Hari ini mereka memainkan angklung dengan berpandukan cetakan yang telah diberikan. Memang agak sukar bagi mereka namun itulah yang dinamakan belajar. Setelah diberikan tunjuk ajar melalui skrin yang besar sekarang mereka perlu menempuh halangan secara berkumpulan dan saling bergandingan untuk menghasilkan gemersik angklung yang harmoni. Pada mulanya mereka agak sukar merealisasikannya namun setelah dicuba beberapa kali akhirnya mereka berjaya memainkan angklung sendiri tanpa tunjuk ajarmu Sifu. Memang terdapat beberapa kepincangan sewaktu digetarkan namun mereka telah menunjukkan peningkatan. Insyalllah kelemahan ini akan dibaiki dan ditingkatkan pada hari Isnin nanti.
No comments:
Post a Comment