Showing posts with label festival. Show all posts
Showing posts with label festival. Show all posts

Sunday, 19 April 2026

Festival Keusahawanan Seni Muzik Tradisional MRSM

 




Maklumat Utama Acara

  • Nama Acara: Festival Keusahawanan & Seni Muzik Tradisional (Maktab Rendah Sains MARA - MRSM).

  • Tarikh: 18 – 19 April 2026.

  • Lokasi: IOI Grand Exhibition & Convention Centre, Level 3 (East Wing), IOI City Mall Putrajaya.

  • Penyertaan: Melibatkan 58 gerai (booth) program usahawan muda dan 12 buah MRSM bagi pertandingan seni muzik.


Aktiviti & Suasana Lawatan

Dari visual yang dipaparkan, lawatan ini nampaknya penuh dengan pengisian yang menarik:

  • Sokongan terhadap Usahawan Muda: Terdapat gambar yang menunjukkan pengunjung sedang melihat demonstrasi penyediaan minuman di salah satu gerai. Ini mencerminkan semangat keusahawanan pelajar MRSM yang mempamerkan produk kreatif mereka.

  • Penghayatan Seni Budaya: Suasana meriah dapat dilihat melalui persembahan muzik tradisional di atas pentas utama, yang menjadi teras kepada festival ini untuk memartabatkan seni warisan.

  • Sesi Bergambar Kenang-kenangan: Pengunjung (pelajar dan pengiring) tidak melepaskan peluang untuk bergambar di hadapan papan latar (backdrop) rasmi festival sebagai tanda kenangan kehadiran mereka di acara berprestij ini.

  • Suasana yang Padat & Meriah: Gambar menunjukkan kawasan pameran yang dipenuhi orang ramai, membuktikan festival ini mendapat sambutan yang sangat menggalakkan daripada orang awam dan warga pendidikan.


Secara keseluruhannya, ia merupakan satu lawatan yang menggabungkan elemen pembelajaran luar bilik darjah, sokongan terhadap ekonomi kreatif, dan apresiasi budaya dalam satu platform yang moden dan interaktif.

Friday, 30 November 2018

Festival Permainan Tradisional Selangor 2018


Mendapat info daripada Uncle Sam, kami akan membuat persembahan di Pantai Morib pada jam 9.00 malam. 9.00 malam? Kuulang tanya waktu, takut tersalah taip, tetapi memang betul kami akan start bermain angklung pada jam 9.00 malam. Bertolak ke Morib bersama-sama 'Teman Setia Kami' iaitu Pak Agos. Hujan dah reda tetapi jalan jem tak reda-reda....redha jer lah...tersangkut kat Jalan Kelang Banting hampir satu jam. Buang masa di situ. Alhamdulillah keluar dari Teluk Panglima Garang Waze mengarahkan kami untuk melalui jalan dalam. Kami tiba tepat waktu masuknya waktu Maghrib dan terus singgah di Masjid Morib. Terus memakir kereta di Pantai Morib setelah bertolak keluar dari perkarangan masjid. Anak-anak angklung mengeluarkan alatan dan kemudian terus ke pentas yang disediakan.

  

Setelah selesai kami menjamu selera yang dibekalkan oleh JKKN...nasi lemak hijau, sambal sotong dan telor mata. Sedap kata anak-anak angklung......alhamdulillah. Buat alas perut. Kemudian kulepaskan mereka untuk bersantai sementara di kawasan ini setelah bersiap-siap dengan solekan. Apa lagi adegan bergambarlah seperti selalu.

  

  

Jam 9.15 malam kami memulakan persembahan dimulai dengan lagu Alunan Biola dan diakhiri dengan lagu Poco Poco. Alhamdulillah persembahan berjalan lancar. Aku pun agak malas untuk mengambil gambar malam ni....mode sejuk! 

  





Terima kasih JKKN, Uncle Sam dan Pantai Morib. Kita jumpa lagi di lain majlis, insyAllah. Balik Shah Alam, sesat barat .....perjalanan yang mengambil masa sejam setengah menjadi lebih. Terkeliru dengan susur keluar yang rapat dan jalan agak kelam. Apa-apa pun kami selamat sampai di sekolah jam 11.40 malam dan sempat menghantar anak angklung pulang.



Tuesday, 8 August 2017

Malaysia Children National Choral Festival 2017

Bertempat di Anjung Sri Budiman, kelab akan menunjukkan kemahiran bermain angklung di hadapan para peserta festival waktu makan tengahari nanti. Setelah tawaf UiTM sekali pusing dan memakirkan kereta ditebing bukit, anak-anak angklung menuju ke tempat persembahan. Kami disambut oleg Madam Ong yang mengetuai aktiviti hari ini. Setelah perbincangan dibuat maka kami akan memulakan persembahan terlebih dahulu memandangkan kami perlu menyusun pperalatan di atas pentas.  Terus peluang ini digunakan untuk membuat sound check menggunakan laptop yang kubawa. Nasib baik, jika tidak tiada persembahan hari ini.




