Monday 30 October 2023

Program Perasmian Penutupan Koperasi Sekolah

Majlis berlangsung hari ini. Awal pagi dah sampai sekolah untuk jalani latihan untuk refresh sebelum ke Kelana Jaya. Gerak tari ku ubah sedikit untuk memuatkan para ahli di atas pentas. Mula-mula mereka agak blurr namun setelah diulang beberapa kali dapatlah mereka menguasai step tersebut.

Laluan ke bahagian punggahan barang kecil sahaja rupanya. Hanya kawasan tangga dan agak panas, namun kami diberikan tempat selesa untuk bersiap dan kemudian menyertai program sementara menanti KPPM tiba untuk majlis perasmian.

Majlis berjalan dengan lancar dari dua persembahan iaitu dari gendang cina dan angklung. Gabungan kami yang dinamakan Gu-Klung mantap dengan memulakan intro lagu Gendang 9 dan kemudian diteruskan dengan lagu Sepakat Membina yang dinyanyikan oleh Patrina Julin secara live. Background voice disertai oleh pemain gendang dari SMK Kota Kemuning.




Selesai persembahan gendang cina kami memulakan persembahan kami dengan lagu Embun Sok Sek. Lagu tradisional negeri Terengganu. Jarang sekali lagu ini dimainkan kecuali di majlis yang melibatkan pelancongan. Maka kami gemersikkan lagu ini dalam audiotorium ANGKASA hari ini. Alhamdulillah persembahan berjalan lancar. Setelah mengambil makan tengah hari maka kami beransur pulang ke sekolah.





Friday 27 October 2023

Latihan Kolaborasi II

Nasib baik anak Cikgu Rosaini terlibat dalam persembahan, maka bolehlah aku tumpangkan beberapa anak-anak angklung ke SMK Kota Kemuning untuk latihan kolaborasi kedua dan terakhir sebelum persembahan kami pada 30 Oktober 2023 nanti.Jam 10.30 am kami bertolak ke sana dan kami memulakan latihan di dalam dewan tertutup hari ini memandangkan hari ini ada latihan tae kwan do dan silat berlakuk di dewan terbuka. Tak lama latihan kami ini...dapat beat dengan cepat. Jam 12.00 kami selesai dan akhirnya membuat persiapan terakhir di sekolah. Aku ubah sedikit pergerakan tarian mereka agar lebih mantap.



Mesyuarat ANGKASA

Hari ini aku ke Kelana Jaya bersama-sama cikgu CT untuk menghadiri mesyuarat bersama-sama AJK program yang akan diadakan pada 30 Oktober nanti. Beralih-alih bangunan kami dan akhirnya kami sampai juga ke bilik mesyuarat yang dinyatakan. Setelah menjamah sate 4 cucuk dan berbual-bual kosong mesyuarat dimulakan apabila korum cukup. Ringkas sahaja mesyuarat kali ini. Kami diminta untuk memberikan nama persembahan kolaborasi kami dan akhirnya dinamakan Gu-Klung. Kami juga diberikan kesempatan untuk memberikan persembahan solo setelah memberikan persembahan lagu Sepakat Membina, lagu terkini koperasi. Selesai di bilik tersebut kami ke audiotorium untuk melihat kelasan kawasan persembahan dan kami telah membuat beberapa perubahan untuk sesuaikan dengan tenpat. Alhamdulillah, semuanya memberikan kerjasama yang baik supaya majlis berjalan lancar. Sempat juga kami bergaya di booth sebelum majlis berlangsung.....




Tuesday 24 October 2023

Kelas Angklung PPKI SMK SS17

Hari ini akku bawa Levialin pula untuk membantu aku dalam kelas hari ini. Tugasan hari ini adalah untuk memantapkan ayunan angklung lagu Empat Dara dan tambahan sebuah lagu lagi iaitu lagu Kenanganku. Pada mulanya agak berterabur mereka memainkan lagu tersebut tetapi setelah dua tiga kali dicuba mereka dapat menguasainya. Lagi terbaik, lagu Kenanganku mereka dapat memainkannya dengan baik hanya sekali diajar. Alhamdulillah.




Saturday 21 October 2023

Festival Makanan Tradisional SiHui

Tertanya-tanya di mana kampung ini. Jejak sahaja jalan masuk baharulah faham bahawa ianya berdekatan dengan dewan terdahulu. Peranan kami di sini mengiringi VIP masuk ke meja makan dan kemudian memberikan persembahan pembukaan . Oleh kerana 10 minit diberikan maka kami gunakan medley yang dimainkan sewaktu persembahan pagi tadi. Iringan kami agak bercelaru kerana bergabung dengan tarian singa...kami pun confius juga.....namun teruskan juga iringan sehingga habis.







