Para pelapis masih lagi komited hadir latihan intensif yang dijalankan oleh Cik Farhanis, super dupa senior. Memamg aku lepaskan kepada Farhanis untuk melaksanakan tugasan ini. Saiful Azim turut sama membantu kami. Banyak sudah yang dapat belaja danpelajari dalam 2 minggu latihan intensif ini. Moga mereka akan menjadi pelapis yang berkaliber di tahun 2026 ini. Sempat juga aku ajak mereka melakukan aktiviti berkebun. Hurm...memang mereka memerlukan aktiviti seperti ini...nampak kekok semuanya.
Thursday, 5 February 2026
Monday, 20 February 2023
Projek Tanaman Nanas dan Anggur (Labu pun ada!!!)
Dua hari mengerjakan kebun di belakang bersama-sama Cikgu CT dan dibantu oleh salah seorang ahli kelab iaitu Syazwan. Jadilah dari takde budak kan...bolehlah tolong angkat tayar, tanah...nak harap kudrat kami berdua.....jenuhlah nak siap. Benih labu ditabur oleh cikgu CT pada pokok lemon dan nanas. Sementara nak tunggu hasil keluar katanya. Nak hidup...hiduplah labu. Kalau tak nak hidup....bior jew la....Lebihan tanah sempatlah ditambah ke dalam pasu-pasu yang ada. Baja tahi ayam ditabur pada semua pasu. Bagi kuat dan bercambah bugar. Patutler pokok kunyit aku mati...rupanya aku tanam dalam baja...dek kerana terlalu subur tanahnya sampai mati pokok aku...hahahahaha, kena gelak dengan Cikgu CT.
Monday, 1 March 2021
Kebun Nanas
Masih survive lagi pokok-pokok nanas yang ku tanam. Ada beberapa yang mati dan telah ditanam semula bersama-sama dengan Cikgu CT.
Saturday, 21 November 2020
Melawat Kebun
Seminggu aku tidak ke sekolah. Apa jadi agaknya dengan taman dan kebun yang berada di hadapan Kabin D'Angklung dan kebun nanas yang berada di sebelah Bilik Angklung. So, hari ini setelah walk-walk di Taman Tasik Shah Alam, aku singgah sekejap di sekolah untuk melihat. Alhamdulillah masih bersih dan hidup semuanya.
Thursday, 10 September 2020
4 dalam 1
Petang ini mengendalikan kelas, relif, latihan angklung solo, latihan ensemble dan berkebun. Tepat jadual kelas PdPc berjalan seperti biasa. Murid dipantau dan diajar sambil mengendalikan latihan solo untuk majlis penutup. Latihan sesi pagi juga turut berjalan sambil menjaga kelas 1 Orkid. Setelah selesai mengajar dan merelip mengajak ahli-ahli kelab sesi petang untuk memasang silvershine di kebun nanas kami. Walaupun hujan namun tugasan dapat diselesaikan dengan jayanya. Terima kasih semua atas kerjasama.






















