Showing posts with label karnival. Show all posts
Showing posts with label karnival. Show all posts

Saturday, 27 September 2025

Karnival Hari Koperasi Sekolah

Kononya kami tak mahu buat persembahan pada hari tersebut, namun hati kami ni taklah sekeras mana. Mulut jer heboh dalam hati penuh taman. Maka persediaan pun dibuat tetapi secara ala kadar sahaja. Maklumlah pada hari yang sama kami ada persembahan juga di Palm Garden Hotel di Putrajaya. Lagu perasmian yang kami mainkan sama seperti sambutan Hari Koperasi Peringkat Kebangsaan yang pernah kami buat di Angkasa iaitu Embun Sok Sek dengan berpakaian aloha. mengikut tema karnival.



Selepas perasmian kami dendangkan 5 buah lagu lagi untuk meriuhkan suasana dan kemudian bersiap-siap untuk ke Putrajaya. Satu lagu jiwang rock kami bawakan hari ini iaitu lagu Sejati yang dipopularkan oleh Awie dari kumpulan Wings. Empat buah lagu lagi lagu Dag Dig Dug, Yek Liang Tai Piau Wi De Xin, Saajanji Ghar Aaye dan Saabai Saabai.




Tuesday, 30 January 2024

Karnival Eksplorasi STEM Negeri Selangor 2023/2024

 



Tugasan kami bermula pada 28 Januari 2024 dengan mengangkut semua peralatan dan bahan pameran serta persembahan. Dua tuga kali pusing jugalah untuk menguruskannya termasuk membantu rakan sepameran Farahiya. Nasib baik dia ada, banyak juga bahan kami pinjam untukmerealisasikan tempat pameran kami. Apa kena mengena angklung dengan STEM? Ada......angklung juga mempunyai inovasi tersendiri walau diperbuat daripada buluh sahaja.

29 Januari kami terlibat dengan pameran untuk hari pertama dan juga persembahan perasmian majlis. Kami dendangkan pelbagai lagu sebagai halwa telinga semasa mereka menikmati jamuan makan. Dua buah lagu turut dinyanyikan oleh Joannane iaitu lagu yang dipopularkan oleh Siti Nurhaliza PErcayalah dan Sisa Rasa oleh Mahalini. Pameran kami turut mendapat sambutan daripada para pengunjung.

30 Januari, kami menyambung pameran kami untuk hari terakhir. Kali ini Reshma, Levialin dan Farhanis sahaja yang bertugas. Namun sewaktu mengemas, Naufal turut membantu kami di kabin. Kerjasama...itulah kata kunci yang utama membuatkan kerja-kerja mengemas kami berjalan lancar dan siap dengan cepat.

Pengalaman yang amat berharga untuk kelab. Moga kami diberikan peluang lagi untuk menyertai pameran yang lain.











Saturday, 14 October 2023

Hari Sukan Negara dan Karnival Kokurikulum

Peranan aku dan krew KAW Team tak banyak sangat kali ini dalam proses kejadian pada 14 Oktober. Namun persiapan dan mengemas dapat dijalankan dengan sempurna. Aktiviti banyak dikendalikan oleh krew Kelab Seni Kebudayaan Sesi Pagi.



Saturday, 8 July 2023

Karnival Wanita Madani Zon Selatan

Menerima whatsapp daripada Mukhlis WBS meminta kami untuk majlis tersebut pada 8 Julai 2023 di BBST@Walk. Ligat memikirkan untuk membahagikan KAW Team kepada dua kumpulan. Kuhubungi para senior dan alhamdulillah Acok, Annur dan Patrina boleh membantu. Seawal jam 7 pagi kami bergerak ke Salak Tinggi dengan menggunakan Van Pak Agos sahaja. Sesampai di sana kami terus menyediaakan alatan dan membuat sedikit rehearsal untuk sound check dan iringan lagu Wanita Berdaya...lagu tema WBS.




Siap berkemas, kami ke gerai makan untuk mengalas perut. Nasi lemak dan teh ais menjadi pilihan anak-anak KAW. Kubelikan juga apam balik sebagai pencuci mulut. Tepat jam 9.30 pagi kami memulakan persembahan. lagu-lagu lama......semua lagu melayu. Lagu-lagu yang kami mainkan semasa pameran buku antarabangsa di PWTC, KL.




Jam 11.00 pagi kami menunggu untuk iring VIP tetapi VIP terus lalu tepi kami....hahahaha makanya kami hanya mainkan lagu tema WBS sahaja di pentas. Selesai job kami pagi ini dan terus berkemas untuk ke seksyen 7, Shah Alam.





Saturday, 15 September 2018

Karnival Masjid

  

Hari ni kami bernasyid pula di Masjid Taman Putra Puchong Perdana. Mereka mengadakan karnival dan kumpulan angklung telah dijemput untuk memeriahkan majlis hari ini. Bertolak ke sana dengan menggunakan khidmat Pak Agos pada pukul 12.30 tengahari berpandukan google map. Dalam masa 25-30 minit sahaja kami sampai ke destinasi dengan selamat. Alhamdulillah. Menunaikan kewajipan terlebih dahulu dan kemudian memunggah alatan setelah hujan reda. Kemudian seperti biasa membuat sound check dengan Uncle Sam.

  


Persembahan pertama kami dimulakan pada jam 3.10 petang setelah selesai pakcik pakcik memasang banner kat belakang pentas. 10 buah lagu didendangkan dengan sempurna oleh anak-anak angklung hari ini. Berehat seketika untuk menanti azan Asar. Masa dipenuhi dengan acara makan-makan.




