Jam 5.00 petang kami bertolak ke Hotel Depalma di seksyen 20. Alhamdulillah mak Syafiq setuju membawa kami ke sana dengan bayaran paling minima. Makan minum disediakan oleh Saiful Catering. Allah swt permudahkan urusa aku hari ini. Persembahan kami berjalan lancar semasa santai di luar dewan dan di dalam dewan dengan gemersik angklung lagu Lifelines yang dipopularkan oleh kumpulan A-Ha dan Ingatlah Hari Ini oleh Projek Pop.
Showing posts with label makan malam. Show all posts
Showing posts with label makan malam. Show all posts
Tuesday, 5 December 2023
Friday, 30 September 2016
Majlis Makan Malam Amal PIBG SMK Bandar Baru Bangi 2016
Kali kedua menjejakkan kaki ke SMKBBB atas jemputan PIBG sekolah ini pula. Bonda juga yang mencadangkan kepada pihak PIBG untuk menjemput kami. Terima kasih bonda kerana diberi kepercayaan sekali lagi untuk menghiburkan para jemputan yang hadir malam ini.
Kami di tempatkan di Bilik Seni. Selesa juga berada di sini ada privacy sket untuk bebudak angklung bersiap-siap. Kami disambut mesra oleh warga SMKBBB dan diiring ke Bilik Seni. Terus mendapatkan aturcara dan memberikan lagu minus one yang akan digunakan kepada guru bertugas. Kali ini kami akan bermain di dua tempat yang berlainan iaitu Dewan SMKBBB dan Dataran Bestari. Sebelum menghiburkan para jemputan kami hiburkan perut kami dahulu dan kemudian bersiap-siap untuk persembahan.
Menanti giliran kami untuk menuunjukkan bakat kami kepada warga SMKBBB dan PIBG. Uncle Sam tetap jitu dan hadir untuk memberi sokongan padu kepada kami. Thank you uncle! Posing lagi.
8.30 malam kami bergerak ke dewan. Uncle Sam mewakili kami untuk mengambil sijil penghargaan.
Kami memainkan dua buah lagu selepas perasmian iaitu lagu Getaran Jiwa dan Kancing Suasa. Tepukan gemuruh diberikan kepada kami sebaik sahaja Riezwan mengalunkan not pertama angklung.
Bergegas ke Dataran Bestari untuk menghiburkan murid-murid SMKBBB pula yang duduk di situ untuk menonton tayangan Ola Bola! 4 buah lagu kami mainkan untuk hiburan mereka. Harap mereka semua terhibur.
Tamat siaran di dataran bergegas kembali ke Dewan SMKBBB....baharulah mereka boleh menarik nafas buat seketika. Itulah artis dek Non....menepati masa untuk menghiburkan penonton. Disiplin dan etika perlu dijaga. Tak gitu Pak Ngah? Dua buah lagu lagi kami dendangkan. Kun Anta dan Hore Hore Samba. Sebelum pulang kami sempat bergambar dengan guru-guru SMKBBB dan Bonda Norlila.
Bergerak ke Bilik Seni dan post mortem persembahan oleh Uncle Sam. Hari ini kami lewat pulang ke sekolah buat pertama kali. Ramai parents anak-anak angklung call bimbangkan anak mereka. Alhamdulillah kami selamat sampai ke sekolah dan pulang ke rumah masing-masing. Fazli dan Azizi sahaja yang perlu kuhantar pulang. Terima kasih daun keladi bonda .....jangan serik jemput kami lagi,
Sunday, 10 January 2016
KSR Annual Dinner 2016 (Siri Jelajah Angklung)
Bertempat di Kelab PAUM persembahan pertama untuk aktiviti kelab pada tahun 2016. Menggunakan perkhidmatan van Pak Ariffin dan pemandu setianya Ariff kami menuju ke sana. Boleh plak akku tersalah lorong masuk Nasib baik tak jauh sangat. Anak-anak memunggah alatan dan masuk ke dalam dewan bersama-sama cikgu Wani sementara aku memakirkan kereta. Setibanya ke dalam dewan Uncle Sam sudah memberikan taklimat kepada anak-anak angklung.
Kemudian kami lepak di dalam dewan yang tidak digunakan. Alhamdulillah tempatnya lapang dan selesa dapatlah kami berhindustan dalam bilik tersebut walaupun panas macam dalam ketuhar.
Rasa lapar dan haus. Kubawa mereka ke coffe house untuk meneguk teh tarik. Tapi Uncle Sam yang bayar!
Selepas menunaikan kewajipan anak-anak angklung terus bersiap dan kemudian menyusun angklung di atas pentas. Hari ini kami makan nasi goreng ayam dan air mineral sahaja. Alhamdulillah cukup untuk malam ini.
Tepat jam 6.45 petang kami memulakan persembahan menghiburkan para jemputan yang mula masuk ke dalam dewan keraian.
Sejurus selepas VIP duduk kami menghiburkan para jemputan dengan lagu Hore Hore Samba. Berehat sebentar selepas persembahan dan menghiburkan diri di dalam bilik yang dikhaskan.
