Saturday 31 July 2021

Live : Konsert Bakat Online JKKN Sabah #5

 Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Kami memerlukan bantuan semua untuk view dan like persembahan kami. Sekarang kami diperingkat ke 5. Sila view dan like video kami di Youtube untuk membolehkan  kami maju ke peringkat ke 6. Jangan lupa untuk share link ni dlm media sosial anda kerana klik rakan-rakan media sosial anda turut membantu.Terima kasih. 



                                                                GETARAN JIWA





Thursday 22 July 2021

Rakaman #5 Konsert Bakat Online JKKN Sabah 2021

Setelah taklimat dan panduan diberikan dari masa ke semasa maka cantuman video yang dirakam oleh anak-anak angklung pun dibuat. Memamng agak sukar dalamwaktu yang sama aku perlu belajar menggunakan aplikasi Sony Vegas yang ada agar dapat mengedit rakaman video dengan baik dan menarik. Di samping rakaman video yang dibuat oleh anak-anak angklung yang pelbagai membuatkan cabaran lebih tinggi. Alhamdulillah semua dapat diharungi, moga usaha yang dicurahkan membuahkan hasil. Terima kasih kepada anak-anak angklung yang bersama-sama merealisasikan rakaman ini sehingga berjaya.









Panduan untuk anak-anak angklung berempat untuk menyelesaikan trugasan namun yang dapat menyiapkan rakaman hanya 3 orang sahaja. Terima kasih Patrina, Zulfikar, Syaqila dan Aiman (walaupun separuh jalan rakamannya).

Tuesday 20 July 2021

Penghantar Terpantas

Menggalakkan ahli-ahli dalam penyertaan pertandingan maka aku mengadakan pertandingan penghantar tugasan terpantas kepada 2 kumpulan utama rakaman #5. Hadiahnya durian D24 yang dihantar terus kerumah masing-masing oleh Grab!! Tahniah kepada peserta yang berjaya.

  

Abang rider yang hantar

  
Timbang dulu

 

 


 
                                 Bapa Acok 






Saturday 10 July 2021

Perjumpaan Kelab

Aktiviti kelab diminta untuk melakukan perjumpaan secara dalam talian selama 30  mnit. Apa yang dapat dibiincangkan dalam 30 minit? Lantas lantikan AJK Sesi Petang dibuat dengan pantas dan kemudian mencadangkan beberapa aktiviti pertandingan. Tiga pertandingan yang akan dijalankan iaitu membuat buku skrap tentang jenis-jenis angklung untuk bulan Julai, pertandingan memainkan angklung digital dengan lagu Bintang Kecil dan Quizz dalam talian. Kesemua pertandingan ini adalah untuk ahli-ahli sesi petang. Untuk aktiviti buku skrap seramai 7 orang peserta sudah menghantar buku mereka iaitu Afiff, Alisya, Asmimi, Iman, Maisarah, Hidayatul Elly dan Zulaikha. Kita tunggu keputusan pada 31 Julai nanti ya.

 

 
Beberapa contoh tugasan yang telah disiapkan oleh peserta.