Wednesday, 26 March 2014

Kertas Kerja Membina Mercu Tanda

Di bawah merupakan salinan kertas kerja untuk membina satu mercu tanda kelab sebagai penghargaan dan 'benchmark' kepada sekolah. Diharapkan para dermawan dapat memberikan sumbangan untuk merealisasikan impian ini.

KERTAS KERJA MEMBINA MERCU TANDA

1. LATARBELAKANG

Kelab Angklung Wariseni SMK Taman Sri Muda telah ditubuhkan pada 11 Oktober 2011 atas inisiatif Guru Penasihat Kelab yang menubuhkan kelab ini dengan bantuan kewangan daripada Persatuan Ibu Bapa dan Guru sekolah untuk membeli set angklung yang pertama. Walaupun baru berumur setahun jagung namun   kelab ini telah mendapat jemputan untuk membuat persembahan di majlis Rumah Terbuka Sambutan Tahun BaruCina pada bulan Februari 2012. Bermula dari sinilah kelab bergerak dengan lebih aktif dengan membuat pelbagai persembahan baik di dalam mahu pun di luar sekolah. Penglibatan ini menyebabkan nama sekolah terukir di bibir orang ramai yang melihat persembahan kelab ini. Secara tidak langsung imej dan reputasi sekolah turut berkembang bersama kelab. Oleh sebab inilah pihak sekolah bercadang untuk menjadikan kelab angklung ini sebagai ‘benchmark’ sekolah.

2. MATLAMAT/ MISI

Kertas kerja ini dibuat bertujuan mencari sumbangan kewangan dari pihak luar agar pihak sekolah dapat membina satu mercu tanda kelab angklung sebagai penghargaan kepada ahli-ahlli kelab yang giat berlatih untuk menaikkan nama sekolah dan mengekalkan muzik warisan supaya tidak lapuk dek zaman serta masih dimainkan oleh generasi kini.

3. OBJEKTIF

3.1  Membina satu mercu tanda agar masyarakat setempat mengenali sekolah           
       dengan imej yang tersendiri.
3.2  Meningkatkan motivasi ahli-ahli Kelab Angklung Wariseni 
     SMKTSM agar berlatih dalam keadaan yang lebih seronok dengan 
     adanya mercu ini sebagai paenghargaan kepada mereka.

4 IMPLIKASI

4.1 Melalui projek yang dijalankan, ia akan meningkatkan rasa kecintaan yang tinggi              
      bagi mengangkat nama SMKTSM  ke tahap yang lebih tinggi,
4.2 Memantapkan semangat fizikal dan mental ahli-ahli kelab ke arah melahirkan     
      generasi yang bersemangat tinggi dan optimis.

5. SKOP PERMASALAHAN

5.1 Memerlukan bantuan kewangan untuk membeli bahan-bahan pembinaan.
5.2 Mendapatkan kontraktor yang dapat membina mercu tanda dengan kos yang  paling minima.

6. CADANGAN PROJEK DAN ANGGARAN KOS


Bil
Projek
Skop projek
Anggaran kos
1
Membina mercu tanda.
Kerja-kerja membekal bahan dan membina mercu tanda.
Bahan: Batu bata, simen, papan, kayu, pvc, lencana sekolah, logo kelab
RM5,000.00



7.  CONTOH MERCU TANDA


8. SASARAN
    Menyiapkan projek sebelum bulan Ogos 2014.




Disediakan oleh,                        Disemak oleh,

                      
……………………....................           ………………….........................
(NORAZLENA BINTI LAZIM)           (SURI ARINI BINTI SAMSURI) 
Ketua Guru Penasihat                              Pen.Kanan Kokurikulum
Kelab Angklung Wariseni                        SMK Taman Sri Muda 
SMK Taman Sri Muda Shah Alam



Disahkan oleh,

..........................................
(NORLILA BINTI OMAR)
 Pengetua
 SMK Taman Sri Muda
 Shah Alam

Kepada para dermawan yang ingin menyumbang dan ingin mendapatkan maklumat lanjut bolehlah menghubungi Guru Penasihat Kelab Angklung Wariseni di talian yang dinyatakan di bahagian kanan blog ini. Terima kasih.

No comments:

Post a Comment