Persembahan mengejut diterima pada hari Jumaat yang lalu melalui Cikgu CT Raxkina. Gelabah mengumpulkan anak-anak angklung untuk menjalani latihan pada hari Sabtu namun terpaksa ditunda juga ke hari Ahad oleh kerana pertandingan boling antara ahli KAW Team berakhir jam 2.30 petang pada hari tersebut. Keletihan semua termasuk aku. Lemah segala sendi rasa macam nak demam dibuatnya. Tiba di PPAS pada jam 7.00 pagi taklah tersangkut sangat dengan jam. Lolos juga melalui jalan pintas kecemasan. Alhamdulillah jalannya pendek sahaja tidaklah menganggu sangat lalu lintas cuma sesekali motor yang lalu dilaluan tersebut membunyikan hon, pada hal mereka pun melalui jalan yang salah...itu bukan laluan motor di lebuhraya. Kesian kan mereka.....tak faham kot termasuk aku!
Setelah persiapan dibuat di atas pentas kami menyiapkan diri sekali lagi. Kekurangan seorang ahli hari ini. Lambat bangun katanya......So, berbekalkan 13 orang ahli sahaja hari ini. Memulakan persembahan seawal 7.45 pagi seperti yang dijanjikan oleh mereka dan kami berhenti pada jam 8.30 pagi.....gamaknya semua orang berada di Cafe, maka kami pun ke kafe untuk bersarapan bersama-sama mereka. Gelak sket...hahahahaha. Tinggallah dewan dengan alunan lagu yang kami pasang.
Jam 11.40 kami menghiburkan para tetamu sementara menantikan perasmi masuk ke dalam dewan. Mendapat tepukan daripada para pengetua apabila kami memainkan lagu Getaran Jiwa, Seruling Anak Gembala, Tum Bhi Chalo Hum Bhi Chale dan lagu .Selesai sesi kami menuju ke kafe untuk makan tengahari. Niat hati nak balik lepas makan namun pesanan daripada pihak penanja jam 2.00 petang kami perlu memainkan angklung sementara menanti penceramah tiba jam 2.00 petang nanti. So, selesai makan kami bergegas sekali lagi ke dalam dewan dan memulakan ayunan angklung jam 1.45 petang. Santai sahaja.
Peranan kami tamat jam 2.05 petang dan terus keluar untuk pulang. Sempat posing diluar PPAS dengan gaya tersendiri kami atas arahan Puan CT Raxkina. Ikutkan sahaja....seronok! Esok kami akan kemari lagi untuk sesi seterusnya.
No comments:
Post a Comment