Jam 7.00 pagi kami bertolak ke IPD Shah Alam dengan menaiki bas kilang yang disediakan khas oleh PDRM. Perjalanan lancar dan kami mengambil sarapan pagi di luar perkarangan IPD. Makan mee goreng, telor mata dan minum air teh o panas. Alhamdulillah. 7.30 pagi kami bergegas ke tapak perbarisan untuk menjalani raptai. Terkezut bebudak pepagi ini apabila mendengar pegawai atasan memberi arahan dengan suara yang lantang dan kata-kata yang agak %^&()**^*. Itulah alam pekerjaan ..... ulasan yang dapat diberikan oleh cikgu. Kamu kena biasakan diri dari segi mental dan fizikal dan itulah yang sekolah sedang sediakan kamu semua untuk menghadapinya dengan tabah. Hanya sekali sahaja raptai dijalankan dan kami membuat latihan bersama-sama pasukan koir untuk beberapa kali dan kemudian bersurai. Kami poolang ke sekolah dan makan tengahari juga telah disediakan oleh pihak polis. Memang terjaga kami ....terima kasih Encik Rajoo selaku pengiring kami sepanjang kejadian.
Showing posts with label raptai. Show all posts
Showing posts with label raptai. Show all posts
Saturday, 23 March 2019
Friday, 24 March 2017
Raptai Hari Polis Yang ke 210
24 Mac 2017 menuju ke IPD Shah Alam dengan menaiki Black Maria. Setelah puas dilambung-lambung dalam lori tersebut sampailah kami ke destinasi. Kali ini persembahan kami di dalam Dewan Mawar. Taklah panas macam tahun lepas. Alhamdulillah. Tapi yang pastinya kami praktis lagu-lagu pengantin di sana. Sebenarnya kami dah praktis hari Khamis. So...hari ni kami prepare lagu untuk wedding bapa saudara Fatin plak di Puchong Ahad ini. Jam 12.00 tenghari kami beransur pulang ke sekolah.
Subscribe to:
Posts (Atom)







