Saturday 29 June 2019

Senada : Semarak Seni dan Budaya

Persembahan kali ini kami mewakili PADAT dalam program Senada. Anak-anak angklung berkumpul di Bilik Angklung untuk memunggah alatan ke dalam kereta dan van. Bapak Riezwan memastikan alatan yang diangkut lengkap dan kemudian menanti Pak Agos di Pondok i-Think.  

  

Tepat jam 6.40 petang kami bertolak ke Dataran Kemerdekaan yang terletak di seksyen 14. 7.00 petang kami tiba di Masjid SSAAS dan bersedia untuk menunaikan solat Maghrib berjemaah di sana.

  

Sejurus selesai kami bertolak ke belakang pentas dan bersiap-siap. Uncle Sam memberikan arahan persembahn yang man lagu Dikir Puteri akan dimainkan terlebih dahulu kerana dia bercadang untuk membuat gimik permulaan program. 8.50 malam  kami memulakan rehearsal dan diikuti dengan gimik lagu Dikir Puteri dan kemudian meneruskan persembahan di atas pentas untuk lagu-lagu seterusnya. Berehat seketika selepas 5 buah lagu dimainkan dan menjamu selera dengan nasi bungkus yang disediakan oleh PADAT. Acara tarian mengisi ruang masa yang ada.

 


 

Selepas 30 minit berehat, kami menyambung semula persembahan kami. 5 buah lagu lagi dimainkan dan akhirnya kami menutup tirai persembahan dengan bergaya. Siap berkemas kami berangkat pulang ke sekolah dan mendapat sebungkus lagi nasi ayam yang diberikan oleh Pak Agos.


Friday 28 June 2019

Sambutan Hari Raya Sesi Petang 2019

Persiapan telah dibuat dengan begitu rapi oleh guru-guru sesi petang. Sambutan raya dipisahkan kepada dua tempat yang mana tingkatan satu di dalam dewan sementara tingkatan dua di kantin. Namun kedua-dua sambutan ini begitu meriah sekali dengan aksi dan lagak anak-anak murid tidak kurang juga aksi aksi guru yang pelbagai. Kakitangan sekolah di pejabat dan makmal tidak lupa dijemput sama untuk meraikan bersama-sama kami. Alhamdulillah perjalanan majlis berjalan lancar dengan gimik adhoc yang kami buat dan pebagai acara untuk anak-anak murid kami. Selamat Hari Raya ..... Maaf zahir dan batin dari kami di SMK Taman Sri Muda, Shah Alam Selangor.


  

  

  


Thursday 27 June 2019

Santai di P.A.M Part 3

Hari terakhir kami di sini untuk menghiburkan para tetamu yang hadir. Kami tiba awal di sini dan alhamdulillah dapat memakirkan kereta di perkarangan bangunan. Susah hati juga memikirkan kereta berada di luar tanpa dalam kawasan pakir yang dibenarkan. Meminta anak-anak angklung minum petang terlebih dahulu dan kemudian bersiap-sedia untuk membuat persembahan. Kami telah diberitahu bahawa pembentangan akan bermula dari pukul 5.00 petang sehingga 7 malam. Maka kami diminta untuk mengawalkan persembahan. Kami mula dalam pukul 3.45 petang dan menutup persembahan pada pukul 4.15 petang dengan lagu Dikir Puteri. Apa-apa pun kami enjoy di sini dan orang-orang di sini semakin ramah dengan kami. Terima kasih semua.

  

  

  



Tuesday 25 June 2019

Santai di P.A.M Part 2

Berada di Bangsar pada jam 3.00 petang untuk persembahan pada pukul 4 petang nanti. Tunggu punya tunggu akhirnya kami dapat memulakan persembahan pada pukul 4.30 petang dan berhenti seketika selepas memulakan lagu Cindai oleh kerana perbincangan di dalam masih belum selesai. Setelah azan asar berhenti kami memulakan semula persembahan selama 30 minit dan kemudian digantikan dengan persembahan angklung solo. Mood aku hari ini sangat tidak baik dari awal.....Sesi kedua persembahan aku membuat gimik persembahan di perkarangan P.A.M. Memang yang ada di sana tidak menyangka persembahan ini. Hope they'all enjoy it.

  

  


Monday 24 June 2019

Santai di P.A.M Part 1

Hala tuju hari ini tidak diketahui ....hanya berpandukan kepada waze sahaja. Jika Waze sesat maka sesatlah kamii gamaknya. Tengok dari situ hanya mengambil masa 30-35 minit sahaja perjalananya. Taklah jauh sangat namun kami tidak mahu mengambil risiko. Kami bertolak seawal jam 4.00 petang untuk ke sana. Dalam pukul 5.00 petang lebih kurang kami tiba di sini. Terlajaklagi.....alahai parkingnya sungguuh terhad. Nasib baik sudah disediakan untuk kami memunggah alatan di dalam.