Persembahan terakhir untuk malam ini merupakan lagu medley wajib kami. Tepat 10.00 malam peranan kami dalam majlis ini berakhir. Terima kasih kerana sudi menjemput kami menghiburkan anda semua. Jumpa lagi.
Wednesday, 27 February 2013
Majlis Makan Malam Bank Rakyat
Persembahan kali ini kami akan ke PWTC pula untuk Majlis Makan Malam Bank Rakyat pada pukul 8.00 malam di Dewan Dr.Ismail. 2.30 petang kami sudah berkumpul di bangsal sekolah dan seperti yang dijanjikan 2.45 petang Pak Agus tiba dengan vannya. Kesemua pakaian dan peralatan angklung telah disumbat ke dalam kereta KIA. Berpandukan gps Nokia NSeries, kami memulakan perjalanan dengan harapan jalan. tidak jem.
Alhamdulillah semua berjalan lancar, kami tiba tepat jam 4.00 petang dan berada di dalam dewan yang telah dikenalpasti. Encik Sam dihubungi untuk memulakan latihan. Setelah meletakkan peralatan di dalam bilik yang dikhaskan maka latihan pun dimulakan. Very gud indeed sound system kali ni. Puas hati sungguh.
Lepak time! Borak.....borak....dan borak lagi sementara menanti waktu yang ditentukan. Anak-anak disuruh ke Musollah dan kemudian lepak lagi. Big Boss kemudian memanggil kami untuk briefing. Cam tekun jer mereka dok mendengar. Tah masuk telinga kanan keluar telinga kiri tu?
Pukul 6.00 petang kami menuju ke kafe untuk mengisi perut yang lapar setelah menyalin pakaian. Kami perlu makan terlebih dahulu disebabkan persembahan kami waktu orang sedang makan. Kalau kami makan bersama-sama, eh...eh...siapa yang nak goncang angklung tu? Bismillah.........
Perubahan berlaku lagi, kali ini lagu Budi Bahasa Budaya Kita tidak dimainkan untuk pembukaan majlis malah lagu kedua kami iaitu Tari Tualang Tiga akan memulakan bicara persembahan bersama penari-penari Wariseni abang Bard.
Selesai bergambar dengan VIP, para tetamu mula mengambil tempat duduk masing-masing di meja makan. Lagu Negaraku berkumandang diikuti dengan lagu Bank Rakyat. Kami menyanyi bersama bagaikan tahu beat lagu tu......hahahahahahaha! Sebaik sahaja selesai, anak-anak angklung naik ke pentas untuk memulakan bicara kami.
Best, malatop persembahan malam ni, plak tu sound system, fulamak, wa cakap lu......mantop! Anak-anak angklung diarahkan masuk semula ke bilik yang dikhaskan dan bersedia untuk persembahan seterusnya. Kami diberitahu mungkin akan hanya memainkan sebuah lagu sahaja oleh kerana VIP perlu bergegas ke lapangan terbang.
Best, malatop persembahan malam ni, plak tu sound system, fulamak, wa cakap lu......mantop! Anak-anak angklung diarahkan masuk semula ke bilik yang dikhaskan dan bersedia untuk persembahan seterusnya. Kami diberitahu mungkin akan hanya memainkan sebuah lagu sahaja oleh kerana VIP perlu bergegas ke lapangan terbang.
Penyanyi rock yang digelar Papa Rock, Ramli Sarip turut serta dalam majlis makan malam ini. Kami hanya dapat melihat beliau dari tepi pentas sahaja. Geram pun ada nak bergambar dengannya. Apa nak buat, kami berada di pintu yang berlainan dengan Ramli Sarip.
Masa yang ditunggu-tunggu pun tiba. Sekali lagi anak-anak angklung naik pentas membelakangkan penonton. Apabila pusing sahaja, mereka mendapat tepukan daripada para tetamu, mungkin tidak menyangka mereka akan memakai cermin mata dan mendendangkan lagu Kenanganku, lagu wajib kami!
Mendapat sign dari big boss menyatakan anak-anak angklung perlu memainkan satu lagi lagu untuk mencukupkan masa. Maka berkumandanglah lagu Getaran Jiwa. Memang best.......suka sangat dengan sound system malam ni. Apa-apa pun tahniah pada anak-anak angklung untuk persembahan malam ini.
Selesai sudah tugas kami malam ini, berkemas untuk pulang dengan perasaan gembira. Anak-anak angklung diarahkan ke van Pak Agus dan kami bertolak pulang ke Shah Alam. Pukul 10.30 malam kami tiba di sekolah dan menuju ke bilik angklung untuk menyimpan barang dan mengambil beberapa buah beg anak-anak angklung yang ditinggalkan di sana.
Jam sudah menunjukkan pukul 11.00 malam. Masa untuk ku pulang ke rumah. Gud nite semua. See u oll's 2morrow!
Subscribe to:
Posts (Atom)

