Showing posts with label tadika. Show all posts
Showing posts with label tadika. Show all posts

Saturday, 26 October 2024

Keedsflix : Sport & Family Day

Mendapat jemputan untuk membuat persembahan di dalam aktiviti tadika Keedsflix di Taman Warisan, Taman  Tasik Shah Alam. 5 buah lagu kami sediakan untuk event ini iaitu lagu Bintang Kecil, Bapaku Pulang, Shi Shiang Zhi You Mama Hao, Suriram dan You're My Sunshine. Sebaik sahaja selesai persembahan kami bergegas turun pula ke USIM untuk mengambil jubah dan raptai konvokesyen.




Persembahan kami boleh ditonton di lam sesawang YouTube.







Sunday, 19 February 2023

Majlis Gala & Graduasi Little Abd

Hari ini kami meraikan adik-adik Little Abd dalam majlis Gala dan Graduasi mereka bertempat di MTree Hotel, Puchong. Perjalanan ke sana singkat sahaja dan sampai sahaja kami terus membuat persiapan. Ballroomnya tidaklah besar sangat maka kami tidak memerlukan mic untuk persembahan kami. Selesai rehearsal dan bersiap kami pun bersarapan. Peranan kami diwaktu pembukaan iaitu lagu Erti Al-Fatihah, iring adik-adik sewaktu masuk dan menerima sijil akhir sekali persembahan santai pada jamuan makan.







Monday, 29 August 2022

Permata Merdeka : Tadika dan Taska Zon Tengah Shah Alam

Memeriahkan majlis sambutan Hari Merdeka 20 buah taska dan tadika di Shah Alam bertempat di Dewan Alamanda, Seksyen 20, Shah Alam. 






Sunday, 6 October 2019

Open House Tadika Anakku Genius Soleh


Menuju ke Saujana Utama, Sungai Buluh dengan bantuan Pak Agos dan Cikgu CT walaupun kami berdua masih lelah namun diturutkan jua bagi menlancarkan aktiviti hari ini. Perjalanan hanya mengambil masa 35 minit sahaja dari sekolah. Sampai sahaja di sekolah kami terus menuju ke destinasi berpandukan teman setia anda...Waze! Setelah melapor diri di pintu masuk utama taman kami dibenarkan masuk dan memakir kereta berhampiran dengan tadika tersebut. Terus sahaja membuat persediaan persembahan dan pameran. Ala kadar sahaja pameran kami.....pengenalan kepada angklung kepada ibu bapa yang hadir hari ini. 

  

Sementara menanti mereka menyiapkan persediaan open house, kami mengambil sarapan dahulu. Nasi lemak disediakan dan ditaja oleh Pak Agos. Alhamdulillah syukur. Pihak tadika pula menyediakan roti dan air kotak. Setelah itu kami memulakan persembahan dengan lagu Bintang Kecil sebagai pengenalan persembahan. Ibu bapa agak terkesima juga dengan persembahan ini. Mungkin mereka tidak menyangka ada persembahan angklung hari ini yang mana turut dimasukkan dalam silibus mereka pada tahun hadapan.

  

Kami berehat seketika dan disambung dengan aturcara seterusnya oleh Guru Besar tadika ini. Kami menjamu selera dengan juadah yang dijual pada hari ini dengan berbekalkan kupon RM10 sahaja. Sempat juga kami bergambar dengan ikon Omar dan Hana....Assalamualaikum....alhamdulillah!

  

Kami menutup persembahan dengan 4 buah lagu dengan aktiviti teka lagu. Jam 2.30 petang kami berkemas untuk pulang ke Shah Alam. Insyallah kita jumpa lagi pada tahun hadapan ...2020!


Saturday, 29 September 2018

Graduasi Tadika

Jam 12.00 tengahari singgah dahulu di sekolah untuk mengambil CD danVCD untuk diberikan kepada Cikgu Selle, guru tadika Subang. Hari ini merupakan hari bersejarah bagi Cikgu Selle kerana anak-anak buahnya akan membuat persembahan angklung di KuAsh Theatre, PKK Tuanku Bainun, KL pada jam 3.00 petang  nanti. Majlis yang sungguh ringkas dan meriah. Geli hati melihat gelagat anak-anak comel dengan aksi-aksi mereka. Hasil pertama kelab juga untuk melahirkan pemain angklung cilik pada tahun 2018. Sejajar dengan program kami tahun ini Sanggar Angklung 2018.


Sempat berwefie dengan Cikgu Selle sebelum persembahan

  





Monday, 30 July 2018

Sanggar Angklung : Small Wonder Children's House Part 7

Final day untuk memberi bimbingan kepada anak-anak tadika dan gurunya di Subang Jaya. Uncle Sam masih setia untuk membantu. Jam 11.00 pagi sampai di sana dan terus mengambil tempat. Ulangkaji ayunan angklung kepada anak-anak tadika dan kemudia memainkan lagu-lagu yang dipelajari. Konsert mereka akan di adakan pada 29 September ini nanti. Jadi, mereka masih punya banyak masa untuk berlatih dan memantapkan ayunan angklung. Tapi, biasalah...anak-anak kecil. Tumpuan mereka tidak lama...terpulang pada kita untuk menarik mereka. Anak-anak ini dapat bermain dengan baik di bawah bimbingan guru mereka sendiri. Alhamdulillah. Syabas kepada sekolah tadika ini. Moga hubungan di antara SMK Taman Sri Muda dan sekolah ini akan berpanjangan. Gud luck dalam persembahan nanti dan jangan lupa jemput kami sama.


