Showing posts with label Hari Polis. Show all posts
Showing posts with label Hari Polis. Show all posts

Monday, 25 March 2019

Hari Polis ke 212

Tahun ini kami sekali lagi berpeluang untuk membuat persembahan bersama-sama IPD Seksyen 9 Shah Alam untuk menyambut Hari Polis yang ke 212. Chantek nombor tu.


Kami menaiki bas polis pagi ini. Tepat jam 6.30 pagi kami sudah berada di dalam bas dan bersedia untuk ke seksyen 9. Sesampai sahaja di sana kami terus menyiapkan alatan dalam dewan dan kemudia bergegas turun ke tapak perbarisan setelah bersiap ala kadar sahaja. Sarapan kami ambil di dalam bas sahaja. Makan karipap, kuih ketayap dan milo kotak.


8.00 pagi bermula majlis dengan penuh istiadat. Rebah juga anak murid aku 4 orang hari ini. Tak tahan. Bangun pagi sangatlah tu dah lemah fizikalnya. Pada hal latihan yang dibuat lagi lama dari yang ini. Pasukan koir juga tumbang seorang pagi ini. Namun alhamdulillah acara berjalan lancar.  Siap mengiringi penyampaian penghargaan dan sijil kepada para penerima lagi dengan lagu Payung Sambutan kami.

  

  

Sebaik sahaja selesai istiadat di situ, kami bergegas naik ke atas untuk membuat persiapan di dalam dewan pula. Sebaik sahaja kesemua VIP sudah sedia di meja makan maka kami memulakan persembahan dengan lagu Getaran Jiwa dan menutup tiraii persembahan dengan lagu Bengawan Solo. Kesemua lagu yang dimainkan berentak perlahan menjadi halwa telinga sewaktu mereka makan. Busker pula mengambil tempat dan masa kami untuk berehat dan menjamu selera.

  

  

Selesai makan, kami pun berkemas untuk pulang. Sempat bergambar denga boss paling besar kat IPD ni......TQ Encik Rajoo merakamkan gambar untuk kami. Kepulangan kami amat drastik....siap denga polis pengiring. Penghargaan daripada pihak IPD Shah Alam kepada kami. Teruja anak-anak angklung.


  


Saturday, 23 March 2019

Raptai Penuh Hari Polis

Jam 7.00 pagi kami bertolak ke IPD Shah Alam dengan menaiki bas kilang yang disediakan khas oleh PDRM. Perjalanan lancar dan kami mengambil sarapan pagi di luar perkarangan IPD. Makan mee goreng, telor mata dan minum air teh o panas. Alhamdulillah. 7.30 pagi kami bergegas ke tapak perbarisan untuk menjalani raptai. Terkezut bebudak pepagi ini apabila mendengar pegawai atasan memberi arahan dengan suara yang lantang dan kata-kata yang agak %^&()**^*. Itulah alam pekerjaan ..... ulasan yang dapat diberikan oleh cikgu. Kamu kena biasakan diri dari segi mental dan fizikal dan itulah yang sekolah sedang sediakan kamu semua untuk menghadapinya dengan tabah. Hanya sekali sahaja raptai dijalankan dan kami membuat latihan bersama-sama pasukan koir untuk beberapa kali dan kemudian bersurai. Kami poolang ke sekolah dan makan tengahari juga telah disediakan oleh pihak polis. Memang terjaga kami ....terima kasih Encik Rajoo selaku pengiring kami sepanjang kejadian.

  

  




Friday, 22 March 2019

Latihan Koir

Jumaat syahdu, kami akan mengadakan latihan bersama-sama pasukan koir PDRM dari IPD Seksyen 9 Shah Alam. Berjanji dengan Inspektor Azlina untuk bertemu di bilik APD pada pukul 10 pagi ini. Hanya 16 daripada 20 orang ahli angklung yang dapat hadir latihan hari ini. Masing-masing dengan urusan tersendiri. Alhamdulillah latihan berjalan dengan lancar walaupun baharu semalam Ehsan belajar menggunakan drum bass yang baharu sahaja kami beli melalui atas talian. Tapi sayang penyangkutnya mudah sangat patah. Dah nak kena beli baharu.

  



Saturday, 25 March 2017

Hari Polis Yang ke 210 (2017)



6.00 pagi sudah menanti Lambonghini yang akan membawa kami sekali lagi ke IPD Shah Alam. Tapi 45 minit setelah menanti baharu kami dapat naik kenderaan terpantas kami ke sana. Dilambung-lambung lagi kali ini dengan kelajuan yang sangat kami kagumi. Sesampai di sana kami terus menuju ke dewan. Ayahanda pun ada datang kerana mendapat jemputan dari pihak IPD. 


