Wednesday 29 December 2021

More Story - Pasca Banjir

Tak boleh nak cerita memacam dalam blog ini.......biarlah gambar yang berbicara sepanjang minggu ini yang berlaku di belakang sekolah di mana terletaknya lokasi kebitaraan sekolah. Pelbagai sukarelawan datang membantu menbaik pulihh dan membersihkan sekolah kami. Terima kasih yang tidak terhingga kepada mereka semua.....dari utara sampai selatan pelbagai kaum dan agama datang menghulurkan tangan. Penutup tirai 2021 yang suram semoga kesuraman ini akan digantikan dengan senyuman dalam tahun 2022 ini.













Friday 24 December 2021

Pasca Banjir : Kabin D'Angklung dan Bilik Angklung

Speechless......nak nangis ke nak gelak ke...pening dan penat. Alhamdulillah kita gerakkan yang mana boleh dan selamatkan yang mana boleh diselamatkan. Ramai pakar angklung memberikan nasihat dan tunjuk ajar kepada kami untuk membaik pulih angklung yang terendam selama 3 hari dalam banjir. Ada juga yang patah....mungkin dalam proses air suruh mereka bertindan dan menyebabkan ada yang patah. Terima seadanya. Menteri Kanan Pendidikan pun dah hadir sama dan dapat cakap 'face to face' dengannya. Tak tahulah apa tindakan team beliau nanti. Harapan tiinggi kepada beliau untuk membangunkan kebitaraan sekolah ini semula.

 


 





Tuesday 21 December 2021

Monday 20 December 2021

Banjir di Taman Sri Muda

Pls, save our school.... Semoga pertolongan anda dapat membantu memulihkan sekolah kami... Memulihkan semangat anak2 didik kami... Wlupun RM 1, besar ertinya pada kami...

Sekolah kami turut terkesan dengan banjir kali ini yang bermula pada 18 Disember 2021. Kami amat-amat memerlukan bantuan dan sokongan semua rakyat Malaysia untuk membangunkan semula sekola kami yang dilanda musibah ini. Hulurkan bantuan walaupun RM1 amat bermakna buat warga SMK Taman Sri Muda.

Banjir yang berlaku di Taman Sri Muda 2021. SMK Taman Sri Muda yang terletak di kawasan Taman Sri Muda turut terkesan dengan bencana alam ini. Mari sama-sama hulurkan bantuan kepada SMK Taman Sri Muda bagi membantu proses-proses baik pulih di SMK Taman Sri Muda





























Saturday 18 December 2021

Majlis Tautan Ukhwah di Bukit Kiara

Hujan masih turun hari ini. Sampai di sekolah kelihatannya air sudah melimpah keluar dari longkang. Mendapat maklumat rumah Afif sudah dinaiki air. Zam dalam perjalanan dan cuba masuk ikut laluan yang selamat. Hanya menanti Annur dan Izmi untuk tiba. Jalan jem disebabkan banjir kilat yang berlaku di hadapan KFC Kemuning Utama. Lengkap semua kami bertolak ke Bukit Kiara tanpa Syaqila kerana ibu bapanya tidak membenarkan dia ikut serta disebabkan situasi ini.

Sesampai di Bukit Kiara kami memakirkan kereta dan masuk terus membuat persiapan persembahan dan rehearsal. Jurus siap kami makan dan menanti pengantin tiba untuk kami hiburkan dengan tarian BUnga Rampai. Bunyi angklung tidak berapa best hari ini. Macam terperuk ke dalam. Sejuk agaknya....hujan ditambah dengan pendingin di dalam dewan ini. 10 lagu kami mainkan sepanjang majlis berlangsung.





Sebelum pulang kami makan lagi. Dapatlah merasa kambing bakar. Huja masih tidak berhenti. Bergambar di hadapan photobooth sekali lagi oleh kerana Nidzham tidak berada bersama-sama kami tadi. Kemudian aku terus mengambil kereta untuk memasukkan alatan ke dalam kereta. Terus bergerak pulang dan mendapat perkhabaran Taman Sri Muda sudah mula ditenggelami air hujan. Berfikir sepanjang jalan manakah yang baik untuk kami masuk ke Shah Alam.

Sampai di Subang Jaya menuju Batu Tiga sudah jem teruk. Aku susur keluar melalui USJ dan dapat sampai ke Taman Sri Muda namun kami tidak dapat masuk. Semua aluan masuk sudah dipenuhi air. Aku hanya dapat menghantar Izmi dan Annur pulang ke rumah kerana rumah mereka di luar pusat banjir. Lalu kami menuju semula ke Alam Impian dan menanti di perkarangan masjid di sana. Afif kuhantar pulang berjalan kaki ke rumah kerana katanya rumahnya sudah hampir di belakang masjid.

Hujan masih turun dan air semakin naik. Akhirnya aku mengambil keputusan untuk keluar dari masjid dan menuju ke rumah Shafiq namun hatiku tidak senang memandangkan rumah Shafiq memang berhadapan dengan sungai Kelang. Aku terus menghubungi driver untuk belok ke kanan arah ke rumah aku di Bukit Saga. Namun kami terkena juga limpahan air di simpang empat besar depan Proton. Terkesan juga dilambung limpahan air oleh lori-lori besar yang samseng lalu di situ. Berkocak-kocak air dan membimbangkan kami semua di dalam kereta.

Alhamdulillah kami selamat sampai di rumah tanpa mengalami masalah yang teruk atau sangkut di mana-mana. Pengalaman untuk kami semua.


Saturday 11 December 2021

Festival Laman Seni 2021


Salah tempat pula .....bukan di Laman Seni 7 rupa-rupanya di Laman Budaya. Nasib baik masih awal lagi sempatlah untuk berpatah kembali ke Tasik Shah Alam. Masa parking pula mendapat masalah. Guard tegur kami tak bagi parking tetapi sebenarnya MBSA dah beri kebenaran untuk parking di situ hanya untuk hari ini sahaja. Persembahan kami bermula pada pukul 12.15 tengahari dan kemudian rehat. 6 buah lagu dapat kami mainkan dan kemudian rehat untuk makan tengahari dan solat.




Sementara menanti jam 6.30 petang aku beri pelepasan kepada anak-anak angklung untuk meronda disekitar tasik dan pastikan berada di dalam kawasan persembahan semula pada pukul 4.00 petang. Dalam pada itu sempat kami join dalam aktiviti Klinik Bermain Drum juga mewarna menggunakan pensil warna bersama-sama Uneh Raja Pensil Warna.





Sedang belajar dipanggil oleh pengurus lantai untuk bersiap-sedia pada pukul 5.00 petang. Dicepatkan sedikit persembahan kami dan hanya mempersembahankan dua bua lagu sahaja. Pilihan lagu kami adalah Kanikuly dan Lagi Syantik.



Hujan lebat semasa kami hendak pulang. Berkejar aku untuk mendapatkan kereta dan parking berhampiran dengan pentas untuk memunggah barang-barang ke dalam kereta. Lencun juga baju dan seluar aku. Jam 6.30 petang selesai aktiviti kami hari ini. Terima kasih kepada anak-anak angklung untuk persembahan hari ini. Cikgu harap persembahan akan datang akan bertambah mantap lagi.