Pak Agus menjadi pemandu setia kami pada tahun ini kerana kebanyakan show kami gunakan petkhidmatan van beliau. Tugas aku menjadi ringan sedikit apabila waktu pulang beliau akan membantu menghantar anak-anak angklungku pulang. Sesampai sahaja di Great Eastern Mall anak-anak angklung terus memunggah barang dan masuk menuju ke pentas yang disediakan smeentara aku memakirkan kereta di bahagian bawah mall. Bergambar dan bersantai sementara menanti waktu persembahan dimulakan.
Tepat pukul 12.00 tengahari membuka tirai pertama persembahan dengan lagu Budi Bahasa Budaya Kita. Lagu wajib kami.......
Berehat seketika setelah satu jam menghiburkan pengunjung dan pendengar. Makan nasi ayam yang dibekalkan oleh Pak Agus kepada kami. Berjalan-jalan seketika sebelum memulakan persembahan sesi kedua yang akan dimulakan pada pukul 3 petang nanti. Fitri masih kelaparan......budak nak membesar.....Sempat juga mereka membatik.
Persembahan dimulakan tepat jam 3.oo petang. Persembahan kedua anak-angk angklung ini lebih mantap untuk sesi kedua. Persembahan kali ini ditonton oleh beberapa orang mahasiswi daripada UiTM Puncak Alam dan guru-guru daripada Subang Jaya.
Sebelum menutup tirai sesi kedua bergambar beramai-ramai bersama-sama mahasiswi UiTM dan guru-guru dari Subang Jaya. Tampak riang semuanya!
Berehat sekali lagi dan anak-anak angklung dilepaskan untuk menikmati persekitaran mall. Berjanji dengan mereka untuk berkumpul di Chicken Rice Shop pada pukul 6.00 petang untuk makan malam.
8.00 malam memulakan persembahan yang terakhir untuk promosi hari ini. Lagu-lagu yang dimainkan lebih kurang sama seperti sesi 1 dan 2 tadi.

Pukul 9.30 malam selesai berkemas, Pak Agus dihubungi untuk mengambil kami dan pulang ke Shah Alam. Terima kasih kepada anak-anak angklung yang terlibat pada hari ini. Walaupun terdapat kekurangan namun dapat diatasi setelah dibebel oleh cikgu dan Uncle Sam.....hahahahaha! Syabas anak-anakku!
No comments:
Post a Comment