Sunday, 10 July 2016

5th Raya The Garden (Siri Jelajah Angklung 1Malaysia 2016)

Setelah beberapa hari beraya di kampung halaman, kini saya kembali berbakti kepada angklung untuk persembahan hari ini. Setelah berangkat daripada sekolah, kami menuju ke The Garden Mall buat kali terakhir, tempat yang telah menjadi 'kampung' kepada komrad-komrad angklung yang bertugas pada hari raya pertama dan kedua. Apa salahnya, sekali sekala merasa beraya di mall hehe. Pabila stand sudah ditegakkan, angklung berada di tempat masing-masing, sudah tiba masanya untuk kami bersiap sedia dengan pakaian kami yang serba serbi gaya istana. Rupa kami seperti anak-anak sultan dan dayang-dayang yang turun dari kayangan hahahahahah perasan kejap.




Selesai bersiap, kami ber "we-fie" !


Dengan masa yang terluang, kami singgah di Subway untuk minum sementara menunggu waktu berdetik pukul 2 petang untuk persembahan kami. Salah sorang kembar kata, "Boleh rifell". Punya la fikir apa benda yang nak di-refer, rupanya dia maksudkan "refill". Sekali refill dicas RM1. Yang dah refill rasa menyesal sebab tanak bayar RM1 hahaha kesian.


Sudah menyejukkan diri dengan ice lemon tea, kami bergerak ke pentas rata itu dan bersedia untuk memulakan persembahan.


Di pertengahan persembahan sementara kami menunggu lagu seterusnya dimainkan, seorang budak perempuan kecil mengedarkan duit raya kepada kami semua. Mak dia bagi katanya. Terima kasih puan! Anak puan comel! Hehe semoga dimurahkan rezeki puan sekeluarga.



Sebelum mengakhiri persembahan, kami sempat beramah mesra dengan para penonton.



Sekian sahaja untuk hari ini. Jumpa lagi di show seterusnya!


No comments:

Post a Comment