Sunday 26 May 2019

Iftar 2019

Berbekalkan 22 orang ahli sahaja hari ini kami mengadakan majlis iftar di Dataran Kemerdekaan Shah Alam. Selepas menunaikan solat Asar di Masjid Sultan Salahuddin berkumpul semua di padang. Sempat juga aku membeli sebidang tikar. Yang lain-lain belum sampai lagi makanya aku yang chop dulu tempat...alahai budak-budak ni. 

  

Setelah bersiap-siap, anak-anak angklung berhibur dahulu dengan bermain buih-buih sabun. Penuh rumput dengan buih-buih tersebut...sekali lagi alahai. Apa-apapun gempaq la kami hari ini. 

  

  

Tepat jam 7.21 azan Maghrib berkumandang, Alip membaca doa buka dan doa makan. makan bertebaranlah kami mencari makan di situ. Jam 8.15 kami siap berkemas untuk menunaikan solat Maghrib di masjid juga sebelum Pak Agos tiba menjemput kami pooolang.


  


Alam Sentral Final (Busking)

Sebelum memulakan persembahan kami menjadi penonton terlebih dahulu. Izzue Islam membuat persembahan dalam slot yang pertama ini. Lewat....hanya beberapa lagu yang dapat didendangkan olehnya. Kami mengambil kesempatan bergambar bersama-sama mereka.

  


Sempat juga Izzue Islam mempromosikan tabung kami di persembahan tersebut. Cayalah Wak!


Jam 3.15 kami memulakan persembahan dengan lagu Ramadhan Tiba dan diakhiri dengan lagu Suasana Riang di Hari raya. Izzue Islam sempat juga menonton persembahan pertama kami. Mantop katanya. Alhamdulillah........Seperti biasa ramai pengunjung menjadi tetamu kami pada hari ini. Alhamdulillah rezeki juga murah. Terima kasih kepada Cik Dhaniah membenarkan membuat persembahan di sini. Jumpa lagi di tahun hadapan. Insyallah.

  




Saturday 25 May 2019

Alam Sentral Part 3 (Busking)

Sepatutnya kami ke Melaka hari ini, namun rezeki di sini lebih kuat rupanya, maka sekali lagi kami menghuni pentas di Plaza Alam.  Berbaju melayu kuning dan ungu sementara nan perempuan memakai kurung ungu bertudungkan kain batik dan berbaju kelawar ungu. 10 buah lagu kami dendangkan hari ini dan majoritinya semuanya lagu-lagu raya . Hari ini bergerak menggunakan khidmat Pak Agos dan kereta Cikgu Siti Raxkina sahaja sementara keretaku sarat dengan alatan persembahan. Kami memulakan dengan lagu Ramadhan Tiba yang dipopularkan oleh kumpulan Opick dari Indonesia dan menutup tirai hari ini dengan lagu HOore Hoore Samba. Lagu malar hijau yang dipopularkan oleh penyanyi tak asing lagi iaitu R. Azmi.

  

  


Sunday 19 May 2019

Alam Sentral Part 2 (Busking)

Kami kembali lagi buat kali yang kedua dalam Ramadan yang ke 14. Memakai pakaian yang sama seperti semalam cuma lelaki tidak memakai samping hanya menyangkutkannya di bahu sahaja. Ada la nampak lain sket....hahahaha. Memulakan persembahan dengan lagu Ramadan oleh Maher Zain dan kami akhiri persembahan dengan lagu Menjelang Hari Raya yang dipopularkan oleh D.J Dave. Rezeki kami hari ini sangat murah. Alhamdulillah. Kami akan kembali semula membuat persembahan di sini pada 24 dan 25 Mei nanti. Tunggu ya kedatangan kami dengan lagu yang lain pula.


