Friday 14 October 2022

Majlis Srikandi Berbakti Tulus Berbudi

 Majlis yang diadakan untuk 4 orang guru yang berpindah. Tahniah kepada Cikgu Zihan, Cikgu Yati, Cikgu Vasandi dan Cikgu Rahani. Persiapan dibuat 3 hari sebelum sambutan namun saat-saat akhir diubah. Budak-budak ni agaknya tak faham bahasa dan tak pandai tengok gambar. Aku kata lain dia buat lain. Aku bagi gambar lain dia beli lain. Agak-agaknya beginilah pemikiran generasi XYZ ni........nak kata aku cakap bahasa asing, tak juga.. Bahasa kebangsaan tu. Gambar pun clear. Namun persembahan berjalan lancar walaupun ada bunyi yang terkehel sekupang dua.....biasalah tu.










Saturday 1 October 2022

Karnival Angklung

Setelah menghadapi pelbagai cabaran akhirnya kami sampai juga kat homestay. Menanti rakan-rakan yang lain tiba. Setelah selesai malamnya kami makan malam di restoran yang berhampiran. Alhamdulillah berjalan kaki sahaja. Dekat dengan homestay. Geng Cikgu Izzakir join kami tak lama kemudian. Esoknya kami bersarapan roti canai sarang burung sementara cikgu CT mencuba roti canai sarang burung daging. Hahaha....kena scam...dagingnya daging burger jer.





Jam 9.00 pagi kami ke Taiping Mall dan membuat persiapan. Kami akan mempersembahan kemahiran kami selepas tuan rumah. Undian dapat nombor 2. Tak mengapalah....mungkin ada hikmah disebaliknya. Persembahan kami mendapat tepukan gemuruh daripada para penonton dan ibu bapa yang hadir. Mereka kagum dengan persembahan kami yang tidak statik.





Selepas makan nasi kandar beratur yang viral tu, kami pun bertolak pulang. Ingatkan nak bawa mereka jejalan, tapi cuaca di Taiping tidak mengizinkan lantas kami terus pulang. Terima kasih semua semoga kita berjumpa lagi di tahun hadapan.