Setelah menerima taklimat daripada Uncle Sam maka anak-anak angklung bertebaran di dalam bangunan untuk melihat pameran dan membeli bahan pameran yang dipamerkan di situ. Aku tak ketinggalan membeli 2 barang sebagai kenangan berada di sini. Nak tulis apa barangnya....malulah plakss....hahahahahaha.

  

  

Jam 6.30 petang kami menjamu selera dengan sphagetthi dan nasi berlaukkan acar dan ayam goreng. Alhamdulillah. Jam 7.00 petang kamia memulakan rehearsal dengan lagu Selamat Hari Raya Chaca dan berehat seketika untuk menanti azan dan memulakan persembahan pada jam 8.00 malam nanti. Bebudak sakan berposing....tah berapa banykalah gambar dalam kamera tu. Nasiblah jaman neh tak guna kodak. Kalau tak selalu tak cukup la filem.

  

  

Tepat jam lapan malam kami memulakan persembahan. Orang tidaklah ramai sangat hari ini. Kedai kopi pun semua tutup di kawasan ini pada hari Isnin. 12 buah lagu kamii dendangkan dan kemudian menutup tirai setelah staf di situ memberitahu mereka akan menghadiri meeting sekejap lagi. Alhamdulillah, balik awall kami hari ini. So, kita jumpa esok jam 4 petang pula ya.



Sunday 23 June 2019

Surau Terbuka Al Muiz'z

Call Haji Ismial untuk pulang ke Shah Alam....Haji beritahu Pak Agos menjemput kami semua ke majlis Rurau Terbuka sempena sambutan Hari Raya di seksyen 25. Setelah sampai di persimpangan jalan antara KElang dan Shah Alam kuminta Haji Ismail mengepalai laluan ke sana. Parking kereta di tepi jalan sahaja. Pertama kali aku menjejakkan kaki di surau ini. Meriah sambutannya. Terdapat pelbagai juadah yang dihidangkan. Alhamdulillah rezeki anak-anak angklung hari ini. Dapat juga mereka duit raya sekali lagi. 

  

  

Wedding Space

Persembahan adhoc hari ini. Peranan kami sangat kecil di sini, hanya mengiringi mempelai ke pelamin dan kemudian persembahan tarian. Terlajak simpang pula! Terpaksa menggunakan lorong kecil untuk sampai ke sini sesudah bertanya kepada penduduk setempat untuk ke sana semula. Uncle Sam sudah menanti kami di sana. Cantik hiasan tempat di sini. Setelah bersarapan kami mencuri peluang untuk bergambar.

  


Membuat rehearsal untuk mengiringi mempelai. Uhh, payah juga ek. Memacam gaya....tapi akhirnya kata sepakat diperolehi. Maka menanti mempelai tiba sahaja. Alhamdulillah aturcara berjalan lancar dan persembahan kami mendapat tepukan daripada tetamu yang  hadir. Aturcara seterusnya adalah makan beradap antara satu sama lain dan kemudian bergambar dengan pengantin. Setelah itu kami pulang ke Shah Alam untuk menghadiri Surau Terbuka sempena sambutan Hari Raya.

  


Saturday 22 June 2019

K.A.W Team Berhari Raya

Sambil menyelam minum air...sempat juga menghadiri rumah terbuka di rumah kawan yang terletak di Ayer Keroh. Walaupun sesat mencari rumah namun berkat usaha gigih untuk makan biskut raya, maka kami sampai juga ke rumah tersebut. Waduh....kok tidak diberikan no rumahnya. Dapat juga bebudak angpow raya kan.....


  

  

Walimatul Urus Syaza dan Aidil

 


Bertolak ke Melaka pada pukul 7.00 pagi. Ain Sofiya terpaksa kutinggalkan oleh kerana lewat. Dalam perjalanan anak ini menelefon dan kuberitahu aku tidak akan menunggu mereka lama. Ketepatan masa sangat penting dalam setiap aktiviti. Amalan kita semua sepatutnya. Kami sampai dalam pukul 10.30 pagi di Public Hall Paya Rumput Melaka. Terus membuat persiapan dan perbincangan dengan emcee oleh kerana tuan rumah masih belum kelihatan. Majlis dimulai dengan nyanyian marhaban. Kumpulan ini juga diimport khas dari Shah Alam.


Jam 11.45 pagi kami memulakan persembahan dan berhenti seketika untuk memberi ruang kepada pasukan kompang mengiringi mempelai masuk ke dalam dewan. Kami meneruskan persembahan di hadapan pengantin dengan lagu Bunga Rampai. Sebaik sahaja selesai merenjis kami meneruskan semula persembahan dan berhenti rehat sebelum azan zohor berkumandang.

  


Jam 2.30 petang kami menutup tirai persembahan dengan lagu Do Re Mi yang dipopularkan oleh Allahyarham Tan Sri P.Ramlee. Seperti biasa kami akan bergambar bersama-sama pasangan mempelai sebagai memori. Setelah menerima anugerah goodies terbaik kami memohon diri untuk ke rumah kawan berhari raya. Mood berceloteh hari ini takde...so sorry ya.