Showing posts with label promosi. Show all posts
Showing posts with label promosi. Show all posts

Thursday, 2 March 2023

Promosi KAW Team

Video ini cetusan idea daripada cikgu CT Raxkina dan direalisasikan oleh pembantu jurulatih kelan Muhammad Saiful Azim. Rajin budaknya dan berkaliber. Terima kasih atas segala sumbangan kepada kelab. Kami doakan Saiful lebih gemilang di UiTM Melaka.






Juga boleh ditonton di sini PROMOSI

Thursday, 31 May 2018

Majlis Sanjungan Kasih : Lambaian Budi

Majlis ini diadakan di Dewan Utama Jabatan Pendidikan Negeri Selangor meraikan Encik Kamsaini yang bersara pada 31 Mei 2018.  Hari ini kami menaiki coach JPN untuk ke sana.



 

Terus bersiap-siap sebaik sahaja tiba di JPN dan memainkan lagu Dikir Puteri sebagai sound check. Aku dan CT tak sihat hari ni...kesian Elsa diapit oleh dua orang yang terkokol-kokol batuk ni.


Majlis dimulakan agak lewat......anak-anak angklung memainkan beberapa lagu sebelum berehat seketika untuk solat Zohor dan kemudian menyambung semula persembahan sebelum mengiringi Encik Kamsaini ke Dewan Utama.

  



Sebaik sahaja acara penyampaian cenderamata dan sesi bergambar selesai, kami memainkan peranan untuk menutup majlis. Lagu Pelangi Petang, Kancing Suasa dan Dendang Perantau dimainkan atas permintaan Encik Kamsaini sendiri.


Rezeki anak-anak angklung....Encik Kamsaini menghulurkan wang sumbangan untuk anak-anak angklung untuk berbuka puasa nanti. Terima kasih daun keladi jika ada apa-apa jangan lupa jemput kami lagi.


Monday, 18 May 2015

Promosi Kraf The Curve Part II

Pagi ini bertukar empat orang anak angklungku. Semuanya dari tingkatan 1. Beri peluang kepada yang lain untuk membuat persembahan dan mendapat pengalaman. Berposng sebelum bertolak ke Damansara.


Pukul 10.30 pagi bertolak ke The Curves dengan bantuan Pak Agus yang setia membawa kami ke sana dan menjemput kami pulang. Terus menurunkan anak-anak angklungku dan berpesan menyiapkan pentas dengan peralatan yang diperlukan. Tak lupa juga menyinarkn diri dengan sedikit solekan. Sementara aku pergi memarkirkan kereta ku di bahagian bawah bangunan. Chantek seklai tempat parkirku hari ini. Naik tangga sahaja sudah jumpa tempat persembahannya.

Hari ini kubiarkan Uncle Sam menguruskan lagu-lagu persembahan nanti. Aku hanya nak rileks dan merakamkan semua aktiviti yang berlaku di sini. Batukku semakin menjadi-jadi hari ni. beberapa kali aku sesak nafas akibat batukku. Dah kena jangkitan kuman agaknya. Aku harap dapat bertahan hari ini sehingga jam 10.00 malam nanti. Fisherman Friend menjadi teman baik aku hari ini. Ku makan tanpa henti walau pun Cik Zahidah sudah menasihati ubat itu tidak baik untuk buah pinggang.

Tepat jam 12.00 tengahari persembahan pertama pun dimulakan.



Jam 1.00 petang persembahan ditamatkan untuk sesi ini. Aku terus ke Cinema untuk membeli tiket wayang. Filem yang nak kami tonton hari ini cerita Jalan Puncak Alam.  Harga tiket RM16.00 seorang. Biarlah bagi sikit gembira budak-budak ni. Mereka yang pilih cerita tu pun. Kembali semula ke Chicken Rice Shoppe untuk mengisi perut. Lunch kami hari ini.



Kupesan kepada anak-anak angklung untuk kembali semula ke tapak persembahan pada jam 2.30 petang dan mempersiapkan diri untuk persembahan pada pukul 3.00 petang. Yang menurut perintah...muncul mereka tepat pada waktu yang dijanjikan. Terus memulakan persembahan sebaik sahaja DJ mengumumkan nama kumpulan kami. Orang ramai sdah mula bertenggek di hadapan pentas.



