Showing posts with label ekspo jom kahwin. Show all posts
Showing posts with label ekspo jom kahwin. Show all posts

Sunday, 1 April 2018

Promosi Jom Kahwin

Mendapat undangan sekali lagi untuk bersama-sama di Wangsawalk Mall untuk Promosi Jom Kahwin. Berjanji untuk sampai di sana sebelum pukul 3.00 petang. Bertolak dari Presint 16 Putrajaya pada jam 1.30 petang. Dalam kepala tudak terfikir akan menempuh jem untuk sampai ke Wangsawalk. Alhamdulillah kami sampai sebelum waktu persembahan. Sempat bersiap-siap untuk menghiburkan para pengunjung. 

  

Masa yang diperuntukkan kepada kami hanya setengah jam sahaja untuk mempromosikan kelab dan juga lagu-lagu kami. Pen drive yang kami gunakan untuk persembahan di Presint 16, berjalan dengan sempurna tiada kecacatan yang berlaku. Alhamdulillah sekali lagi. Jadi sahlah bukan salah audio aku. Cikgu Siti sempat ditemubual sebelum kami gemersikkan alunan angklung dalam mall ini. Pelbagai lagu didendangkan di sini dan aku amat berpuas hati dengan persembahan anak-anak angklungku di sini.

  

Sebaik sahaja selesai persembahan dan berkemas kami terus menuju ke pakir kereta untuk pulang ke Shah Alam. Ada sedikit masa untuk kami berehat sebelum bertolak ke Taman Sri Andalas pula untuk event Teh Tarik 3.


Sunday, 27 August 2017

Ekspo Jom Kahwin 2

Group B sekali lagi harus bergerak ke Wangsawalk Mall untuk persembahan di Ekspo Jom Kahwin. Tentu mereka masih merasai kepenatan persembahan di Melaka semalam. Syabas kerana dapat mengharungi cabaran yang getir di sana. Ditimpa hujan, tiada bekalan kuasa, menghiburkan para pengunjung yang tidak henti-henti di muzium serta melayani kerenah big boss. Hari ini Ainul dapat menyertai team. Ain Sofea dan Elisa nyaris-nyaris kami tinggalkan. Baiknya Pak Agos pusing semula untuk mengmabil mereka. Perjalanan ke sana mengambil masa 45 minit. Sajer jer aku bawa pelan-pelan tak urgent sangat.

Alhamdulillah parking ada. Van dan Kia parking bersebelahan. Cikgu CT hari ini tak bawa kereta. Cukup sebuah van dan kereta untuk membawa 15 orang pemain angklung Team B ni. Bergerak menuju ke lobi dan menyusun alatan di belakang pentas. Pesanan penaja....berkumpul semula di pentas pada jam 1.30 untuk membuat persiapan akhir. Mesej daripada Big Boss beliau akan lewat sedikit hari ini.

Berselipar jer ko Azrul?

Lepas gian..kecik-kecik tak dapat naik

Membuat persiapan akhir
Jam 2.00 petang tepat kami memulakan persembahan dengan lagu pertama Dikir Puteri. Cikgu CT merakamkan aksi-aksi di bahagian depan pentas sementara aku pi naik tingkat satu mall untuk mendengar dan merakamkan aksi-aksi anak-anak angklung di bawah.




Kami akhiri persembahan dengan lagu How Do You Do/Kanikuly/Jomblo Happy....rancak sket. Siap berkemas kami makan nasi yang dibekalkan oleh penganjur ekspo. Alhamdulillah....pulang ke Shah Alam dengan penuh kepuasan dengan persembahan yang diberikan oleh anak-anak angklung tadi. Terima kasih daun keladi kepada penganjur moga kami dijemput lagi di lain-lain pameran nanti.



Friday, 25 August 2017

Ekspo Jom Kahwin

Berbekalkan 12 orang pemain angklung hari ini. Hanya dua orang pemain tingkatan satu yang terlibat dalam kumpulan A hari ini. Tahniah Veronika Bakak dan Aslinda. Perubahan yang amat ketara daripada anda berdua. Tahniah! Teruskan usaha anda hingga ke peringkat antarabangsa. Jam 12.15 minit bertolak ke Wangsawalk Mall setelah menanti Cikgu Siti mengambil CD  Ada plak tak bagi masuk amek. Adoi...kan dah lambat bertolak. Tiba di sana jam 1.15 petang dan terus ke lobi utama. Disambut oleh staf dengan mesra. Kami ronda-ronda dahulu sebelum membuat persediaan. Berjanji dengan anak-anak angklung berkumpul semula jam 2.30 petang. Aku dan Cikgu Siti bershopping plak...konon nak jimat duit...tup tup beli pakaian baru untuk anak-anak angklung.




Jam 3.00 petang memulakan persembahan dengan lagu Selamat Datang. Lagu yang dipopularkan oleh M.Daud Kilau. Hampir 40 minit bermain di sini kami berpindah tempat pula di tempat lain dalam mall. Habis 20 lagu kami mainkan di sini. Ditambah pula dengan permintaan lagu daripada para pengunjung. Alhamdulillah....semua berjalan  lancar. Nantikan kami pada hari Ahad ini 27 Ogos kami akan di sini sekali lagi pada jam 2.00 petang. Sesiapa yang nak booking untuk persembahan di majlis-majlis bolehlah datang ke sini sebelum jadual dipenuhi. 



Jam 5.30 petang  bertolak pulang ke Shah Alam. Jalan jem gegiler....hampir pukul 7.00 malam kami tiba di sini. Alhamdulillah....repacking untuk persembahan esok pula iaitu Kumpulan A akan ke Bukit Jelutong dan Kumpulan B akan ke Melaka untuk membuat persembahan di Muzium Kapalselam. Jumpa anda semua di sana...sana...sana.......!