Sunday 28 October 2012

FSTEP - Majlis Menandatangani MOU dan Perasmian Pengambilan Badge Ke-9

Seawal pagi ahli kelab sudah mula berkumpul. Tepat jam 8.30 pagi kesemua ahli kelab bergerak ke kenderaan yang disediakan. Perjalanan dimulakan. Namun nasib tidak menyebelahi kami. Sudahlah tersangkut kat jalan yang jem....bila dah terlepas dari sangkutan jem....tersalah ambil jalan pula. Sudahnya tersangkut jem sekali lagi di Lebuhraya Persekutuan!
 
Pukul 10.00 pagi kami tiba di kawasan pakir kereta. Tak pernah kena tahan hari ini pak guard bangla tu tahan kami. Terpaksalah tunggu, tulis nama, letak lesen, ambil pas sebelum naik lif ke tingkat 1. Ingatkan dewan kosong...rupa-rupanya ada aktiviti ice-breaking pula. Menantilah lagi kami di luar dewan. Sempat juga kami bergambar di bahagian depan fstep bersama Puan Haznan dan Encik Lee.
 
Aturcara
 
 


Sebaik sahaja aktiviti tersebut selesai, kami pun masuk ke dalam dan memulakan latihan beberapa kali agar event sebenar berjalan lancar. Beberapa kali perubahan dibuat dan akhirnya kata putus dapat dicapai. Jam 12.00 kami pun berehat dan menjamu selera di bilik Kedah. Sedap juga makanan hari ini. Pukul 1.00 tengahari anak-anak diarahkan menunaikan kewajipan dan kemudian berkumpul semula pada pukul 1.45 petang. Sementara menanti mereka, yang uzur memulakan solekan.
 

 
Pukul 2.00 petang kami bersedia di dalam menanti untuk memulakan persembahan. Jam 2.15 kami pun memulakan persembahan dengan dendangan lagu Kenanganku....dan seterusnya....dan seterusnya........



Setelah sign diberi, maka kami bersedia untuk memainkan lagu angklung sambutan untuk menyambut ketibaan VVIP majlis iaitu YB Tan Sri Azman Hashim. False alarm.....belum tiba masanya. Nasib baik...sebab lagu sambutan kami tidak kedengaran diawalnya. Kami memulakan semula ayunan angklung dengan lagu-lagu seterusnya. Tidak lama kemudian...tibalah VVIP yang dinanti-nantikan.
 
Semua acara berjalan lancar pada petang ini. Setelah berdiri lebih kurang sejam setengah maka lagu terakhir didendangkan kepada para tetamu iaitu Shanghai Beach, atas permintaan Encik Lee untuk didendangkan kepada YB Tan Sri.  Sebaik sahaja majlis tamat kami pun mengambil kesempatan bergambar dengan Tan Sri  Azman.
 


Last sekali.......makan time!



 
 
 
 

Di Sebalik Tabir fstep

22 Oktober dengan menggunakan tiga kenderaan ke Jalan Sultan Sulaiman, kami mula merempuh jalan yang mula jem. Perjalananan ke sana tidaklah memakan masa yang panjang tetapi disebabkan kereta bergerak macam ulat gonggok makanya kami tiba lebih kurang sejam perjalanan.
 
Setibanya di fstep kami disambut oleh pembantu Puan Haznan dan terus dibawa ke auditorium. Kami mula menyusun atur alatan dan bersiap untuk membuat latihan. Macam-macam kerenah semua orang kat sana. Kami just follow..... Encik Sam turut sama datang untuk memberi bantuan kepada kami. Thank you Encik Sam.
 


 
 
 

Setelah berhempas pulas berlatih dan dirombak sana sini akhirnya tibalah waktu menjamu selera. Makan time!


 
 

Friday 19 October 2012

Graduan Angklung

Genap setahun jagung umur Kelab Angklung Wariseni SMK Taman Sri Muda pada hari ini. Maka untuk meraikan ulangtahun yang pertama kami mengadakan Hari Penyampaian Sijil kepada semuala ahli-ahli yang telah mencurahkan segalanya demi angklung.
 