Juga mendapt sambutan hangat tetapi tidak sehangat semalam oleh kerana DJ yang ada pada hari ini tidak begitu memainkan peranannya. Datang bersama famili dan perhatian hanya tertumpu kepada famili. Selepas memperkenalkan group kami terus menghilangkan diri. Tiada sesi teru ramah dan sesi kuiz dibuar pada hari ini. Interaksi bersama penonton tidak berlaku hari ini. Tapi Amin tak kisah.......hahahahahaha!

Bergegas ke cinema sebaik sahaja tamat persembahan. Filem akan bermula pada jam 4.30 petang. Berjalan bersama-sama anak-anak angklungku sambil menunjukkan jalan. Sempat membeli makanan ringan untuk dibaham dalam panggung nanti. Tapi alangkah sedey nyer aku....cerita hape tah la yang aku tengok hari ini. Bazir duit jer. Dah la plak tu sekejap jer. Nasib baik sekejap...kalau lama aku pun tinggalkan panggung. Anak-anak angklungku plak bising dalam panggung. Cam panggung tu dia orang punyer lak.


Sebaik sahaja tamat cerita tah hape-hape tu.....kukerahkan semua gi menunaikan kewajipan dan berkumpul semula untuk minum petang. Menujulah kami e satu Cafe...tah hape ke namanya. Kupesan 18 mug air teh tarik. Punyer la lama nak siap sampai aku kena batalkan baki 4 mug....sebab 3 orang lagi tah ke mana hilangnya. Aku pun dah rasa tak nak minum bila tengok cara dia bancuh teh tarik tu. tak profesional langsung. Patut la aku tak nampak ramai customer. Makan karipap yang dibekalkan oleh Uncle Sam.



Kutinggalkan sekali lagi mereka dengan pesanan....berada di pentas pada jam 7.40 malam dan terus bersiap. Aku menyenaraikan lagu-lagu yang akan dimainkan nanti. Permintaan anak-anak angklung dipenuuhi oleh Uncle Sam. Mereka dakan dapat memainkan lagu-lagu lain. Puas hati mereka. Jam 8.00 malam memulakan persembahan. Sambutan memang hangat tetapi tiada kehangatn daripada DJ yang berkenaan. Maka panasnya sekejap-sekejap sahaja. Apa-apa pun kami sudah memberikan persembahan yang terbaik hari ini. harap semua orang terhibur.




Berkemas dan pulang ke Shah Alam dengan penuh kegembiraan.




Promosi Kraf The Curve Part 1

Rasanya hampir nak pemgsan dah melayan kerenah semua orang......tapi apa nak buat disebabkan minat yang mendalam dalam bidang aku ceburiku gagahkan jua walaupun tak sihat. Bertemankan Cik Zahidah ke The Curve untuk membuat persembahan sempena Promosi Kraf anjuran Kraftangan Malaysia. Sekali lagi kami berpeluang di bawah naungan Kraftangan. Perjalanan ke sana tak lah lama tapi yang buat aku sakit hati sesangat hari neh....dia orang tinggalkan beg fail kat Bangsal i-Think! Fuhhh....menyirap darah aku pagi tu, nasiblah Cik Zahidah ada kalau tidak pasti mulutku tak henti-henti membebel. Tak kiralah Uncle Sam ada ke takde ke...memang nak kena dia orang ni. Nasib baik tak panik dan akalku panjang. Kutelefon Elsa minta bantuan menghantar beg tersebut. 1st time kesilapan ini berlaku dalam team ini.

Kuminta Zahidah untuk membuat sound check menggunakan lagi Tari Tualang Tiga sebab mereka dan ingat skor lagu tersebut. Aku.....menanti dengan penuh debaran kereta Elsa muncul dengan beg failku. Dengan batuk yang kurasa hampir nak membunuh aku pagi ni. Tepat jam 12.00 tengahari aku terus bergegas ke kereta Elsa dan mencapai beg. Lega selega-leganya. Terus menuju ke kawasan lobi promosi dan mengedarkan fail. Persembahan dapat diteruskan tanpa sebarang masalah lagi. Kutinggalkan anak-anak angklungku bersama Zahidah kerana aku mempunyai urusan Walimatulurus yang aku harus penuhi.



