Saturday 31 August 2019

Tautan Ukhwah - Bangi

Lama tak update blog...memang sangat-sangat sibuk kebelakangan ini sampaikan hal personal sering terlepas tarikh. Moga-moga hari mendatang akan lebih baik lagi. Majlis kali ini aku tak dapat cerita lebih-lebih sebab tak sertai sekali. Lupa pula pesan pada anak-anak angklung yang lain untuk bercerita. So....kita biarkan gambar sahaja yang menceritakan segalanya di sana. Enjoy....


  

  

Saturday 24 August 2019

Warna 2019

Bertempat di Laman Seni 7 persembahan kami hari ini. Seaawal jam 2.00 petang kami sudah berada di sini dan membuat persiapan pada jam 2.30 petang di atas pentas. Tepat jam 3.00 petang kami  memulakan persembahan selama 30 minit. Selesai sahaja persembahan kami ingatkan part kami dah selesai namun kami diminta tunggu sebentar untuk memainkan du abuah lagu lagi selepas persembahan Amylea AF dan silat dari sebuah sekolah. Pulang agak lewat hari ini. Jam 7.00 malam baharu sampai rumah. Semangat semakin pudar.

  

  


Tuesday 20 August 2019

Seminar Peradaban dan Ketahanan Mental Part 2

Hari kedua kami di sini. Dah beratur depan masuk pakir kereta untuk membuat persiapan. Jam 7.45 pagi kami memulakan persembahan santai untuk mengalu-alukan para tetamu yang hadir ke seminar hari ini. 8.30 pagi kami menghentikan alunan angklung dan kemudian menuju ke cafe untuk menikmati sarapan pagi. Terpaksa bergegas semula ke dewan semasa makan kerana diberitahu bahawa mereka akan mulakan seminar lewat sedikit untuk menanti semua tetamu yang hadir masuk ke dalam dewan.

  

Jam 12.00 tengahari kami menikmati makan tenghari di tempat yang sama dan kemudian bersipa-siap sekali lagi untuk meraikan kehadiran tetamu untuk sesi petang pula. Habis kesemua lagu kami mainkan dan ada yang kami ulang semula. Banyak juga lagu dimainkan. Dalam fail sahaja sudah ada 30 buah lagu untuk dua hari ini. 

  



Persembahan berjalan lancar  hari ini tidak seperti semalam agak hambar ayunan angklung anak-anak. Alhamdulillah....peningkatan yang baik dari mereka hari ini. Kami beransur pulang ke sekolah dan sempat posing di hadapan perpustakaan dan juga atas buggy.



Monday 19 August 2019

Seminar Peradababan dan Ketahanan Mental

Persembahan mengejut diterima pada hari Jumaat yang lalu melalui Cikgu CT Raxkina. Gelabah mengumpulkan anak-anak angklung untuk menjalani latihan pada hari Sabtu namun terpaksa ditunda juga ke hari Ahad oleh kerana pertandingan boling antara ahli KAW Team berakhir jam 2.30 petang pada hari tersebut. Keletihan semua termasuk aku. Lemah segala sendi rasa macam nak demam dibuatnya. Tiba di PPAS pada jam 7.00 pagi taklah tersangkut sangat dengan jam. Lolos juga melalui jalan pintas kecemasan. Alhamdulillah jalannya pendek sahaja tidaklah menganggu sangat lalu lintas cuma sesekali motor yang lalu dilaluan tersebut membunyikan hon, pada hal mereka pun melalui jalan yang salah...itu bukan laluan motor di lebuhraya. Kesian kan mereka.....tak faham kot termasuk aku!


Setelah persiapan dibuat di atas pentas kami menyiapkan diri sekali lagi. Kekurangan seorang ahli hari ini. Lambat bangun katanya......So, berbekalkan 13 orang ahli sahaja hari ini. Memulakan persembahan seawal 7.45 pagi seperti yang dijanjikan oleh mereka dan kami berhenti pada jam 8.30 pagi.....gamaknya semua orang berada di Cafe, maka kami pun ke kafe untuk bersarapan bersama-sama mereka. Gelak sket...hahahahaha. Tinggallah dewan dengan alunan lagu yang kami pasang.

  

Jam 11.40 kami menghiburkan para tetamu sementara menantikan perasmi masuk ke dalam dewan. Mendapat tepukan daripada para pengetua apabila kami memainkan lagu Getaran Jiwa, Seruling Anak Gembala, Tum Bhi Chalo Hum Bhi Chale dan lagu .Selesai sesi kami menuju ke kafe untuk makan tengahari. Niat hati nak balik lepas makan namun pesanan daripada pihak penanja jam 2.00 petang kami perlu memainkan angklung sementara menanti penceramah tiba jam 2.00 petang nanti. So, selesai makan kami bergegas sekali lagi ke dalam dewan dan memulakan ayunan angklung jam 1.45 petang. Santai sahaja.


Peranan kami tamat jam 2.05 petang dan terus keluar untuk pulang. Sempat posing diluar PPAS dengan gaya tersendiri kami atas arahan Puan CT Raxkina. Ikutkan sahaja....seronok! Esok kami akan kemari lagi untuk sesi seterusnya. 

  




Sunday 4 August 2019

Karnival 3W 2019

Jam 12.30 tengahari sudah berada di Dataran Kemerdekaan bersedia untuk membuat sound check namun pentas masih belum bersedia. Kuarahkan anak-anak angklung untuk bersiap-siap terlebih dahulu dan kemudian menyediakan alatan di atas pentas. Jam 2.30 petang baharulah kami dapat memulakan persembahan setelah membuat sound check dengan lagu Alunan Biola. Kami mulai persembahan dengan lagu Mentera Semerah Padi dan diakhiri dengan lagu Ribaibaru. Selepas berkemas kami makan tengahari di belakang pentas dan kemudian bertolak pulang ke sekolah. Terima kasih kepada MBSA kerana memberi peluang kepada kami.