Sebaik sahaja selesai di sekolah aku, Veronica dan Hazni bergegas pula ke SMK TTDI Jaya untuk membantu mereka membuat persiapan persembahan majlis anugerah cemerlang yang dijadualkan akan berlangsung pada 20 April ini. Aku mempunyai hari ini sahaja untuk mengajarkan mereka dua buah lagu iaitu Empat Dara dan Selamat Datang. Mereka tidaklah berlatiih seperti kelab aku oleh yang demikian agak sukar untuk mereka pelajari dalam waktu yang singkat. Setelah berulang-ulang menempuhi pelbagai kesukaran dan kemarahan guru....hahahaha tu yang tak boleh tahan tu....akhirnya mereka berjaya memainkan lagu-lagu tersebut dengan betul. Harap...dalam latihan mereka sendiri nanti mereka akan ingat kesalahan yang sering dilakukan oleh mereka dan menokok nambah gerak-geri untuk memeriahkan persembahan mereka. Gud luck guys n gals!
Showing posts with label anugerah cemerlang. Show all posts
Showing posts with label anugerah cemerlang. Show all posts
Friday, 5 April 2019
Saturday, 3 November 2018
Majlis Graduasi dan Anugerah Cemerlang K.A.W 2018
Majlis yang dirancang secara adhoc....jadi persiapannya pun secara adhoc. Namun alhamdulillah setelah tiga hari menjalani latihan majlis ini dapat direalisasikan pada hari ini. VIP jemputan, Ketua Unit Kokurikulum dari Jabatan Pendidikan Negeri Selangor, Encik Sazali dan Encik Sam Mat Kous dari Wariseni Budaya.
Encik Sazali Encik Sam Mat Kous
Jam 8.30 pagi ketibaan VIP pertama dan disambut oleh Ainaa selaku pengiring VIP hari ini. Tidak lama kemudian VIP kedua kami pun sampai. Disambut oleh Encik Mohd Din, Penolong Kanan Akademik, Puan Nik Aziah Penolong Kanan Petang dan YM Raja Arbaiyah, Penolong Kanan Kokurikulum. Mantan pengetua SMK Taman Sri Muda, Tuan Haji Aznan Kassan pun turut sama memeriahkan majlis.
Anak-anak angklung sesi petang mengiringi VIP ke Dewan Anggerik dengan alunan lagu tema James Bond menggunakan angklung dan jidur. Kamera ni buat hal lah pulak. Tengah rakam 'hang'...so tak dapat penuh la....ish! Majlis dimulakan dengan acara bergambar beramai-ramai.
Acara diteruskan dengan ucapan Pen.Kanan Akademik diikuti dengan ucapan dan perasmian oleh Encik Sazali. Persembahan slide aktiviti kelab meneruskan acara majlis dan kemudian penyampaian sijil-sijil. Terdapat dua sidang dan di anatara sidang diselitkan dengan persembahan dari anak-anak angklung tanpa angklung mereka.
Tahun ini tiga anugerah disediakan iaitu Anugerah Komitmen Terpuji, Anugerah Seni Emas dan Anugerah Seri Gemilang. Riezwan meragut anugerah satu sementara anugerah dua diambil oleh Faris dan yang terakhir dirangkul oleh Fatin. Tahniah kepada mereka bertiga.
Perjalanan majlis berjalan seperti yang dirancang...alhamdulillah. Cuma microphone sahaja yang buat hal. Sepanjang latihan tak meragam tiba majlis berlangsung...memamng menduga sungguh. Apa-apa pun majlis kami mendapat pujian daripada VIP. Banggalah juga kan....berbaloi penat lelah membuat persiapan.
Thursday, 1 November 2018
Anugerah Sahsiah Terpuji dan Pendidikan Islam
Wednesday, 13 April 2016
Majlis Perasmian "The Champion" dan Anugerah Kecemerlangan Pengurusan Kemanusiaan Pejabat Pendidikan Daerah Petaling Perdana (Siri Jelajah Angklung 1Malaysia 2016)
12 April 2016 menuju ke Dewan A MAEPS untuk menjalani raptai majlis. Sungguh besar dewannya. Apa lagi berposing bagai la kami.
Tak lama kemudian raptai dimulakan . Agak berterabur jugalah. Banyak perubahan yang perlu dibuat untuk memenuhi acara.
Tak kisahlah, hanya perubahan kedudukan. Aktiviti yang dijalankan tetap sama begitu juga dengan lagunya. Selesai kami pulang ke sekolah.
Tak lama kemudian raptai dimulakan . Agak berterabur jugalah. Banyak perubahan yang perlu dibuat untuk memenuhi acara.
Tak kisahlah, hanya perubahan kedudukan. Aktiviti yang dijalankan tetap sama begitu juga dengan lagunya. Selesai kami pulang ke sekolah.
14 April 2016. Sekali lagi menuju ke MAEPS. Hari sebenar majlis. Bersiap sebaik sahaja sampai ke dalam dewan. Hari ini aku dibantu oleh Puan Elsa, Cik Dyna, Encik Azhari tak lupa juga Puan Sazlina.
