Showing posts with label plaza alam sentral. Show all posts
Showing posts with label plaza alam sentral. Show all posts

Sunday, 26 May 2019

Alam Sentral Final (Busking)

Sebelum memulakan persembahan kami menjadi penonton terlebih dahulu. Izzue Islam membuat persembahan dalam slot yang pertama ini. Lewat....hanya beberapa lagu yang dapat didendangkan olehnya. Kami mengambil kesempatan bergambar bersama-sama mereka.

  


Sempat juga Izzue Islam mempromosikan tabung kami di persembahan tersebut. Cayalah Wak!


Jam 3.15 kami memulakan persembahan dengan lagu Ramadhan Tiba dan diakhiri dengan lagu Suasana Riang di Hari raya. Izzue Islam sempat juga menonton persembahan pertama kami. Mantop katanya. Alhamdulillah........Seperti biasa ramai pengunjung menjadi tetamu kami pada hari ini. Alhamdulillah rezeki juga murah. Terima kasih kepada Cik Dhaniah membenarkan membuat persembahan di sini. Jumpa lagi di tahun hadapan. Insyallah.

  




Saturday, 25 May 2019

Alam Sentral Part 3 (Busking)

Sepatutnya kami ke Melaka hari ini, namun rezeki di sini lebih kuat rupanya, maka sekali lagi kami menghuni pentas di Plaza Alam.  Berbaju melayu kuning dan ungu sementara nan perempuan memakai kurung ungu bertudungkan kain batik dan berbaju kelawar ungu. 10 buah lagu kami dendangkan hari ini dan majoritinya semuanya lagu-lagu raya . Hari ini bergerak menggunakan khidmat Pak Agos dan kereta Cikgu Siti Raxkina sahaja sementara keretaku sarat dengan alatan persembahan. Kami memulakan dengan lagu Ramadhan Tiba yang dipopularkan oleh kumpulan Opick dari Indonesia dan menutup tirai hari ini dengan lagu HOore Hoore Samba. Lagu malar hijau yang dipopularkan oleh penyanyi tak asing lagi iaitu R. Azmi.

  

  


Sunday, 19 May 2019

Alam Sentral Part 2 (Busking)

Kami kembali lagi buat kali yang kedua dalam Ramadan yang ke 14. Memakai pakaian yang sama seperti semalam cuma lelaki tidak memakai samping hanya menyangkutkannya di bahu sahaja. Ada la nampak lain sket....hahahaha. Memulakan persembahan dengan lagu Ramadan oleh Maher Zain dan kami akhiri persembahan dengan lagu Menjelang Hari Raya yang dipopularkan oleh D.J Dave. Rezeki kami hari ini sangat murah. Alhamdulillah. Kami akan kembali semula membuat persembahan di sini pada 24 dan 25 Mei nanti. Tunggu ya kedatangan kami dengan lagu yang lain pula.


  



Saturday, 18 May 2019

Alam Sentral Part 1 (Busking)

Persembahan pertama kami di bulan Ramadan hari ini di Alam Sentral. 4 buah kereta digunakan untuk membawa kami semua ke sini. Persiapan terus dibuat sebaik sahaja kami tiba di plaza. Menunaikan solat Zohor di sini dan kemudian memulakan persembahan pada pukul 2.15 petang dimulai dengan lagu Ramadhan yang dipopularkan oleh Maher Zain. Setiap persembahan kami ramai pengunjung di sekeliling mendengarkan alunan dari buluh perindu kami. Alhamdulillah, persembahan kami berjalan lancar. Kami menutup persembahan dengan lagu Selamat Hari Raya berentak chaca. Setelah berkemas kami pulang ke sekolah dan bersedia untuk membuat persembahan esok pula dan di sini juga. Tunggu kami dan support kami yang mempertahankan seni warisan nusantara ini.

  

  


Hasil bukilan peminat cilik kami di hadapan pentas. Terima kasih dik non.....pandai dik non tulis naa...