  


Tuesday, 24 July 2018

Sanggar Angklung : Small Wonder Children's House Part 6

Harapan menggunung menghala ke Subang Jaya. Kali keenam aku mengharungi jalan ke sini. Sesampai di sana kelihatan Uncle Sam sudah mendahului aku terlebih dahulu. Jam 10.55 pagi kami mula menekan loceng sekolah dan disambut mesra oleh gurunya. Anak-anak di dalam masih membuat latihan tarian benggali. Adus...comel-comel semuanya apabila menggoyangkan kaki dan punggung mereka...nak gelak pun ada. Jam 11.15 pagi kami mula mengambil alih kelas. Terpegun seketika hari ini latihan pertama sahaja mereka sudah dapat memainkan lagu medley semalam. Walaupun tidak lancar tetapi mengikut irama latar belakang dengan baik. Insyallah digilap selama 2 bulan anak-anak ini akan lancar bermain untuk persembahan mereka pada bulan September nanti.

  




Monday, 23 July 2018

Sanggar Angklung : Small Wonder Children House Part 5

Singgah sekolah untuk mengambil angklung khas untuk lagu Medley Bintang Kecil dan Burung Kakatua. Ambil barangan yang diperlukan di rumah dan kemudian menuju ke Small Wonder Children’s House untuk latihan lagu medley pula kali ini. Ulangkaji dibuat untuk lagu minggu lepas. Monday blues kata orang….budak-budak ada yang tidak hadir….3 orang. Yang hadir pun hari ini banyak main-main. Mungkin hari esok mereka akan lebih fokus…insyallah.



Monday, 16 July 2018

Sanggar Angklung : Small Wonder Children House Part 4

Hari ini aku berdua dengan Uncle Sam mengendalikan kelas. Tukar strategi....lagu ditukar kepada lagu yang lebih ringan untuk anak-anak ini belajar setelah perbincangan dibuat. Maka lagu yang dipilih adalah lagu Bulan di Pagar Bintang dan Medley Bintang Kecil & Burung Kakatua. Alhamdulillah kelancaran anak-anak ini bermain angklung apabila fokusnya bertumpu pada satu arah. Setelah 1 jam berakhir kuamanatkan pada gurunya untuk mengajar mengikut kemampuan anak-anak muridnya. Al maklumlah hanya gurunya sahaja mengenali dan tahu kaedah yang terbaik untuk menyampaikannya.



Friday, 13 July 2018

Sanggar Angklung : Small Wonder Children House Part 3

Hanya Fatihah menemani aku hari ini bersama-sama Uncle Sam. Usaha  diteruskan untuk mendidik anak-anak tadika ini bermain angklung. Memang sukar oleh kerana lagu yang ingin dimainkan memerlukan kepantasan dan kepekaan. Untuk anak-anak ini aku rasa terlalu tinggi melainkan mereka telah dididik sejak kacil lagi. Namun itulah permintaan Boss besar mereka. Kuikutkan  sahaja. Anak-anak yang ada di sini baharu sahaja diperkenalkan dengan angklung. Bersusah payah kami untuk mencuri tumpuan anak-anak ini untuk tempoh masa 1 jam.


  

Wednesday, 11 July 2018

Sanggar Angklung : Small Wonder Children's House Part 2

Bersama-sama Fitri dan Fatihah...double F, menuju ke Subang Jaya. Singgah di gerai untuk bersarapan. Makan nasi lemak dan minum teh tarik sementara menanti waktu untuk memulakan kelas angklung. Dalam pukul 10.00 kami tiba dan terus menilik angklung yang ada untuk ditanda. Aku memulakan kelas dengan mengimbas kembali latihan yang lalu. Nampak gayanya mereka masih ingat. Bagus memori budak-budak kecik ni. Setelah mengulangkaji ayunan angklung aku memulakan latihan lagu pertama mereka iaitu Poco Poco. Memang gelabah buat seketika dan mencari idea bagaimana nak mengajar anak-anak kecil ini. Namun anugerah GURU yang diberikan amat membantu. Alhamdulillah, mereka dapat memainkan dengan baik...cara anak-anak tadika. Bagi aku sudah cukup bagus. Mendapat bantuan juga daripada Uncle Sam. Setelah 1 jam berlalu , aku tinggalkan mereka bersama-sama guru mereka untuk memantapkan latihan. Jumaat kami akan datang lagi untuk mengajar rangkap yang kedua pula.

  



Thursday, 5 July 2018

Sanggar Angklung : Small Wonder Children's House

5 Julai 2018 berpandukan lokasi yang diberikan aku menuju ke Subang Jaya. Punyalah pusing-pusing dibawa oleh waze....rupa-rupanya ada jalan pintas yang lagi senang untuk menuju ke tadika ini. Awal aku sampai. Ada sebab. Aku nak melihat angklung apa yang mereka ada. Perlukan aku tambah dan labelkan? Pelbagai persoalan ada di minda. Uncle Sam....Teman Setia Anda....membantu hari ini.

  

Hari ini kami hanya memperkenalkan angklung kepada anak-anak kecil ini dan cara-cara menggoyangkannya dengan betul. Aku kira dalam 15 minit fokus anak-anak ini akan beralih arah....alhamdulillah sehingga ke jam 10.30 pagi mereka masih fokus. Tahniah  kepada anak-anak ini. So, see you all on next class.....11 Julai nanti.