  


5.10 petang memulakan persembahan sesi dua. 6 buah lagu lagi didendangkan dan diakhiri dengan lagu medley. Setelah persembahan berakhir para tetamu mencuba memainkan angklung dan bergambar. Kami....sibuk berkemas dan menyusun angklung untuk event esok pula. Orang-ramai berpuas hati dengan persembahan kami....terutama orang-orang masjid. Alhamdulillah. Percubaan pertama kami di sini dan memberikan hasil yang memberangsangkan.

  

Friday, 1 December 2017

Karnival Planet Ummah

Kolaborasi bersama-sama Arkib Negara (Pustaka P.Ramlee) kami di Putrajaya hari ini. Puan Darsilah telah membuat tempahan awal untuk majlis ini. Van daripada arkib negara menjemput kami di sekolah pagi ini. Bertolak sebaik sahaja van sampai di sekolah bersama-sama 14 orang anak-anak angklung. Aku ditemani anak bujangku Haniff hari ini yang akan menjadi jurukamera untukku.


Bersiap-siap pada jam 12.00 tengahari sementara menanti makan tengahari tiba. Hari ini jejaka angklungku memakai seluar kunyit yang baharu sahaja kubelikan, berkemeja putih, bertali leher, memakai topi dan berkacamata hitam. Sementara itu, dara idamanku pula memakai baju lace hitam merah dan berseluar palazo merah. Juga baharu kubeli di GM, Kelang.


Jam 2.30 petang kami menuju ke pentas utama setelah selesai makan dan terus membuat persiapan.
Jam 2.45 petang memulakan persembahan dengan dimulai lagu Aci Aci Buka Pintu.


Persembahan di pentas utama diakhiri dengan lagu Lagenda. Sempat juga kami memainkan lagu Yek Liang Tai Piau Wo De Xin untuk para pelancong dari negara China, Korea, Taiwan....entahlah. Bilaku tanya dari mana mereka tak pandai nak menjawab dalam bahasa Inggeris malahan mereka bercakap dalam bahasa mereka. Maka macam ayam dengan itik berboraklah kami. Merakamkan memori bersama-sama para pelancong sebelum berkemas.


Kembali ke khemah Pustaka P.Ramlee dan membuat persiapan di sana pula. Menghiburkan para pengunjung di booth P.Ramlee bersama-sama Pak Pandir dan kembar P.Ramlee. Ramai pengunjung menonton persembahan kami di sini. Jam 6.30 petang kami beransur pulang ke Shah Alam. Selamat tinggal Putrajaya. Moga kita jumpa lagi tahun hadapan.






Monday, 23 November 2015

Karnival Sukan MPP/PeBT 2015

Aku sebenarnya tak tahu majlis apa yang akan dihadiri hari ini. eEbaik sahaja tiba di dataran baharulah aku tahu. Karnival sukan rupanya. Fatin kutinggalkan kerana lambat tetapi kupesan pada guard minta mereka terus ke dataran apabilal tiba di sekolah nanti. Terus bersiap-siap setelah mengenalpasti pentas.



Jam 10 pagi kami memulakan persembahan selama setengah jam. Tak dapat aku rakam semua sebab berbual-bual dengan Sazhar rakan sekolahku dahulu.



Lepak sementara menanti giliran seterusnya. Sempat bergambar dengan retis dan paling best dengan transformers ......geng punjabi  juga!




Lama juga kami berehat. Kami memulakan majlis dan kami menutup majlis.




Monday, 20 October 2014

Karnival Komuniti MPP MBSA

Mendapat panggilan daripada Ua Takraw memberitahu bahawa Puan Siti daripada Unit Kokurikulum JPNS akan menelefonku. Memang betul...tak lama kemudian Puan Siti bercakap denganku bertanyakan tentang Kelab Angklung Wariseni. Beliau menyatakan MBSA akan menganjurkan satu karnival pada 19 Oktober bertempat di Dataran Kemerdekaan Shah Alam. Encik Fahmee dari MBSA akan menghubungiku tentang perkara tersebut dan aku menanti lagi. Sah! Perkhidmatan kami diperlukan untuk karnival tu.

Pagi 19 Oktober setelah semua berkumpul meneruskan perjalanan ke seksyen 14 dan memarkirkan kereta di hadapan muzium. Tempat paling hampir dengan kawasan persembahan. Encik Fahmee dihubungi dan beliau memberitahu tempat persembahan kami. Setelah barang-barang diletakkan aku mengarahkan anak-anak angklungku untuk bersarapan pagi. Nasi lemak yang kubelikan di stesen Petronas pagi tadi. Sedap nasi lemak tu.



Selesai makan mula mengeluarkan alatan dan menyusun atur angklung. Bersiap siaga untuk persembahan yang dijangkakan pada pukul 9.00 pagi nanti. Memang kami kaki berposing...pantang ada masa terluang...diisi dengan posing depan kameaa ataupun handphone.



9.20 pagi kami memulakan persembahan sesi pertama kami. 20 minit diberikan dan 6 buah lagu didendangkan untuk sesi ini.




Ada lebih kurang sejam kami dapat melihat persekitaran karnival...namun anak-anak angklung diingatkan untuk kembali ke khemah pada pukul 10.30 pagi. Sempat juga kami melihat beberapa persembahan tarian, akustika dan pertandingan pakaian beragam. Selesaikan pertandingan pakaian beragam tibalah giliran kami sekali lagi. Masih 20 minit diberikan kepada kami untuk sesi kedua ini.






Sebaik sahaja selesai, kami terus mengemaskan alatan. Uncle Sam belanja kami makan KFC hari ini. Rezeki anak-anak angklung. Thank you yam leaf...if can uncle belanjalah kami lagi!