Hari ini persembahan kami di The Garden Mall lagi. Van tiba di sekolah lebih awal dari pemain-pemain angklung dan juga pengurus kami Cikgu Azlena. "Lebih baik saya tunggu orang dari orang tunggu saya," katanya. Setelah semua hadir kecuali pemain Cina kami Chong, kami bergerak ke destinasi. Tiba di Garden Mall, kami terus menyediakan ruangan persembahan kami dengan stand dan angklung masing-masing. Show hari ini sedikit istimewa dari yang sebelumnya kerana kami memakai kain batik dan kain pelikat untuk dipadankan dengan baju kurung dan baju melayu. Saya terasa ayu macam gadis melayu terakhir hehehe.
Para gadis dan teruna melayu terakhir. |
Jam 2.00 petang, kami memulakan persembahan dan mendendangkan sepuluh buah lagu. Kami mendapat sambutan yang memuaskan, terutama dari pengunjung-pengunjung berbangsa Cina apabila memainkan lagu Cina seperti Shanghai Beach dan Tian Mi Mi.
Selesai persembahan, kami dapat duit raya dari pihak Garden Mall. Terima kasih! Lantas, kami mengemas barang dan terus bergegas untuk persembahan kami seterusnya di Suria KLCC.
No comments:
Post a Comment