Selangor. Moga tak serik untuk menjemput kami lagu untuk membuat persembahan.



 








Thursday 15 February 2018

Kenangan Terindah - Memori Untuk Muhammad Alif Haiqal Nazri

Hari ini....sempat Alif singgah bertanya khabar, bergambar dan akhirnya mengucapkan selamat tinggal kepada kami yang tatkala itu sedang giat berlatih untuk event 17hb Feb 2018 nanti. Kek besdaynya dah selamat kami kerjakan haritu. Kesian dia...tu la. Pergi tanpa pesan. Kami semua mendoakan kejayaan hang noo kat sana. Jangan lupa kami kat sini. Sunyi kelab tak dak hang.





Bengkel Angklung Jabatan Imigresen - Sanggar Angklung Part 2

Jam 8.30 pagi sudah berada di KLIA1. Jalan alhamdulillah tidak jem. Orang semua dah balik kampung kot semalam. Berbual-bual kosong menghabiskan masa dalam kenderaan dengan Fitri, Fatihah dan Uncle Sam. Sempat menghubungi Cikgu CT bertanyakan tentang paperwork untuk dihantar pada 17hb Februari nanti. Nak kena print profil untuk diberikan kepada emcee nanti. Sampai di KLIA1 parking kat tempat VIP. Ingat chargenya sama...rupanya idak. maka ku berlalu pergi meninggalkan pakir ini. Tu pun kena bayar RM4.30 walaupun tak sampai 20 minit. Mahal der......!! Bersarapan di Food Court dan kemudian menuju ke tempat latihan selepas pas diambil. Hari ini latihan berjalan lancar walaupun singkat. Pelbagai dugaan nak dapat masuk kawasan special ni. Hari ini Fitri dan Fatihah tidak dibenarkan masuk sebab bawah umur. Eh, eh...kelmarin ok jer dapat lepas. Alhamdulillah, setelah perbincangan dengan senior officer, lepas juga. Persiapan dibuat dan bermulalah latihan. Hari ini kami diberitahu boss mereka hendak mereka memainkan lagu Gong Xi Fat Chai plak. Malangnya angklung tak kami bawa untuk lagu itu. So, tunggulah 19hb nanti....kita pulun habis latihan ya.





Saturday 10 February 2018

Bengkel Angklung Jabatan Imigresen - Sanggar Angklung Part 1

Sibuk....tak lah juge tapi masih takde masa nak memblog. Ok kita terus kepada laporan tugasan hari ini. Menghala ke KLIA1 bersama-sama Fatihah, Fitri dan Uncle Sam. Berjanji untuk memulakan kelas pada pukul 5.00 petang tetapi disebabkan keselamatan yang ketat untuk lolos masuk ke dalam melewatkan sedikit tugasan hari ini. Mana taknya....kami melawan arus. Orang keluar kami pula masuk menggunakan laluan tersebut.



14 orang petugas yang baharu sahaja ditempatkan di sini memainkan peranan penting dalam persembahan bulanan mereka nanti. Uncle Sam oeneraju utama bengkel ini. Alhamdulillah....Sanggar Angklung pertama kami di sini walaupun belum diuar-uarkan oleh JPN Selangor.



Macam-macam telatah dan gaya mereka. Teruja nampaknya dengan alat muzik angklung yang unik ini. Dua buah lagu diberikan untuk persembahan iaitu Bulan Di Pagar Bintang dan Kenanganku. Killer songs tu....


Jam 9.00 malam...selesai tugas kami di sini. Kami dibawa dinner kat area Satellite. Dapatlah Fitri dan Fatihah naik tren. Pengalaman menarik untuk mereka berdua. Jam 11.00 malam berangkat pulang ke Shah Alam. Anak-anak angklungku hantar pulang ke rumah masing-masing. Terima kasih...nanti kita ke KLIA lagi untuk next latihan.



Sunday 4 February 2018

Majlis Perkahwinan Fatin Romlee

Pak Agos seperti biasa datang tepat pada waktunya. 8.20 pagi sudah berada di hadapan sekolah dan kesemua anak-anak angklung kuarahkan naik. Terus menuju ke Bukit Mahkita Clubhouse yang terletak di bandar Kajang. Perjalanan mengambil masa 45 minit. Setelah barang dipunggah baru disedari stand untuk speaker tidak dibawa. Gelabah dan panik seketika. Terus mencari idea dan akhirnya Pak Agos dan Riezwan pulang semula ke Shah Alam untuk mengambilnya dengan berpandukan waze menggunakan handphone aku. Cikgu CT membawa anak-anak angklung ke surau untuk bersiap-siap sementara aku menyediakan alatan di bahagian persembahan. Sepatutnya lokasi persembahan kami dibahagian laluan tetapi hendak digunakan laluan katerer. Maka kami berpindah lokasi tetapi tak lah jauh sangat pun......


Setelah bersiap-siap membuat rehearsal untuk lagu silat dan inang cina dan kemudia membuat persiapan untuk mengiringi pengantin. Perubahan demi perubahan dibuat apabila pak silat hadir. Maka angklung tidak digunakan dalam persembahan silat depan pengantin nanti tetapi sebaliknya menggunaka  muzik dari dj bertugas. Riezwan masih tak nampak bayang, Kusuruh call dan tanya dimana dia. Angklung pun depa leh tinggalkan. Nasib baik sempat beritahu Riezwan untuk membawa angklung tersebut dan akhirnya barang sebenar yang hendak diambil tidak digunakan dalam majlis.

Pengantin tiba....katanya tiba depan porch tapi nun jauh kek sanun. Maka hadir pengantin hanya diiringi paluan kompang dari dj bukan dari angklung sebab katanya pengantin tak jalan. memacam gayalah. Ikutkan sahaja. Pencak silat berakhirnya dan peranan angklung pula meriuhkan majlis mengiringi pengantin  masuk ke dalam dewan. Silat sekali lagi memainkan peranan di dalam. Angklung mengiringi majlis salam restu dan mengiring pengantin ke meja makan beradap.





Seleai sahaja kami beredar keluar dari dewan dan bersedia untuk membuat persembahan. 6 buah lagu pengantin dimainkan dan kemudian kami berehat untuk memberi peluang kepada Riezwan mengalas perut dan yang lain membasah tekak. Makan sekali lagii juga. Juadah banyak dihidangkan. Apa lagi...Jom makan.

Lagu My Heart Will Go On dimainkan sambil menari
20 minit diperuntukkan untuk makan-makan dan kami menyambung semula persembahan dengan enam buah lagu juga disebabkan semakin ramai tetamu yang ada pada masa tersebut maka persembahan dipanjangkan sedikit. Kesian DJ nak makan tak leh sebab kena jaga pa system untuk kami.

Kami akhiri persembahan dengan lagu Poco Poco tetapi sebelum  itu kami mainkan lagu...Aku belum mandi ...tak tun tuang tak tun tuang. Best wooo. Jam 3.00 petang tetamu semakin berkurang dan kami mula berkemas untuk pulang. Persembahan kami mendapat pujiian daripada pelbagai pihak dan katanya berlainan sungguh. Ramai yang nak book kami. Alhamdulillah, rezeki anak-anak angklung. Insyallah, moga projek kami berjaya dilaksanakan tahun ini.