Tuesday 30 April 2019

Sambutan Hari Guru 2019

Kelab hanya membyat persembahan adhoc sahaja pada tahun ini. Budak-budak minta untuk membuat satu persembahan...lagu Dikir Puteri. Kami memulakan persembahan dan kemudian diikuti dengan persembahan yang lain-lain. Tema pakaian tahun ini untuk guru adalah 'crossculture'. So, dengan bantuan kawan FB Flora Gindi aku menyewa pakaian etnik Iban orang Ulu. Apa-apa pun aku menang kategori pakaian mengikuti tema bagi guru wanita. Aku turut sama menyertai persembahan tarian Borneo dari murid-murid sekolah. Meriah sungguh. Tahun ini aku merayakan Hari Guru....tidak seperti tahun lepas aku banyak menjadi penonton dari jauh sahaja.








Majlis Persaraan Tiga Serangkai

Hujan hari ini. Cuaca hari ini turut bersedih dalam majlis yang dilangsungkan pada pagi ini yang mana 3 daripada 4 orang GKMP sekolah ini akan bersara dan meninggalkan sekolah ini dengan 1001 kenangan pahit dan manis. Setelah dibasahi hujan  lagu Pelangi Petang dialunkan dengan gemersik angklung menyatakan kepergian mereka merupakan kehilangan besar kepada pihak sekolah. Kemudian mereka diiringi dengan lagu Masa SMA untuk dibawa keluar dari perkarangan sekolah. Para pengawas berdiri di kiri kanan jalan mengiringi kepergian mereka. 4 wheel drive menanti mereka dengan penuh sabar. Dalam renyai-renyai hujan mereka dibawa pergi dan dilambai dengan penuh kesedihan.

  





   

Saturday 27 April 2019

Tirai : Bidasari

Hari ini kami ke KuASH Theatre untuk menontoh Tirai : Bidasari juga memberi sokongan kepada pemain angklung dari SK Bukit Lanjan dan Pusat Jagaan Kanak-kanak Paya Jaras. Selalunya orang menonton kami tetapi hari ini kami menonton orang lain pula. Rehat seketika dari kemelut latihan dan persembahan sepanjang bulan April yang sibuk. Syabas kepada semua peserta teater. Menghiburkan.

  

  

  

  


Saturday 20 April 2019

Walimatul Urus Helmi dan Nia

Membawa 20 orang ahli secara solo hari ini. Pak Agos peneman setia membawa 15 orang dalam satu van sementara aku membawa 5 orang lagi dalam KIA kesayanganku. Banyak dah jasanya pada aku dan KAW Team ni. Perjalanan memakan masa 35 mnit sahaja. Tidaklah jauh sangat dari sekolah kami. Sampai sahaja kamii terus ke dewan dan Uncle Sam sudah sedia menanti. Sempat mengambil gambar di tangga dewan.

  

Setelah persiapan dibuat Uncle Sam memulakan rehearsal untuk mengiringi pengantin dan kemudian kami pun bersiap-siap. Selesai sahaja kami terus membuat sound check dengan lagu Dag Dig Dug. Jam 11.00 pagi kami memulakan acara makan. Belum semua lauk pauk dihidangkan namun kami teruskan juga untuk mengalas perut sebelum memulakan persembahan.

  

  

Jam 11.45 pagi kami memulakan persembahan dengan lagu Dag Dig Dug dan berhenti dengan lagu A Thousand Years kemudian menuju ke bahagian hadapan dewan untuk menanti mempelai tiba. Sempat juga makan apam balik. Jam 1.10 minit petang mempelai tiba dengan diiringi mat mat motor besar. Orang yang naik  moto tu tak le sado sangat pun. Yang sedang-sedang sahaja. Umur pun yang sedang-sedang sahaja, hahahahahaha. Kami iringi mempelai dengan lagu Inang Cina dan kemudian membuat persembahan di hadapan mempelai dengan lagu Bunga Rampai. Acara merenjis juga kami iringi perenjis dengan lagu Renjis Dipilis.