Kolaborasi Gendang 22 dan Angklung

Selesai persembahan di Dewan Kamunting kami pulang ke sekolah dan bersiap-siap untuk menjalani latihan di SMK Kota Kemuning bersama-sama pemain gendang 22 di sana. Kolaborasi yang ala kadar sahaja namun memberikan semangat kepada anak-anak KAW Team. Selesai berlatih kami bertukar-tukar ilmu pula di antara satu sama lain.






Konvoi Jelajah MPP Zon Selatan

Rasanya ini kali kedua kami mengikuti persembahan jelajah seperti ini tetapi tak ingat tahunnya. Masa yang diberikan kepada kami 10 minit sahaja. So, aku sediakan lagu medley yang mengandungi pelbagai lagu dari pelbagai kaum di Malaysia. Dimulai dengan lagu Malaysia Madani, Dikir Puteri, Saajanji, Tian Mi Mi dan diakhiri dengan lagu My Heart versi remix. Permulaan lagu kami agak lewat sedikit masuk kerana volume lagu terlalu perlahan.Namun kami dapat memberikan persembahan terbaik pagi tersebut walaupun menghadapi pelbagai cabaran sebelum persembahan. Alhamdulillah.


Thursday 19 October 2023

Redo Dinding Pagar dan Kebun

Hari ini kami akhirnya dapat menyiapkan redo mewarna dinding pagar bersebelahan Kabin D'Angklung. Terima kasih atas semua usaha anak-anak angklung. Anda hebat! Pokok anggur pun dah siap dipasang dawai agar dapat memanjat dengan baik.

Saturday 14 October 2023

Tautan Ukhwah : Dewan D'Mawar, Kapar Kelang

Awal tahun telah diterima daripada Cik Nurul untuk majlis hari ini. Tugas kami hanya menghiburkan para tetamu dan menjadi halwa telinga pengantin sewaktu makan beradap dan sesi bergambar. Alhamdulillah walaupun ramai jr yang mengisi kekosongan pemain untuk majlis ini, mereka sedaya upaya memainkan angklung sebaik mungkin. Usaha mereka telah menerima pujian daripada para tetamu dan tuan rumah sendiri. Syabas anak-anak angkllung, teruskan usaha kamu untuk lebih cemerlang, gemilang dan terbilang.



Hari Sukan Negara dan Karnival Kokurikulum

Peranan aku dan krew KAW Team tak banyak sangat kali ini dalam proses kejadian pada 14 Oktober. Namun persiapan dan mengemas dapat dijalankan dengan sempurna. Aktiviti banyak dikendalikan oleh krew Kelab Seni Kebudayaan Sesi Pagi.



Thursday 12 October 2023

Redo Kabin

Membangunka semula kabin yang kelihatannya usang sangat dari pandangan luar. Namun kami cuba sedaya upaya untuk menceriakan semula di dalamnya seperti sebelum banjir.

Monday 9 October 2023

Majlils Sanjungan Budi Setulus Kasih

Majlis persaraan Ustazah Che Hasliza binti Che Omar. Sekejap sahaja ustazah di sini. Aku pun taklah berapa kenal sangat dengan ustazah ni, gitu-gitu jer kenalnya. Kat m ajlis inilah baharu kami dapar berah-mesra. Maklum, tempat aku nun jauh di sudut sekolah, dalam dunia angklngku bersama-sama dengan anak-anak angklung yang setia. Peranan kami hari ini mengiringi ustazah masuk dan naik ke pentas, kami dendangkan satu lagu bertajuk Di Garis Akhir Ini dan akhirnya mengiringi ustazah ke kereta.





Sunday 8 October 2023

Tautan Ukhwah : Double Trouble

Majlis hari ini dibawah pimpinan Uncle Sam. Dewan Komuniti Taman Koperasi Polis 2, Gombak. Rasa macam aku pernah sampai kat dewan ni apabila nampak bangunan ..memang ya pun. Uncle Sam dah sedia menanti kami di sana. Terus bersiap dan kemudian mendengar arahan Uncle Sam. Tugasan kami hari ini hanya sewaktu iring dua pasangan mempelai (sebab tu tajuk hari ini double trouble...bukan ada masalah pun), makan beradap dan acara bergambar. Menu hari ini makanan Arab dan kuih muih tempatan.





Wednesday 4 October 2023

Hari Koperasi Sekolah (HKS) 2023

Peranan kami kecil sahaja kali ini mengiringi koir koperasi menyanyikan lagu Sepakat Membina. Hanya 2 hari sahaja kami dapat berlatih bersama-sama namun mereka dapat memberikan persembahan yang baik. Syabas kepada para kooperator koperasi.



Kami dan Kelab Kesenian sekolah bergabung untuk membuka gerai karaoke. Makanya havoclah gerai kami dengan para pelajar yang nak menunjukkan bakat masing-masing. Penuh dan riuhlah seadanya. Cikgu-cikgu pun sporting join nyanyi sama. Kami dinobatkan sebagai juara gerai terbaik kali ini. Tahniah semua!