Saturday 29 May 2021

Konsert Bakat Online 2021 JKKN Sabah #3

Kami memerlukan bantuan semua untuk view dan like persembahan kami. Sekarang kami diperingkat ke 3. Sila view dan like video kami di Youtube untuk membolehkan  kami maju ke peringkat ke 4. Jangan lupa untuk share link ni dlm media sosial anda kerana klik rakan-rakan media sosial anda turut membantu.Terima kasih. 

#kitajagakita

#kitabelumenang

#fightcovid19





Wednesday 19 May 2021

Taklimat Pertandingan Nyanyian Pantun

Cuba pula untuk menyertai pertandingan nyanyian pantun budi. Ia sebenarnya di bawah Panitia Bahasa namun kami selitkan juga gemersik angkllung dalam nyanyian ini. Dengan menggunakan lagu latar Zapin Berkasih nyanyian Anne Hamid kami ubah lirik. Taklimat diberikan kepada anak-anak angklung yang mahu terlibat untuk menyediakan video masing-masing. Maklum PKP semua aktiviti smeuanya dalam talian. Berjanji 25 Mei kesemua video dihantar kepadaku untuk di edit.


Setelah mengharungi pelbagai rintangan mengedit video yang banyak ini maka dengan rasminya pada 30 Mei 2021 kami telah menghantar dan mendapat pengesahan penerimaan daripada pihak penganjur.





Saturday 8 May 2021

Quill Fiesta Ramadhan Raya (Santai Seni SWATV)

Bertolak ke Kuala Lumpur bersama-sama dengan 8 orang ahli kelab adan Cikgu CT. Janji bertolak pukul 10.00 pagi tapi terlewat 15 minit oleh kerana kelewatan seorang ahli. Nasib baik berjanjipukul 10.00 pagi bertolak jika pukul 11.00 pagi tak tahulah...lewatlah kami. Jalan pun sempurna ke sana tiada SJR. Sesampai sahaja di sana kami parking menggunakan perkhidmatan valet. Malas nak cari tempat parking dan valet memudahkan kami bergerak masuk ke dalam mall. Terus bersiap-siap apabila tiba sementara menanti Encik Azmi SWATV tiba untuk menguruskan kami. Memakan masa yang lam juga rakaman dan persembahan yang terpaksa dibuat berulang-ulang kali. Namun itu tidak menjadi masalah disebabkan tidak ramai pengunjung dan tiada gangguan daripada mana-mana pihak. Jam 4.00 petang kami berangkat pulang seteah selesai semuanya. Alhamdulillah kami mendapat bekalan berbuka daripada seorang mualaf yang memang sentiasa berada di sana dan sempat juga kami mengadu masalah kami kepada beliau berjanji untuk membantu kami sebaik mungkin.





Rakaman Pertandingan #3

Mahu berlatar belakangkan suasana Hari Raya...berfikir dan berbincang dengan Cikgu CT. Kononnya nak buat di Kelang tetapi PKP pula. Tetiba dalam grup wassap MAUS Encik Azmi menawarkan  sesiapa yang hendak buat rakaman Hari Raya boleh la ke Quill City Mall. Setelah berbincang dengan Encik Azmi dengan panjang lebar maka 8 Mei kami ke sana dengan bantuan kawan Pak Agus sebagai pemandu van dan surat kebenaran keluar daerah dari penganjur.





Wednesday 5 May 2021

Latihan Persembahan Raya

Terburu-buru ke sekolah pagi ini. PKP nak start so barang-barang kena bawa keluar untuk latihan. Cikgu CT dan Saiful membantu. Aku dan CT mengeluarkan pakainan di bilik baju sementara Saiful menyusun atur angklung dan lain-lain alatan yang diperlukan. Terus ke padang futsal Taman Sri Kilat dan memulakan latihan. Selesai lagu-lagu raya dimainkan kami memulakan latihan untuk rakaman. Cadangannya dan memainkan lagu Iman Troye Pejam Celik Pejam Celik Hari Raya namun kekangan masa dan PKP kami mengubah kepada lagu yang dipopularkan oleh Hail Amir dan Uji Rashid, Seloka Hari Raya. Alhamdulillah kerjasama jitu anak-anak angklung yang terlibat membuatkan latihan berjalan lancar. Uncle Sam sempat juga mengintai kami dari jauh dan meninggalkan beberapa nasihat. Terima kasih. Akan kami pegang nasihat itu.





Monday 3 May 2021

Tugasan Sampingan

Ahli-ahli angklung bukan sekadar menghulur tangan untuk mengemersikkan angklung malah digunakan untuk meladeni cenderahati untuk guru-guru sempena sambutan Hari Ibu dan Hari Guru yang bakal disambut pada 16 Mei 2021 nanti. Bagus anak-anak angklung. Syabas!!




Sunday 2 May 2021

K.A.W Prihatin II & Iftar

2 Mei 2021 sekali lagi kami mengadakan aktiviti K.A.W Prihatin lokasi di hadapan sekolah sahaja. Kali ini kami berkolaborasi dengan Kelab Seni Kebudayaan SMK Taman Sri Muda. Guru penasihat yang sama + Cikgu Fauziah. Hujan lebat tidak menghalang aktiviti kami namun kami terpaksa menyerahkan dalam kuantiti yang besar memandangkan cuaca tidak mengizinkan. Alhamdulillah aktiviti kami berjalan lancar dan makanan yang diedarkan laris dipasaran.




Selesai menyerahkan item yang diamanahkan kami bertolak ke Restoran Sotong Besar untuk iftar di sana. Kami dah booking tempat alhamdulliah semua ok walaupun di awal nya terdapat sedikit salah faham. Setelah selesai berbuka 3 orang anak-anak yang terlibat kuhantar pulang sementara cikgu CT menghantar Nadia dan seorang lagi anak kelab Seni Kebudayaan. Moga usaha kami mendapat berkat. InsyaAllah.