Aku mendapat jemputan sebagai jurulatih angklung murid-murid PPKI SMK SS17. Terima kasih sudi jemput saya ya, namun aku tiba lewat sedikit kerana menguruskan majlis di sekolah terlebih dahulu. Parking kereta untukku telah disediakan. Rasa dihargai sungguh. Dalam majlis tersebut sempat aku bergambar dengan guru-guru PPKI dan Irfan, salah seorang murid tahun akhir. 3 tahun aku mengajar murid ini bermain angklung. Dengar cerita dia akan melanjutkan pelajaran di Kolej Vokasional Seksyen 17 dalam bidang baik pulih kereta. Moga dia berjaya.
Saturday, 25 October 2025
Tuesday, 7 October 2025
Kelas Angklung PPKI SMK SS17
Dah lama aku tidak ke mari, hari ini aku menapak ke sekolah ini sekali lagi untuk membantu guru-furu PPKI di sini mengajar anak-anak PPKI bermain angklung. Masih terdapat beberapa orang murid yang kukenali dan ramah menegur aku bila bersua. Anugerah yang Allah swt anugerahkan kepada mereka menjadi ramah pada tamu yang datang.
Setelah semua anak-anak PPKI berkumpul, kumulakan kelas dengan memberi mereka maklumat tentang kedatangan angklung di Malaysia. Secara umum dan kemudian pengenalan kepada angklung sehinggalah cara-cara bermain angklung dengan betul. Setelah itu, aku memulakan agenda bermain angklung dengan lagu Sekuntum Mawar Merah yang dipopularkan oleh puteri rock Malaysia, Ella. Dalam rima akustik. Alhamdulillah, terdapat beberapa orang ahli lama yang dapat bermain dengan baik tak kurang juga ahli baharu yang punya potensi.
Kelas angklung kuakhiri dengan memainkan lagu tersebut sehingga selesai agar menjadi panduan kepada guru-guru untuk mengajar mereka sebaiknya. Aku percaya, guru-guru yang ada dapat mengajar lebih baik dari aku kerana mereka lebih memamahi anak-anak PPKI mereka. Syabas dan tahniah kepada guru-guru tersebut. Teguh dengan apa yang telah dimulakan.
Tuesday, 16 July 2024
Kelas 3 Angklung PPKI SMK SS17
Kelas ke 3 untuk mereka hari ini. Bertolak darai sekolah jam 10 am menuju ke SMK SS17. Aku mulakan dengan ulangkaji lagu kelas yang lalu. Alhamdulillah mereka dapat memainkan lagu tanpa aku menunjukkan skor di hadapan papan putih dan hanya mengayunkan tangan sahaja. Satu oetanda yang baik. Setelah itu aku teruskan dengan lagu pilihan kedua Cikgu Rahimah iaitu lagu yang dipopularkan oleh Siti Nurhaliza, Jerat Percintaan. Nampak macam susah sebab panjang, tetapi sebenarnya skor hanya diulang-ulang sahaja dan hanya lirik yang bertukar. Mereka dapat memainkan lagu ini dengan baik walaupun baharu pertama kali diajarkan. Semakin pro nampaknya mereka. Tahniah!!!!
Tuesday, 2 July 2024
Kelas 2 Angklung PPKI SMK SS17
Hari ini aku meneruskan pengajaran dan pembelajaran angklung bersama-sama murid PPKI SMK SS17 setelah tertangguh disebabkan adanya UPSA. Hari ini kami memulakan latihan dengan lagu mendiang Elvis Presley, Can't Help Falling in Love. Mudah lagu ini, hanya perlukan ulangan hanya bahagian korus sahaja sedikit yang berlainan. Namun aktiviti berjalan dengan lancar walaupun tak ramai ahli-ahli lama. Murid yang baharu juga menunjukkan komitmen yang baik pada hari ini.
Tuesday, 21 May 2024
Bengkel Angklung PPKI SMK SS17 (1)
Hari ini ke SMK SS17, meneruskan latihan angklung untuk anak-anak PPKI. Hari ini aku berbekalkan lagu Wau Bulan untuk melembutkan ayunan tangan anak-anak PPKI terutama ahli-ahli baharu. Alhamdulillah nampaknya kumpulan ini agak mudah dibentur dan mereka boleh bermain dan mengayunkan angklung dengan baik buat pertama kalinya.
Thursday, 18 January 2024
Majlis Apresiasi PPKI SMK SS17