Menanti waktu persembahan kami memulakan aktiviti dengan bersarapan pagi. Sarapan pagi? Entahlah....makan makanan berat nasi putih beserta lauk-pauk, siap cendol songkok tinggi pun ada. 


Sempat bergambar dengan ayahanda jugak. Jumpa Cikgu Syazwani lagi.....wah, popular ek SMK Taman Sri Muda.


Persembahan dimulakan berselang-seli dengan Emcee. Berehat sebentar apabila majlis penyampaian sumbangan. Kelab juga mendapat sumbangan daripada seorang Dato. Terima kasih atas sumbangan ini. Dapat juga mengurangkan beban kami mengumpulkan dana untuk ke Bandung nanti. Alhamdulillah.




Majlis berakhir dan lagu terakhir yang kami dendangkan pagi ini adalah lagu Kaparinyo. Terima kasih atas usaha IPD Shah Alam dalam kolaborasi mengumpul dana kelab. Jasa anda amat kami hargai. 


Friday, 24 March 2017

Raptai Hari Polis Yang ke 210

24 Mac 2017 menuju ke IPD Shah Alam dengan menaiki Black Maria. Setelah puas dilambung-lambung dalam lori tersebut sampailah kami ke destinasi.  Kali ini persembahan kami di dalam Dewan Mawar. Taklah panas macam tahun lepas. Alhamdulillah. Tapi yang pastinya kami praktis lagu-lagu pengantin di sana. Sebenarnya kami dah praktis hari Khamis. So...hari ni kami prepare lagu untuk wedding bapa saudara Fatin plak di Puchong Ahad ini. Jam 12.00 tenghari kami beransur pulang ke sekolah. 





Saturday, 26 March 2016

Peringatan Hari Polis ke 209 Tahun (Siri Jelajah Angklung 1Malaysia 2016)

22 Mac menaiki trak polis menuju ke IPD Shah Alam di seksyen 9. Menanti abang drebar polis datang mengambil kami di stesen minyak Petronas berhampiran AEON Shah Alam oleh kerana kami baharu sahaja selesai mengiringi perasmi AEON. Pertama kali anak-anak angklung menaiki trak ni.


Latihan hari ini di dalam dewan sahaja. Ahli-ahli koir polis pun belum berkumpul lagi. Kuarahkan anak-anak angklung pergi solat dahulu sementara menanti. Latihan dimulakan jam 4.00 petang setelah semua alatan tersedia. Agak berterabur jugalah. Namun ianya dapat diatasi dengan baik. Jam 5 petang kami berangkat pulang ke sekolah.



23 Mac 2016....sekali lagi kami ke IPD Shah Alam untuk raptai penuh bersama pasukan polis. Cuaca agak redup. Alhamdulillah, namun bahang panas tetap terasa.




Setelah mencuba beberapa kali akhirnya kata putus diberikan ....kami akan mainkan lagu tanpa menggunakan minus one. Bergabung dengan pasukan koir polis. Satu pengalaman baru untuk kelab ini. Jam 5.00 petang latihan berakhir dan kami dihantar pulang dengan trak sekali lagi.


24 Mac 2016 raptai terakhir sebelum majlis sebenar berlangsung esok. Hari ini kami bertolak pagi ke balai. Bersarapan pagi di kantin dengan bekal yang telah ditempah pada abang Din kantin semalam. Setelah sedia kami berkumpul di hadapan balai untuk menjalani raptai penuh.



Sekejap sahaja raptai pada pagi ini. Hanya dua kali raptai dilaksanakan dan semuanya berjalan lancar. Kami bertolak pulang awal ke sekolah hari ini dan meneruskan latihan untuk persembahan lain. 

25 Mac 2016 Hari Polis yang ke 209 tahun. Kami menanti pengangkutan tiba selama 2 jam. Alhamdulillah pengalaman mengajar aku untuk menyiapkan anak-anak angklung lebih awal supaya tidak tergesa-gesa nanti. Sampai sahaja di balai kami disambut mesra dan diberikan tempat untuk meletakkan barang dan alatan. Terus kami bersiap-sedia untuk majlis berlangsung. Posing dahulu.




Tepat jam 3.30 petang sambutan pun dimulakan. Cuaca sungguh panas hari ini. Alhamdulillah diberitahu tadi banyak acara dicantas. Bimbang juga aku budak-budak ni berjemur di bawah terik mentari.




Majlis berjalan dengan lancar. Dua buah lagu polis didendangkan dengan baik sekali oleh pasukan koir dan kelab angklung. Satu kerjasama yang jitu. Setelah menikmati minum petang kami bertolak pulang dengan gembira. Walaupun penat sepanjang minggu ini namun pengalaman yang diterima mengatasi segala penat-lelah yang dilalui. Tahniah kepada anak-anak angklung Wariseni!