Setelah persiapan dibuat maka seperti biasa anak-anak angklung memulakan aksi makeup-makeup. Bahan solekan aku dah tinggal ciput jer tu. Nak kena tambah dah. Peti solek kan main besarnya. Itupun Cikgu Siti yang beri. 



Then makan time. Cukup-cukup sahaja untuk 18 orang anak angklung yang kubawa hari ini. Cikgunya.....kena cari makanan sendiri. Sorry la kekawan. Nak bagi peluang pada anak-anak angklung untuk menimba pengalaman kat sini, so cikgu-cikgu terpaksa berkorban segalanya. Demi mereka kita sanggup buat....kan...kan...kan....Sementara menanti peserta masuk ke  dewan makan kami layan diri dengan memainkan lagu-lagu yang tidak akan kami mainkan nanti untuk memenuhi ruang masa.




Aku....hari ini duduk di konti. Mengawal persembahan dalam dewan. Disebabkan laptop aku sendiri yang digunakan dalam persembahan nanti. Pakcik PA system tu pun beri kepercayaan kat aku untuk handle sistem bunyi dalam tu. Berkemahirankah aku? Biarlah Luncai terjun dengan labu-labunya.......


Memulakan persembahan dengan lagu Dikir Puteri, diikuti seterusnya dengan lagu Koo Kad, Sway, Subaru dan diakhiri dengan lagu Kanikuly (How Do You Do/Jomblo Happy). Setelah selesai semua persembahan aku menutup tirai dengan lagu Champa Muang Lao mengiringi para peserta ke dewan semula. Tinggal aku, Uncle Sam dan 9 orang anak angklung. Hujan telah reda, kami mengundurkan kereta untuk keluar dari UiTM ini. Selamat tinggal....moga kita jumpa lagi di lain kali dan lain persembahan.


Saturday, 16 July 2016

Malaysia International Children's Choral Festival 2016

Kami telah dijemput untuk membuat persembahan di Teater Shah Alam sempena Malaysia International Children's Choral Festival 2016.


Dengar je perkataan international dah buat kami rasa berbangga kerana dapat bersama memeriahkan majlis tersebut. Oleh kerana ianya antarabangsa, pakaian kami bertemakan multiracial. Seronok dapat merasa memakai pakaian dari bangsa-bangsa lain.


Tepat pukul 7.00 pagi, kami anak-anak angklung sudah ada di sekolah kecuali Ehsan dan Fazli. Bangun lambat la tu ish ,,, ish. Selepas beberapa minit menunggu mereka berdua yang masih tidak tiba juga, kami bergerak ke Teater Shah Alam tanpa mereka kerana tidak mahu terlewat dari masa yang ditetapkan. Mereka berdua diarah untuk bergerak ke sana dengan kenderaan sendiri. Nasib teater tu dekat je, kalau tak memang habis mereka berdua ditinggalkan.

Setibanya kami di sana, kami bertungkus lumus menyiapkan diri dan menyediakan stand dan angklung masing-masing di pentas. Ehsan sempat datang ke teater walaupun lewat dan tidak ada berita tentang Fazli. Ish ish ish lagi. Memandangkan kami hanya diberitahu bahawa persembahan kami pada waktu pembukaan majlis, kami bersiap sedia awal-awal dan menunggu arahan daripada mereka sahaja.


Waktu kami membuat sound check, tiba-tiba kami diarahkan untuk mulakan persembahan. Aik? Dah boleh mula? Rupa-rupanya persembahan kami untuk selingan majlis sahaja. Semangat kami untuk bermain berkurangan tetapi tidak apa lah, kerja tetap kerja, kami teruskan saja.


Selesai persembahan, kami dilepaskan untuk bersarapan di kafe dan dibenarkan untuk menyaksikan majlis tersebut berlangsung sementara menunggu persembahan kami yang kedua. 


Pasukan-pasukan koir dari negara Malaysia, Filipina, Indonesia, India, Jepun, dan Vietnam bertanding dengan alunan suara yang harmoni dan kreativiti masing-masing. Yang menariknya apabila salah satu pasukan Malaysia menyanyikan lagu tentang buah-buahan. Buah pun boleh buat lagu!



Pada waktu rehat majlis tersebut sebelum diteruskan ke sesi yang kedua, kami diarahkan untuk bermain angklung. Entah kenapa rasa berdebar pula, mungkin kerana dewan tersebut dah dipenuhi dengan penonton dari luar negara. Fazli sempat hadir untuk persembahan kedua. Terlajak tidur budak ni.



Pabila pengacara majlis berbicara menandakan berakhirnya persembahan kami, kami kemas barang dan menunggu van tiba di luar teater. Itu sahaja coretan saya kali ini. Jumpa lagi~




Liputan oleh Malaysia Hari Ini di TV3.