Pertengahan persembahan kedua baru aku dapat menyertai mereka. Kubiarkan Zahidah meneruskan rakaman tersebut hingga selesai. Kutanyakan persembahan terdahulu....tiada masalah ....jawapan yang kunanti-nantikan. Namun semasa kucuba menegur anak-anak angklungku sewaktu mereka bermain angklung...Alif Haiqal tak sabar-sabar memberitahuku angklung 1' telah patah semula. Mujurlah ada ahli yang lain memegang nombor angklung tersebut.




Memang mendapat sambutan hangat daripada para pengunjung The Curves tambahan pula DJ pada hari itu memainkan peranannya dengan sungguh baik. Ada berinteraksi dengan para pendengar. Meriah kami di tengah-tengah tu! Apa-apa pun tahniah kepada semua anak-anak angklung. Jadikan pengajaran apa yang berlaku pagi tadi. Jangan lupa tanggungjawab yang telah diletakka di bahu anda. Chekgu memerlukan bantuan dan sokongan anda semua untuk memajukan Kelab Angklung Wariseni yang kita sayangi ini.

Monday, 4 May 2015

Promosi Kraf Great Eastern Mall Part II

Pak Agus menjadi pemandu setia kami pada tahun ini kerana kebanyakan show kami gunakan petkhidmatan van beliau. Tugas aku menjadi ringan sedikit apabila waktu pulang beliau akan membantu menghantar anak-anak angklungku pulang. Sesampai sahaja di Great Eastern Mall anak-anak angklung terus memunggah barang dan masuk menuju ke pentas yang disediakan smeentara aku memakirkan kereta di bahagian bawah mall. Bergambar dan bersantai sementara menanti waktu persembahan dimulakan.




Tepat pukul 12.00 tengahari membuka tirai pertama persembahan dengan lagu Budi Bahasa Budaya Kita. Lagu wajib kami.......



Berehat seketika setelah satu jam menghiburkan pengunjung dan pendengar. Makan nasi ayam yang dibekalkan oleh Pak Agus kepada kami. Berjalan-jalan seketika sebelum memulakan persembahan sesi kedua yang akan dimulakan pada pukul 3 petang nanti. Fitri masih kelaparan......budak nak membesar.....Sempat juga mereka membatik.


Persembahan dimulakan tepat jam 3.oo petang. Persembahan kedua anak-angk angklung ini  lebih mantap untuk sesi kedua. Persembahan kali ini ditonton oleh beberapa orang mahasiswi daripada UiTM Puncak Alam dan guru-guru daripada Subang Jaya.




Sebelum menutup tirai sesi kedua bergambar beramai-ramai bersama-sama mahasiswi UiTM dan guru-guru dari Subang Jaya. Tampak riang semuanya!



Berehat sekali lagi dan anak-anak angklung dilepaskan untuk menikmati persekitaran mall. Berjanji dengan mereka untuk berkumpul di Chicken Rice Shop pada pukul 6.00 petang untuk makan malam.


8.00 malam memulakan persembahan yang terakhir untuk promosi hari ini. Lagu-lagu yang dimainkan lebih kurang sama seperti sesi 1 dan 2 tadi.




Pukul 9.30 malam selesai berkemas, Pak Agus dihubungi untuk mengambil kami dan pulang ke Shah Alam. Terima kasih kepada anak-anak angklung yang terlibat pada hari ini. Walaupun terdapat kekurangan namun dapat diatasi setelah dibebel oleh cikgu dan Uncle Sam.....hahahahaha! Syabas anak-anakku!

Wednesday, 29 April 2015

Promosi Kraf Great Eastern Mall Part I

Bertempat di Great Eastern Mall kami membuat persembahan bersempena dengan promosi kraf anjuran Kraftangan Malaysia pada 26 April 2015. Undangan yang tidak disangka daripada Uncle Sam. Terus membuat persediaan dalam kesibukkan menyiapkan kelab untuk Hari Anugerah Cemerlang sekolah. Alhamdulillah...semuanya dapat diharungi dengan baik dan persembahan berjalan lancar serta mendapat sambutan hangat daripada para pengunjung mall.










