Saturday, 16 July 2016

Malaysia International Children's Choral Festival 2016

Kami telah dijemput untuk membuat persembahan di Teater Shah Alam sempena Malaysia International Children's Choral Festival 2016.


Dengar je perkataan international dah buat kami rasa berbangga kerana dapat bersama memeriahkan majlis tersebut. Oleh kerana ianya antarabangsa, pakaian kami bertemakan multiracial. Seronok dapat merasa memakai pakaian dari bangsa-bangsa lain.


Tepat pukul 7.00 pagi, kami anak-anak angklung sudah ada di sekolah kecuali Ehsan dan Fazli. Bangun lambat la tu ish ,,, ish. Selepas beberapa minit menunggu mereka berdua yang masih tidak tiba juga, kami bergerak ke Teater Shah Alam tanpa mereka kerana tidak mahu terlewat dari masa yang ditetapkan. Mereka berdua diarah untuk bergerak ke sana dengan kenderaan sendiri. Nasib teater tu dekat je, kalau tak memang habis mereka berdua ditinggalkan.

Setibanya kami di sana, kami bertungkus lumus menyiapkan diri dan menyediakan stand dan angklung masing-masing di pentas. Ehsan sempat datang ke teater walaupun lewat dan tidak ada berita tentang Fazli. Ish ish ish lagi. Memandangkan kami hanya diberitahu bahawa persembahan kami pada waktu pembukaan majlis, kami bersiap sedia awal-awal dan menunggu arahan daripada mereka sahaja.


Waktu kami membuat sound check, tiba-tiba kami diarahkan untuk mulakan persembahan. Aik? Dah boleh mula? Rupa-rupanya persembahan kami untuk selingan majlis sahaja. Semangat kami untuk bermain berkurangan tetapi tidak apa lah, kerja tetap kerja, kami teruskan saja.


Selesai persembahan, kami dilepaskan untuk bersarapan di kafe dan dibenarkan untuk menyaksikan majlis tersebut berlangsung sementara menunggu persembahan kami yang kedua. 


Pasukan-pasukan koir dari negara Malaysia, Filipina, Indonesia, India, Jepun, dan Vietnam bertanding dengan alunan suara yang harmoni dan kreativiti masing-masing. Yang menariknya apabila salah satu pasukan Malaysia menyanyikan lagu tentang buah-buahan. Buah pun boleh buat lagu!



Pada waktu rehat majlis tersebut sebelum diteruskan ke sesi yang kedua, kami diarahkan untuk bermain angklung. Entah kenapa rasa berdebar pula, mungkin kerana dewan tersebut dah dipenuhi dengan penonton dari luar negara. Fazli sempat hadir untuk persembahan kedua. Terlajak tidur budak ni.



Pabila pengacara majlis berbicara menandakan berakhirnya persembahan kami, kami kemas barang dan menunggu van tiba di luar teater. Itu sahaja coretan saya kali ini. Jumpa lagi~




Liputan oleh Malaysia Hari Ini di TV3.


No comments:

Post a Comment