Tuesday, 5 January 2021

Profil K.A.W Team 2024


Sila klik LINK ini '

Terima kasih.



PROFAIL KELAB ANGKLUNG WARISENI

1. Pengenalan
Kelab Angklung Wariseni merupakan kebitaraan Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Sri Muda. Kelab ini ditubuhkan pada 11 Oktober 2011 oleh Puan Norazlena Binti Lazim dan aktif dalam mempersembahkan muzik angklung yang menggabungkan lagu-lagu klasik, moden serta terkini dari pelbagai genre.

2. Keahlian dan Latihan
Kelab ini dianggotai oleh 50 orang ahli yang terdiri daripada pelajar tingkatan satu hingga tingkatan lima. Ahli kelab menjalani latihan sebanyak dua kali seminggu pada hari Khamis dan Sabtu. Sekiranya terdapat jemputan persembahan di luar sekolah, latihan intensif akan diadakan selama tiga hari berturut-turut. Ahli baharu menerima latihan harian bagi memastikan mereka dapat bermain dengan baik bersama ahli senior.

3. Guru Penasihat
Kelab ini dipimpin oleh dua orang guru penasihat utama dan beberapa guru lain yang turut serta sejak penubuhannya. Antara guru penasihat yang pernah terlibat ialah:

  • Puan Elsa Majmiza Binti Murad Khan
  • Puan Malisa Binti Mohd Mohayudin
  • Puan Azwani Binti Sibiramalek
  • Puan Hafiza Binti Ahmad
  • Puan Siti Raxkina Binti Kulop Ahmad 
  • Encik Ahmad Izzakir Bin Wan Jusoh 
  • Cik Noor Fatinah Binti Md Nor@Ab. Rahim 

4. Liputan Media
Aktiviti dan pencapaian kelab telah mendapat liputan dalam pelbagai media seperti:

  • Akhbar: Sinar Harian, Berita Harian, Utusan Malaysia, Melaka Hari Ini
  • Majalah: Majalahdara.com, YEZZ (Karangkraf)
  • Televisyen: TV1 (Selamat Pagi Malaysia, Generasi Y), TV2 (Tiada Lama Tiada Baru), TV3 (Banana Squad, Malaysia Hari Ini, Borak Kopitiam), TV9 (Nasi Lemak Kopi O), TV Al-Hijrah (Assalamualaikum), NTV7

5. Penyertaan dalam Pertandingan
Kelab Angklung Wariseni telah menyertai pelbagai pertandingan peringkat tempatan dan antarabangsa, antaranya:

  • Mimpi ke Bintang
  • Muzik Ekstra
  • Pertandingan Bakat Kraftangan (Hari Kraftangan Kebangsaan 2013)
  • MSU Performing Art Competition (2014 - Juara, 2016 - Tempat Ketiga)
  • Pertandingan Menari Sekolah Menengah Petaling Perdana (2019)
  • Angklung’s Day (2020)
  • Pertandingan Bakat Online JKKN Sabah (2021)
  • Persembahan Berkemahiran Bermain Alat Muzik (2022 - Juara kategori solo, Naib Juara kategori berkumpulan)
  • Labamboos (2023 - Anugerah Persembahan Khas)
  • 12 Jam Bandung Ngurulung Angklung (Original Rekod Indonesia) - 2024

6. Persembahan dan Penghormatan Diraja
Kelab ini telah membuat persembahan di pelbagai acara bertaraf antarabangsa dan kebangsaan, antaranya:

  • Malaysia International Children Choral Festival (2017, UiTM Shah Alam)
  • ASEAN School Games (2018, UiTM Shah Alam)
  • Woman 2 Win (2022, Hotel Intercontinental, Kuala Lumpur)
  • Persembahan di hadapan Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Nazrin Muizzuddin Shah (2018, Majlis Anugerah Srikandi GPMS, Hotel Istana, Kuala Lumpur)
  • Persembahan di hadapan Duli Yang Maha Mulia Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin (2019, Mesyuarat Agung Pandu Puteri Malaysia, Rumah Pandu Puteri, Bukit Gasing)

7. Projek dan Penerbitan

  • Program Jelajah Angklung 1Malaysia (2016, 2017)
  • Mini album (CD & VCD) “Pelestarian Tradisi” (2017, Bandung)
  • Bengkel Angklung “Sanggar Angklung” di seluruh Negeri Selangor
  • e-Book “Getarkan Jiwa! 10 Buah Lagu Popular”
  • Buku skor angklung “Mari Bermain Angklung: Lagu Kanak-kanak” (2023)
  • e-Book "46 Skor : Lagu Hari Raya" (2024)
  • Program pengantarabangsaan yang dirancang pada tahun 2025

8. Platform Media Rasmi
Kelab Angklung Wariseni aktif di platform media sosial berikut:

Kelab Angklung Wariseni terus komited dalam memperkaya seni budaya angklung dan mengembangkan bakat ahli ke peringkat antarabangsa.

No comments:

Post a Comment