Perubahan dibuat sekali lagi pada lagu Wushu untuk menjadikan ia lebih cantik sewaktu berhenti. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. Kami mengiringi demo silat, silambam dan wushu serta mengiringi VIP masuk ke dalam dewan.
Majlis penyampaian anugerah berjalan dengan lancar. Kelab Angklung mendapat Anugerah Kelab Terbaik dan Guru Penasihatnya mendapat Anugerah Guru Terbaik Kokurikulum Daerah Petaling Perdana. Alhamdulillah.
Sebelum pulang kami bergambar beramai-ramai sebagai kenangan saat yang bersejarah untuk kelab dan sekolah. SMKTSM HEBAT!!!
Saturday, 24 October 2015
Majlis Anugerah Kecemerlangan Kokurikulum Peringkat Negeri Selangor 2015
Hari ini 22 Oktober Kelab Angklung dinobatkan dalam majlis yang penuh gilang-gemilang diadakan di Dewan Serbaguna Kompleks Sukan dan Kebudayaan Kuala Kubu Bharu. Walaupun anak-anak angklung tidak dapat turut serta dalam majlis ini...namun penghargaan dikongsi bersama melalui Whatsapps. Tahniah semua. Tahun depan kita cuba dapatkan yang lebih baik lagi. Ayuh...ayuh!
Sunday, 25 January 2015
Majlis Penyampaian Anugerah dan Sijil KAW
Setelah berhempas-pulas selama seminggu untuk membuat latihan pada bulan Disember tahun lepas, maka hari yang dinanti-nantikan pun tiba. Majlis ini membuatkan aku tak dapat tidur semalaman. Puas memujuk mata dengan pelbagai cara dan doa, namun perasaan gementar menguasai diri. Entah pukul berapa aku terlelap sedar-sedar pukul 4.00 pagi. Terus bangun dan menyiapkan apa-apa yang perlu. Selepas subuh bertolak ke sekolah. Pintu dewan ku buka luas agar anak-anak angklung tahu bahawa aku sudah sampai. Mula membuat persiapan terakhir dan amanat diberikan kepada event floor manager untuk melaksanakan tugas dengan sempurna.
Majlis dimulakan agak lewat sedikit daripada yang dirancang kerana menanti Encik Sazali Baharuddin daripada JPS tiba. Sebaik sahaja beliau tiba Amnan pun memulakan pukulan jidur menandakan majlis dimulakan.
Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu negaraku bersama-sama dengan alunan angklung.
Emcee meneruskan acara dengan bacaan doa oleh Ahmad Amnan dan Bonda Pengetua memberikan ucapan dan seterusnya merasmikan majlis.
Persembahan slide ditunjukkan sejurus selepas perasmian dan diikuti dengan persembahan angklung daripada anak-anak angklung Wariseni.
Acara spontan dijalankan dengan mendendangkan lagu Happy Birthday kepada Bonda Pengetua dan jurulatih kami Encik Sam Mat Kous. Mereka tidak menjangkakan sambutan ini.
Seterusnya majlis diteruskan dengan penyampaian sijil graduasi, sijil keahlian, sematan pingat dan sijil penghargaan kepada bekas ahli angklung tingkatan lima 2014.
| Sijil Graduasi disampaikan oleh Encik Sam Mat Kous |
| Cenderamata untuk Encik Sam Mat Kous |
| Penyampaian Sijil Keahlian oleh Puan Suri Arini |
| Sematan pingat oleh Bonda Pengetua |
| Penghargaan untuk bekas ahli kelab disampaikan oleh Encik Ahmad Zainie (PPD) |
Dua anugerah khas dibacakan oleh Puan Rohaya Abdul Samad, Guru Penasihat kelab sesi pagi. Anugerah ini disampaikan oleh Encik Sazali Baharudin daripada JPS. Anugerah Most Value Player 2014 dirangkul oleh Muhammad Ariff Ishak sementara Anugerah Seri Gemilang dicapai oleh Nur Amira Shafiqa Rosli.
| Most Value Player of the Year 2014 - Muhammad Ariff Ishak |
| Anugerah Seri Gemilang - Nur Amira Shafiqa Rosli |
Terima kasih diucapkan kepada Encik sazali kerana sudi hadir dan menyampaikan anugerah tersebut. Encik Sam Mat Kous turut sama memberikan cenderamata kepada pihak sekolah kerana sokongan jitu pihak sekolah kepada Kelab Angklung Wariseni sehingga berada ke tahap sekarang.
Sebelum majlis berakhir kami sempat merakamkan kenangan bersama di hadapan pentas. Ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua yang telah menjayakan majlis ini.
Sebelum majlis berakhir kami sempat merakamkan kenangan bersama di hadapan pentas. Ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua yang telah menjayakan majlis ini.
Sementara Azizah dan Yasmin membawa tetamu jemputan ke kantin untuk menikmati juadah ringan ibu bapa mula berselfie dengan anak masing-masing. Cikgu pun tidak ketinggalan.
Subscribe to:
Posts (Atom)

