Thursday, 21 March 2013

Wednesday, 13 February 2013

Promosi

Tahun 2013.....tahun perkahwinan untuk kelab ini. Banyak jemputan dan tempahan diterima untuk persembahan dalam majlis perkahwinan. Kali ini kelab membuat promosi sekali lagi di majlis perkahwinan yang diadakan di Dewan Seri Melati, Presint 3 Putrajaya pada 10 Februari 2013. Jam 8.45 pagi kami bertolak ke Putrajaya berbekalkan laluan GPS melalui hp Nokia. Berguna juga ya hp ni.
 
Kami disambut oleh Pak Guard yang menunjukkan jalan masuk untuk meletakkan kereta. Malangnya van Pan Agus tersangkut oleh kerana ketinggian van Pak Agus yang melampau. Terpaksalah Pak Agus memakir vannya di luar kawasan.
 
Dengan bangganya menekan butang lif ke tingkat 2 setelah diberitahu oleh Pak Guard tadi ke tingkat yang kami perlu naik. Cis.....salah dewan pula. Tingkat satu jer! Haaa.....nampak pun boss kami dalam dewan tu.
 
Boss pun mengorak langkah memulakan latihan untuk perarakan pengantin nanti. Langkah demi langkah ditunjukkan agar tidak berlaku kesilapan.
 



Setelah semuanya diatur kami menggorak langkah ke atas pentas pula untuk memulakan latihan persembahan dua buah lagu.


Baru berangan nak rehat kat bilik khas....boss panggil kami sekali lagi untuk memulakan latihan bersama kumpulan caklempong. Satu lagi pembaharuan untuk kelab ini. Kami pernah bermain bersama live band.....gitar, drum, keyboard, piano....kali ini dengan caklempong pula. Dua buah lagu cuba kami alunkan bersama mereka iaitu lagu Bugih Lamo dan Ubekkan Denai.

 
 
Jam menunjukkan pukul 11.30 tengahari. Kami mula beredar  ke bilik tetamu untuk menukar pakaian. Terpaksa beralih bilik sebab bilik yang kami masuk tadi adalah untuk tuan rumah majlis. Hahahaha....gila kuasa! Masing-masing beredar ke bilik air untuk menukar pakaian. Eh, eh....yang lelaki lebih lama bersiap dari pompuan. Macam mana neh?
 
Setelah siap bersolek sakan, maka bergambar sakan lah kami. Biasalah....artis (doooowhhh...sambil meletakkan dua tangan di bahu!)
 

 
 
Pukul 1.25 petang kami bersedia di lobi dewan. Tak berapa lama kemudian boss memanggil kami untuk bersedia di luar untuk mengiringi pengantin ke dewan. Setelah semua bersedia, maka ketukan jido berkemundang memulakan perarakan pengantin.
 

 
 
Setiap gerak langkah dirakam dengan menggunakan handycam. Sehingga pengantin tiba di  muka pintu dewan alunan angklung terus mengiringi langkah gemalai pengantin. Sebaik sahaja semua berada di dalam dewan maka ayunan angklung pun terhenti.
 
 

Bersedia untuk persembahan seterusnya di belakang dewan. Anak-anak angklung sibuk menggayakan aksi masing-masing di belakang dewan. Nak kata macam tugu negara.....errrmmmm....tak juga, tapi gaya ada.
 
 

 
 
Puas makan karipap dengan seri muka tanpa air......hahahaha, kesian mika semua ek....tibalah giliran anak-anak angklung membuat persembahan. Dua buah lagu dimainkan untuk promosi ini iaitu satu lagu Mat Salleh, lagu yang dipopularkan oleh kumpulan Creedence Clearwater Revival yang bertajuk Have You Ever Seen The Rain  sementara lagu kedua, lagu peberet kami lagu Kenanganku.
 
 
 
Selesai sahaja persembahan, kami pun mula mengemas barang dan bersiap untuk pulang ke Shah Alam. Pak Agus setia menanti kami. Thank you Pak Agus.....janji tetap dituntut. Terus ke KFC Bukit Kemuning untuk menjamu selera. Anak-anak angklung ditinggalkan di KFC bersama Pak Agus kerana ku harus ke hospital melawat ibu saudara yang sakit. Thank you anak-anak angklung!