Bertolak ke Kuala Lumpur bersama-sama dengan 8 orang ahli kelab adan Cikgu CT. Janji bertolak pukul 10.00 pagi tapi terlewat 15 minit oleh kerana kelewatan seorang ahli. Nasib baik berjanjipukul 10.00 pagi bertolak jika pukul 11.00 pagi tak tahulah...lewatlah kami. Jalan pun sempurna ke sana tiada SJR. Sesampai sahaja di sana kami parking menggunakan perkhidmatan valet. Malas nak cari tempat parking dan valet memudahkan kami bergerak masuk ke dalam mall. Terus bersiap-siap apabila tiba sementara menanti Encik Azmi SWATV tiba untuk menguruskan kami. Memakan masa yang lam juga rakaman dan persembahan yang terpaksa dibuat berulang-ulang kali. Namun itu tidak menjadi masalah disebabkan tidak ramai pengunjung dan tiada gangguan daripada mana-mana pihak. Jam 4.00 petang kami berangkat pulang seteah selesai semuanya. Alhamdulillah kami mendapat bekalan berbuka daripada seorang mualaf yang memang sentiasa berada di sana dan sempat juga kami mengadu masalah kami kepada beliau berjanji untuk membantu kami sebaik mungkin.
No comments:
Post a Comment