Saturday 29 February 2020

Projek Anak SMKTSM (Kolej Tingkatan 6)

3 orang ex student yang melanjutkan pelajaran di tingkatan 6 datang dan membuat menyiapkan tugasan mereka. Pilihan mereka amat tepat....kami sering didatangi oleh mahasiswa daari UiTM namun kali ini bekas anak murid kami sendiri datang dan membuat kertas kerja kelab sekolah mereka sendiri. Bantuan diberikan sebaik mungkin kepada mereka. Harap projek mereka mendapat markah yang tinggi.



Thursday 27 February 2020

Seminar Keibubapaan

Anda mahu melihat anak anda gemilang, cemerlang, terbilang? Mari sertai seminar ini. InsyaAllah setiap langkah kita akan diberkati oleh Allah swt. Pendidikan awal anak-anak bermula dari rumah. Ayuh! Jangan segan jangan malu. Tampilkan diri anda untuk kesejahteraan kita bersama- sama di dunia dan akhirat.

Saturday 22 February 2020

WARNA 2020

 

Panggilan adhoc dari Encik Fahmi MBSA, memanggil kami untuk menyertai bengkel drama pada 22 Februari 2020 di SACC Mall yang akan diterajui oleh seniwati primadona Fauziah Dato Ahmad Daud. Secara tidak langsung kami juga dijemput untuk membuat persembahan busking di hadapan SACC Mall. Ini adalah kali pertama kami dapat membuat persembahan di sini. Moga pihak SACC akan membuka mata mereka dan mereka sendiri akan menjemput kami untuk mempelbagaikan persembahan di sini. Walaupun persembahan kami dalam cuaca yang panas, namun anak-anak buah masih setia mengalunkan angklung mereka. Syabas anak-anakku. Setelah selesai kami menjamu selera dan kemudian mengikuti bengkel drama. Banyak info fan pengetahuan yang kami dapat. Terima kasih kepada seniwati Fauziah Dato Ahmad Daud. Sempat juga kami bergambar bersama-sama beliau sebelum berpisah. Moga ilmu yang dicurahkan dapat dimanfaatkan oleh anak-anak murid kami yang hadir pada hari ini.

  

  


  













Mesyuarat Agong PIBG SMKTSM 2020

Persembahan setiap tahun selepas acara perasmian. Tugasan hari ini diserahkan kepada Cikguu CT Raxkina oleh kerana aku ada urusan lain hari ini di tempat lain. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar seperti yang dirancangkan. Namun seperti biasa ada yang tidak berpuas hati. Mana boleh dapat memenuhi kepuasan orang ramai 100%. Malaikat pun rasanya tak sesempurna itu. Masih di bawah pengawasan Allah swt. Aku dah buat yang terbaik....dan hanya setakat itu sahaja yang aku mampu dengan pencapaian anak-anak pelapis tingkatan 1 dibantu oleh senior mereka yang hanya ada 15 orang sahaja. Namun aku bangga dengan mereka. Kau ada?

  

    

 



Wednesday 19 February 2020

Wajah-wajah Pelapis 2020

Masuk bulan Februari 2020, mereka akan membuat persembahan pertama dalam mesyuarat agung PIBG nanti. Syabas buat mereka!Ini hanyalah sebahagian daripada pelapis tingkatan 1. Masih ramai lagi yang belum  menghantar borang keahlian.

