Sunday 28 November 2021

Lepak Seni@Kedai Kopi Edisi Fizikal

Persembahan fizikal yang kedua kami hadiri selepas PKPP Fasa 4. Mula-mula majlis perkahwinan dan hari ini ke Taman Tasik Shah Alam di bawah MBSA pula. Jam 4.30 petang kami menikmati juadah petang dan kemudian membuat soundcheck. Jam 5 kami memulakan persembahan dengan 6 buah lagu dimulai dengan lagu Dikir Puteri dan diakhiri dengan lagu My Heart Will Go on. Afif...pemain muda kelihatan gabra hari ini. Lupa segala skor yang ada. Joanna...menari ikut dan dia ajer sampai Izmi plak yang terikut-ikut rentak dia. Umairah aku tak nampak sebab jauh dari pandangan. Namun terbaik dari mereka semua. Syabas!!!









Friday 19 November 2021

Gotong-royong 4.0

Hari Jumaat 19 November 2021 berkesempatan dengan anak-anak buah membuat gotong-royong membersihkan kabin. Banyak dah hiasan dinding yang jatuh dan tercabut perlu dipasang semula. Alhamdulillah disamping melakukan latihan dapat juga kami menyiapkan kabin kami yang tidak seberapa gah ini.






Tuesday 16 November 2021

Selamat Menyambut Hari Angklung Sedunia 2021

16 November 2021 kali kedua kami menyambutnya di bawah anjuran KABUMI UPI Indonesia. Di samping kami menghantar video untuk rekod MURI aku pun turut menjadi narasumber dalam live di Youtube pada 15 November 2021. Tahun lepas kami menyertai pertandingan tetapi kali ini kami pahatkan nama sekolah di sana dalam rekod.





























Saturday 13 November 2021

Pertandingan Reka Cipta Busana Cerminan Budaya Malaysia Peringkat Kebangsaan (Anjuran KTEPJ)

 Penglibatan kelab bersama-sama KTEPJ.








Majlis Tautan Ukhwah Wan Atira dan Amin

Memulakan aktiviti selepas PKP 3.0 dengan mengiringi mempelai di Glenmarie Glasshouse. Membawa 13 orang ahli yang mana ahli termuda tingkatan 1 Afif Fahmi terpilih untuk menyertai persembahan ini. Agak pantas ahli ini dari yang lain. 

Persiapan dibuat setelah berada di sana. Raptai iringi dilakukan dan adjust mic untuk persembahan langsung. Kami iringi mempelai dan kemudian mempersembahan sebuah lagu seperti Bunga Rampai.


Berehat seketika pada waktu zohor dan menyambung kembali pada pukul 2 petang. DJ sibuk nak nyanyi so kami bagi peluang emcee tu nyanyi dahulu. Jam 3.00 petang kami beransur pulang ke sekolah. Persembahan memang mendapat sambutan kerana ramai yang tak pernah melihat angklung apa lagi iringi pengantin.



Sempat bergambar dengan mempelai sebelum pooooolang!!!





Friday 12 November 2021

Sambutan Hari Lahir Trio Team

Oleh kerana mereka bertiga tidak sempat untuk diraikan pada 7 November yang lalu maka hari ini kami raikan Acok, Annur dan Zamrina di kabin. Ringkas sahaja tetapi sudah memadai. Alhamdulillah. Tahniah kerana berjaya menjadi juara dan selamat menyambut hari lahir beb!!!








Sunday 7 November 2021

Takhta Berdarah

Semalam sempatlah juga pergi menonton teater Tahta Berdarah dengan Cikgu CT di audotirium Dewan Bahasa dan Pustaka. Best jalan ceritanya cuma ada beberapa yang perlu dikaji dan diperbaiki agar budaya melayu tidak terpesong jauh. Tahniah atas usaha mereka!!!!








Congratulations!!!

Tahniah dan syabas semua ahli-ahli KAW Team yang terlibat dalam pertandingan Konsert Bakat Online 2021 JKKN Sabah. Kita raikan kegemilangan sementara kita di Pizza Hut hari ini. Acok dan Zamrina tidak dapat menyertai aktiviti hari ini. Tak mengapa kita sambut besday next hari pula ya. Kita buat sekali lagi nanti di kabin pada hari Jumaat. Sempat juga kami ucapkan terima kasih kepada JKKN Sabah selepas menyanyikan lagu Happy Birthday untuk diri sendiri. Teruskan perjuangan ini anak-anakku. Lestarikan angklung di Malaysia!!!