  



Saturday 18 May 2019

Alam Sentral Part 1 (Busking)

Persembahan pertama kami di bulan Ramadan hari ini di Alam Sentral. 4 buah kereta digunakan untuk membawa kami semua ke sini. Persiapan terus dibuat sebaik sahaja kami tiba di plaza. Menunaikan solat Zohor di sini dan kemudian memulakan persembahan pada pukul 2.15 petang dimulai dengan lagu Ramadhan yang dipopularkan oleh Maher Zain. Setiap persembahan kami ramai pengunjung di sekeliling mendengarkan alunan dari buluh perindu kami. Alhamdulillah, persembahan kami berjalan lancar. Kami menutup persembahan dengan lagu Selamat Hari Raya berentak chaca. Setelah berkemas kami pulang ke sekolah dan bersedia untuk membuat persembahan esok pula dan di sini juga. Tunggu kami dan support kami yang mempertahankan seni warisan nusantara ini.

  

  


Hasil bukilan peminat cilik kami di hadapan pentas. Terima kasih dik non.....pandai dik non tulis naa...

  

Saturday 4 May 2019

Hi Tea Amal PESAT

Hotel Tenera Bangi? Lokasi yang baharu pertama kali kami ke sana. Bangi sudah biasa bagi kami namun kali ini tempat yang ditujui tidak pasti hanya berpandukan kepada Waze sahaja. Perjalanan memakan masa 45 minit. Laluan ke detinasi agak sibuk tengahari ini. Setelah memakirkan kereta menuju masuk ke dalam hotel dan disambut oleh staf PESAT dan menunjukkan arah ke Grand Ballroom di dalam hotel. Uncle Sam sudah sedia menanti di tepi pentas dan kami memunggah alatan untuk persiapan.


Setelah sedia maka kami memulakan aktiviti bersolek pula. Sang Pria sibuk memakai samping sementara Sang Dewi pula menconteng muka. Alahai...besar sangat kain sampai berpusing lipatan. Kecil sangat anak-anak angklung aku ni.

  

Dari satu lagi ke satu lagi kami test untuk iring VIP masuk......akhirnya tinggal masa 15 minit sahaja untuk kami makan. Berpesan dengan anak-anak angklung makan untuk alas perut sahaja dulu. 

  

Pukul 2.00 petang kami memulakan persembahan dengan lagu Kasih sehinggalah ke lagu Law Kana. Kami menghentikan mainan lagu ini dipertengahan oleh kerana VIP telah sampai. Beliau masuk diiringi dengan bunyian gamelan. Kan sedap tu......Kami alunkan lagu Getaran Jiwa sebelum menutup persembahan buat sementara waktu untuk meneruskan acara majlis. Sebaik sahaja tazkirah selesai kami meneruskan persembahan sementara mereka semua menikmati hidangan. 

  

Brehat seketika untuk majlis penyampaian cenderahati kepada AJK. Beberapa orang anak angklung membantu AJK hadiah untuk diberikan kepada mereka. Berguna juga kami dalam majlis ini ya. Setelah selesai pelancaran laman web PESAT kami menutup tirai persembahan dengan lagu Deen Assalam dan Sway yang dipopularkan oleh Dean Martin.



  

Sekarang waktu kami pula untuk menikmati hidangan. Kuarahkan anak-anak angklung ke meja bufet dahulu untuk mengambil makanan dan kemudian duduk. Aku? Lapar juga.....setelah berbual-buall dengan Tan Sri yang seronok dengan persembahan kami aku menuju ke meja makan dan meminta Patrina untuk mengambilkan aku mee goreng. Namun setelah kujamah ...rupa-rupanya pasta. Adoyai....hilang selera nak makan. Terus makan pencuci mulut dan kemudian beredar untuk mengemaskan alatan.


Siap berkemas kami keluar dari ballroom dan singgah di ruang yang kosong untuk bergambar. Alhamdulillah, kelengahan kami di sini dapat bergambar denga Tan Sri sekali lagi beramai-ramai. Dapat hadiah lagi dari Tan Sri untuk anak-anak angklung. Hadiah bulann puasa katanya. Terima kasih Tan Sri.