  
Arina                                      Azwaliza   

   
Hana Humairah                          Arif Danial

  
                                                         Nidzam                                Farhanis

 
        Noraeni                                Nur Adillah      
                      
  
  Nur Awatif                           Arif Naufal

  
       Nurhidayatul                       Nurul Asyiqqin   
                       
 
Parah Zieah                           Nur Allyssa 

  
 Levialin                                Dania Natasya

Saturday 15 February 2020

Tautan Ukhwah : Danial & Fatin

Cikgu CT yang berurusan dengan host hari ini. Lama dah host ni booking dari tahun lepas lagi. Hari ini kami sekali lagi ke Dewan Serbaguna MPSJ Puchong Indah. Setelah berbincang dengan eamcee yang bertugas hari ini, maka kami pun meneruskan persiapan dan rehearsal. Hari ini Khairul akan menggoncangkan dewan dengan pukulan jidurnya. Mula-mula dah salah.....adoi Khairul. Pastu tenaga collapse sewaktu merenjis, kena berdiri sebelah dia untuk menyedarkan rentak jidurnya semakin lemah dan perlu dibetulkan. Namun alhamdulillah majlis berjalan lancar dan kami kekenyangan hari itu dengan hidangan yang enak. Sebelum pulang kami menerima buah tangan dari tuan rumah dan balik dengan menggunakan van sekolah. Pak Marzuki memberitahu kami bahawa van Pak Agos rosak d tengah jalan sewaktu pulang dari menghantar kami ke sini tadi. Oleh yang demikian beliau menggunakan van sekolah sebagai galang ganti takut perjalanan pulang kami tidak sempurna. Terima kasih Pak Marzuki. Maaflah ya para pembaca.....beberapa minggu ini aku menjadi malas untuk berceloteh panjang....kepenatan dan ketuaan gamaknya. Mahu mencari pewaris saka, sampai sekarang tak dapat-dapat lagi....yang menghentam banyak! Donia og donia.....


  

  


Monday 10 February 2020

Projek Penubuhan Kelab Angklung SK Saujana Utama

Hari Isnin, 10 Februari 2020 membawa 22 orang anak-anak angklung untuk memperkenalkan angklung kepada anak-anak murid di SK Saujana Utama, Sungai Buluh. Perjalanan ke sana hanya mengambil masa 45 minit sahaja. Aku menggunakan khidmat 4 buah kereta hari iaitu kereta Cikgu CT dan suaminya, kereta Uncle Sam dan aku sendiri. Ini adalah kerana hendak menjimatkan perbelanjaan. Nasib baik ada suami cikgu CT, maka perjalanan kami lancar ke sana. Persembahan dibuat di tapak perhimpunan, 4 buah lagu didendangkan dan sebuah lagu khas untuk guru-guru di sana. Lagu-lagu yang digemersikkan adalah lagu kanak-kanak iaitu Bapaku Kupulang, Twinkle Twinkle Little Star, Mama Hao dan Bintang Kecil. Lagu khas kami mainkan lagu My Heart Will Go On versi dance. Selesai sahaja persembahan kami pun meminta izin untuk mengundurkan diri pulang ke Shah Alam. Moga kelab angklung sekolah ini maju dan berjaya!

  

  



Sunday 9 February 2020

Majlis Perkahwinan Shahriza dan Fahmi

Persembahan khas untuk anak Pak Agos hari ini. Beliau merupakan pemandu kami yang setia makanya kami memberikan persembahan khas dalam majlis perkahwinan anak beliau pada 9 Februari 2020 di Dewan Teratai Seksyen 19. Persembahan kami bersahaja hari ini dan mengiringi pengantin menggunakan lagu Renjis Dipilis. Maklum...persembahan dalam majlis perkahwinan kami biasa sahaja....iring, renjis, potong kek dan semasa makan beradab. Alhamdulillah persembahan kami rata-rata mendapat pujian daripada tetamu yang hadir. 

  

 



Saturday 1 February 2020

Raikan Cinta : Amanda dan Hazim

Nak Dewan Melur tetapi menghala ke Dewan Melati,...kosong sahaja dewan, tinggal bungga manggar sepokok depan pagar...rupa-rupanya salah dewan. Tempat betul di seksyen 7 tetapi di Dewan Melur rupanya. Sesampai sahaja depan dewan kami disambut dengan muka garang emcee hari tu....not a single words about our performance..alamak. Takde mikropon la maknanya. Alahai....acapkali persembahan kami dalam persembahan perkahwinan ginilah ceritanya. Alhamdulliah taklah besar mana dewannnya makanya satu mic pun dah memadai.

  

 

Jam 11.15 pagi kami makan dan kemudian bersiap-siap untuk membuat persembahan santai sementara menunggu pengantin tiba. Kami iringi dengan lagu Inang Cina dan diikuti dengan persembahan Bunga Rampai. Acara memotong kek kami sertai dengan lagu Sedetik Lebih. Kami berehat seketika selepas acara memotong kek dan makan lagi dan lagi.

  



Jam 2.00 petang kami meneruskan persembahan dan berakhir pada jam 3.00 petang. Lagu bonus Selamat Harijadi bagi tetamu yang terpilih sambutan hari lahirnya pada Januari yang lepas. Nasib baik aku bawa skor lagu tu....bolehlah budak-budak ni mainkan. Jam 3.30 petang kami makan sekali lagi dan berangkat pulang pada jam 4.00 petang setelah bersalaman dengan tuan rumah dan mendapat jajan kami. Terima kasih daun keladi ya tuan rumah.