Sebelum sijil-sijil disampaikan, para graduan perlu memainkan kesemua lagu yang telah dipelajari di hadapan jurulatih mereka iaitu Encik Sam Mat Kous. Lagu Negaraku memulakan persembahan diikuti dengan lagu Angklung Sambutan dan  Budi Bahasa Budaya Kita. Beberapa lagu lain turut dimainkan sebelum jurulatih memberikan sepatah dua kata kepada semua graduan.
 


 
Sijil disampaikan kepada semua ahli yang hadir dan selepas itu sesi bergambar dijalankan. Sebelum mengisi perut yang semakin lapar...kami menyanyikan lagu selamat harijadi kepada Yasmin Kashfi dan Aqashah yang dilahirkan pada bulan Oktober 2012. Untunglah......(bahasa budak2 FB).
 




 
Lepas tu apa lagi...kami pun layan makan.
 

 

Monday 15 October 2012

Bazar Seni Industri Budaya JKKN

Sekali lagi kami terlibat dengan aktiviti bulanan JKKN pada bulan Oktober. Hari Ahad, malam seperti biasa kami tiba di Dataran Merdeka sekitar jam 7.15 malam setelah tawaf KL disebabkan terawal masuk satu selekoh lampu isyarat sahaja. Kesian Pak Agos yang mengekori di belakang KIA ni.
 
Setelah menunaikan kewajipan kami menuju ke perkarangan bazar...mengambil makanan dan mengisi perut terlebih dahulu. Hanim mengadu sakit perut pula. Tukang makeup dah tumbang. Achaner tu?
 

 
 
Selesai makan aktiviti makeup makeup pun dimulakan.
 

 
Giliran kami diberitahu selepas persembahan tarian orang-orang Asli dan tarian Sarawak. Tetapi semasa persembahan tarian Orang Asli, kami diberitahu sekali lagi turn kami selepas itu disebabkan penari-penari Sarawak masih belum sampai.
 
Persiapan dibuat di atas pentas sejurus persembahan tarian Orang Asli selesai. Anak-anak angklung mula naik ke pentas dan menyusun angklung masing-masing. Lagu pertama didendangkan iaitu lagu Koo Gud diikuti dengan lagu Carta Hati, Isabella dan My Heart Will Go On. Sound system kurang baik. Tak puas hati tengok persembahan tadi Apa-apa pun tahniah kepada anak-anak angklung. Keep it up guys and gals.
 


Selesai persembahan anak-anak angklung dilepaskan untuk aktiviti sendiri sehingga pukul 10.00 malam. Amnan tidak mahu ketinggalan untuk mencuba bermain gasing besar. Cikgu pun tumpang dua-dua belah kaki. Terer gak lontar gasing. Berpusing ligat wooo....Pak Ngah pun respek. TQ Pak Ngah ajar kami main gasing malam tadi!



Jurulatih kami Encik Sam Mat Kous turut memberi semangat kepada anak-anak angklung malam tadi dengan hadir dan menyaksikan persembahan mereka. Thank you Uncle Sam!



Seperti biasa, sebelum pulang bergambar untuk kenangan.


 Titanic


Isabella (ST12 Style)


 Carta Hati

 

Thursday 11 October 2012

FSTEP

Semalam 3 orang wakil yang diketuai oleh Puan Haznan, Encik Chin dan seorang lagi lupa pula namanya, datang untuk melihat persiapan kelab angklung untuk majlis perasmian mereka. Sebenarnya kami telah lama menanti kedatangan mereka dan bersedia dengan lagu-lagu yang diminta. Pada mulanya anak-anak angklung kelihatan gugup di hadapan tiga orang wakil ini. Namun setelah disapa mereka kelihatan begitu yakin untuk memainkan lagu-lagu yang telah disediakan.
 
 

 

Mereka bersetuju dengan lagu-lagu yang disediakan dan berpuas hati dengan persembahan yang diberikan. Oleh itu, pada 22 Oktober ini kami akan ke sana untuk membuat latihan sebelum majlis sebenar berlangsung pada 23 Oktober nanti.