  





Sebaik sahaja acara memotong kek selesai kami pun mengundurkan diri buat sementara waktu. Wakrtu rehat selama 30 minit diberikan kepada anak-anak angklung untuk menjamuu selera sekali lagi. Jam 3.00 petang kami menghabiskan 3 sisa lagu lagi dan kemudian menutup tirai persembahan dengan bergambar bersama-sama mempelai.




Friday 5 April 2019

Latihan Majlis Anugerah Cemerlang SMK TTDI Jaya

Sebaik sahaja selesai di sekolah aku, Veronica dan Hazni bergegas pula ke SMK TTDI Jaya untuk membantu mereka membuat persiapan persembahan majlis anugerah cemerlang yang dijadualkan akan berlangsung pada 20 April ini. Aku mempunyai hari ini sahaja untuk mengajarkan mereka dua buah lagu iaitu Empat Dara dan Selamat Datang. Mereka tidaklah berlatiih seperti kelab aku oleh yang demikian agak sukar untuk mereka pelajari dalam waktu yang singkat. Setelah berulang-ulang menempuhi pelbagai kesukaran dan kemarahan guru....hahahaha tu yang tak boleh tahan tu....akhirnya mereka berjaya memainkan lagu-lagu tersebut dengan betul. Harap...dalam latihan mereka sendiri nanti mereka akan ingat kesalahan yang sering dilakukan oleh mereka dan menokok nambah  gerak-geri untuk memeriahkan persembahan mereka. Gud luck guys n gals!

  

  

Majlis Anugerah Kecemerlangan Akademik (MAKA)

Persembahan kali ini anak-anak angklung berlatih sendirian tanpa guru. Hanya menerima arahan melalui whatsapps sahaja. Cikgu CT turut membantu sepanjang kesibukkan aku minggu ini. 7.00 pagi semua hali- dah berkumpul di bilik angklung untuk mengambil alatan masing-masing. Aku arahkan Ehsan untuk membuat persiapan sistem audio bersama-sama Syafiq. Nampak ke'blu'an Syafiq dalam menjalankan arahan guru. Takpelah, first time mengikuti persembahan bersama-sama senior begitu juga dengan Adhwa.


Membuat sekali lagi raptai semasa menanti ketibaan VIP. Alhamdulillah semuanya ok dan berjalan lancar walaupun ada perubahan sedikit dibuat. Namun mereka dapat mengikkut arahan dengan baik. Sebaik-baik sahaja VIP tiba dan disambut oleh para pentadbir kami memulakan persembahan dengan lagu Bunga Rampai dan terus bergambar setelah selesai. Kami iringi beliau ke Bilik Anggerik dengan lagu Gendang 9 pula.



Berehat seketika sementara menanti VIP menjamu selera juadah ringan yang disediakan di bilik tersebut. Berposing lagi kami. Majlis pagi ini kami akhiri dengan iringan lagu Inang Cina membawa VIP ke dalam dewan. Setelah itu kami pun bersurai.

  


Thursday 4 April 2019

Bengkel Ensemble Angklung

Kebiasaannya kelab ini yang membuat bengkel angklung untuk sekolah-sekolah atau denagan badan-badan kerajaan atau bukan kerajaan. Namun kali ini cikgu kelab ini pula berkesempatan menyertai bengkel ini untuk menambah ilmu di Institut Perguruan Ilmu Khas  di Cheras pada 3 dan 4 April yang lalu. Du ahari aku berkampung di sini bersama-sama bekas pelajar institut ini. Kesemuanya guru-guru muzik. Hanya aku seorang guru Bahasa Malaysia yang mentertai program ini. Terasa diri amat kecil sekali di dalam kalangan mereka. Namun, alhamdulillah semuanya sporting belaka dan banyak yang dapat aku pelajari di sini terutamanya penggunaan accord dalam skor dan pelbagai method persembahan. Terima kasih kepada para pensyarah yang menganjurkan program ini. Syabas!