D-Day - bertempat di Dewan Sri Impian Hotel UiTM Shah Alam, majlis disempurnakan dengan jayanya pada hari ini. Anak-anak angklung dapat bermain dengan baik. Dendangan gemersik angklung 2 buah lagu yang dimainkan Empat Dara dan Kenanganku dapat mencuit telinga para tetamu yang hadir. Terima kasih atas bantuan dan sokongan semua guru-guru dalam usaha aku mengajar dan membimbing anak-anak PPKI ini.
Tuesday, 7 November 2023
Bengkel Angklung PPKI SMK SS17
Hari ini partner in crime aku si Joannane. Patrina tidak boleh kubawa kerana membantu aku mengajar jr di sekolah hari ini. Latihan hari ini hanya untuk memantapkan goyangan angklung untuk dua buah lagu iaitu Empat Dara dan Kenanganku. Ini sebagai persediaan untuk persembahan mereka pada bulan Januari 2024 nanti. Dalam latihan hari ini kutambahkan pergerakan sedikit. Tidak banyak. Mereka boleh lakukan dengan baik walaupun pertama kali melakukannya. Namun, memerlukan banyak latihan untuk memantapkan persembahan. I'm sure they can do it!!!
Tuesday, 24 October 2023
Kelas Angklung PPKI SMK SS17
Hari ini akku bawa Levialin pula untuk membantu aku dalam kelas hari ini. Tugasan hari ini adalah untuk memantapkan ayunan angklung lagu Empat Dara dan tambahan sebuah lagu lagi iaitu lagu Kenanganku. Pada mulanya agak berterabur mereka memainkan lagu tersebut tetapi setelah dua tiga kali dicuba mereka dapat menguasainya. Lagi terbaik, lagu Kenanganku mereka dapat memainkannya dengan baik hanya sekali diajar. Alhamdulillah.
Tuesday, 1 August 2023
Bengkel Angklung SMK SS17
Hari ini ditemankan Patrina ke sana. Dia menggantikan Shaqila yang menyambung pelajaran di UniKL. Syabas Qila. Pada mulanya kelas berlangsung agak huru-hara kerana murid lupa no angklung dan menggoyangkan angklung. Setelah disusun baharulah mereka dapat bermain dengan baik. Lagu Empat Dara menjadi pilihan untuk mereka latih sebagai persembahan nanti dan cikgunya pun suka. Tahniah anak-anak angklung PPKI ini. Mereka boleh mengikut arahan dengan baik.
Tuesday, 4 July 2023
Kelab Angklung PPKI SMK SS17 (Sesi 3)
Hari ini aku bertolak tanpa Shaqila ke SS17. Dalam kepaa ligat memikirka bagaimana untuk melaksanakan tugasan sambil memandu. Sampai sahaja aku disambut dengan senyum tawa anak-anak PPKI. Terus kumulakan kelas dengan mengagihkan angklung dan membuat ulangkaji lagu Negaraku. Setelah itu ku buka lappy ku untuk kupaparkan skir lagu medley Bintang Kecil dan Burung Kakaktua. Lagu peberet untuk kelas permulaan. Agak pantas juga mereka menerima pengajaran dan pembelajaran hari ini ....cuma keaktifan mereka agak sukar dikawal. Lebih baik begini dari mereka diam sahaja kan......Kelas ku tamatkan dengan berjanji kepada mereka untuk mengajar lagu Isabella dan Tak Ingin Usai di kelas yang akan datang.
Tuesday, 13 June 2023
Kelab Angklung PPKI SMK SS17 (Sesi 2)
Bertemankan dengan Shaqila dan Syafiq kami meuju ke SMK SS17. Perjalanan memakan masa 30 minit sahaja dan kamitiba lebih awal dari yang dijangkakan. Terus membuat persiapan sebaik sahaja kami berada di dalam bengkel masakan PPKI. Cabaran mengajar murid-murid khas ini berlainan daripada sekolah biasa. Bagaimanalah cikgu-cikgu mereka handle mereka. Tabik spring kepada mereka semua. Alhamdulillah dapat juga diatasi kesukaran dan murid-murid dapat menggoyangkan angklung dengan baik tetapi masih belum betul. Angklung pun tidak mencukupi, lagu yang dimainkan agak sumbang sedikit. InsyaAllah dengan bantuan angklung kami nanti mereka dapat mainkan lagu dengan betul nanti. Usaha tangga kejayaan!





.png)


.jpeg)







.png)

.jpeg)
.jpeg)

.png)