  

Saturday, 2 June 2018

Busking 3 (Plaza Alam Sentral)

Masih dalam keadaan tidak sihat......bertugas untuk ke sekian kalinya menuju ke Plaza Alam Sentral. CT dan Uncle Sam teman setia menemani anda....senyum sokmo! Berbaju melayu  dan kurung kunig, bertudung maroon kami kali ini. Hari terakhir kami di Plaza Alam Sentral untuk menghiburkan para pengunjung di sini. Sewaktu kami sampai kanak-kanak sedang sibuk mewarna di atas pentas. Anak-anak angklung diarahkan bersiap-siap terlebih dahulu di surau dan terus menunaikan solat Zohor di sana.

  


Persembahan kami dimulakan dengan lagu Seloka Hari Raya dan diakhiri dengan lagu Balik Kampung. Sambutan para pengunjung sangat menggalakkan. CD kami terjual habis sebanyak 20 unit di sini. Alhamdulillah. Terima kasih kepada Cik Dhaniah yang menerima kami membuat persembahan di sini.






Sebelum pulang sempat bersalaman dengan Encik Kaha (anak-anak angklung lelaki la...) dan mengucapkan ribuan terima kasih atas kerjasama beliau. Memang hebat emcee ni. Bergambar untuk kali terakhir di sini sebagai kenangan


  

Sunday, 27 May 2018

Busking 2 (Plaza Alam Sentral)

Kali kedua kami di Plaza Alam Sentral. Terkejut juga aku bila Encik Kaha tetiba tanya ada angklung ke hari ini. Aku pun dah jadi teragak-agak. Tapi aku sure hari ini 27 hb Mei 2018, memang ada di sini dan persembahan kami pada pukul 2.00 petang nanti. Budak-budak terus membuat persiapan dan kemudian ke surau untuk menunaikan solat Zohor seterusnya bersolek. Budak-budak lelaki hanya lepak diperkarangan pentas sahaja.

   


Hari ini kami memainkan 15 buah lagu dimulai dengan lagu Selamat Datang dan diakhiri dengan lagu Sakitnya Tuh Di Sini. Hari ini penonton agak ramai dari minggu lepas dan CD kami pun ada terjual. Alhamdulillah.  Berjalan lancar semuanya hari ini. Jam 3.30 petang kami beransur pulang dan mengucapkan ribuan terima kasih kepada Encik Kaha. So, tinggal satu hari lagi persembahan kami di sini. Terima kasih kepada Plaza Alam Sentral.

  




Saturday, 19 May 2018

Busking di Plaza Alam Sentral

Mendapat kebenaran pihak Alam Sentral Cik Dhaniah untuk membuat persembahan di sana. Alhamdulillah setelah berurusan dengan beliau maka busking pertama kali di Alam Sentral berlangsung pada hari ini, 19 Mei 2018. Bertemankan Uncle Sam dan Cikgu Siti Raxkina menuju ke sana dengan membawa 14 orang anak-anak angklung. 3 daripadanya terdiri daripada Aiman Shafiq, Azamuddin dan Syahirah Aliya. Ahli tingkatan 1 yang hendak didedahkan dengan aktiviti luar kelab.

 

Parking penuh bhai......tapi akhirnya dapat juga parking di dalam bangunan. Siti dan Uncle Sam parking di luar plaza.  Sampai sahaja terus berjumpa dengan Encik Kaha emcee hari ini. Beliau terus menunjukkan tempat dan kami membuat persediaan. Berjanji dengan anak-anak angklung 1.50 petang sudah berada di pentas untuk membuat sound check dan kemudian terus memulakan persembahan.

  

  


Terima kasih kepada pihak Alam Sentral kerana telah merealisasikan program kami hari ini. Persembahan kami berakhir pada jam 3.00 petang. Kami akan kemari lagi pada  27 Mei dan 2 Jun nanti. Tunggu kami di sana.