Showing posts with label angklung. Show all posts
Showing posts with label angklung. Show all posts

Tuesday, 31 March 2026

Tanda Bukti Kemenangan: Antara Angklung dan Akademik

 



Wajah-wajah ceria di gambar ini membawa seribu satu makna yang mendalam. Mereka adalah Joan, Arifah dan Charonnica, tiga rakan karib yang baru sahaja menerima keputusan peperiksaan SPM (Sijil Pelajaran Malaysia). Di tangan mereka, slips peperiksaan dipegang rapi—sekeping kertas yang sering dilihat sebagai penanda aras masa hadapan seorang pelajar.

Tetapi kisah mereka bukanlah kisah kejayaan akademik semata-mata.

Sepanjang tahun persekolahan, ketiga-tiga gadis ini telah menunjukkan keaktifan dan komitmen yang luar biasa terhadap pasukan angklung sekolah. Masa mereka sering terbahagi antara bilik darjah, makmal sains, dan dewan latihan angklung. Mereka adalah lambang keghairahan mereka terhadap muzik tradisional ini.

Angklung Tidak Menggagalkan Mereka

Sesetengah pihak mungkin beranggapan bahawa penglibatan dalam aktiviti kurikulum yang seberat angklung—di mana latihan berjam-jam diperuntukkan untuk mengasah bakat dan ketepatan ton—akan menjejaskan keputusan akademik mereka. Namun, Joan, Arifah dan Charonnica telah membuktikan sebaliknya.

Bagi mereka, angklung bukan sahaja hobi. Ia adalah satu disiplin. Ia mengajarkan mereka tentang fokus, kerjasama kumpulan, ketepatan masa, dan ketabahan. Segala nilai murni ini secara tidak langsung dipindahkan ke dalam usaha akademik mereka. Semangat pantang menyerah dalam menguasai setiap lagu di angklung menjadi motivasi untuk menakluk setiap formula matematik dan teori sejarah.

Lambang Perjuangan Seni Ulung

Di belakang mereka, kelihatan ratusan angklung digantung rapi. Alat muzik buluh ini bukan sahaja sebagai hiasan, tetapi ia adalah saksi bisu kepada titik peluh, pengorbanan masa rehat, dan mungkin juga air mata yang mereka curahkan untuk memastikan seni angklung terus hidup dan bernyawa di sekolah mereka.

Keputusan SPM yang memberangsangkan ini adalah tanda kemenangan yang berganda. Ia bukan sekadar untuk mereka sendiri, tetapi ia adalah pengiktirafan bahawa mereka mampu membawa dua dunia yang berbeza—seni tradisional dan pencapaian akademik—ke kemuncak kejayaan.

Bagi Joan, Arifah dan Charonnica, slip keputusan SPM ini adalah lebih daripada sekadar markah. Ia adalah lambang perjuangan seni ulung dari mereka. Gambar ini akan sentiasa menjadi peringatan: bahawa semangat dan kecintaan kepada seni tidak perlu menjadi pengorbanan kepada cita-cita masa hadapan.

Monday, 20 February 2023

Sumbangan Angklung

Menerima pesanan daripada Whatsapps bertanyakan samada kami memerlukan angklung lagi dan nyatanya mereka ingin menyumbangkan angklung kepada kami. Kecil tapak tangan nyiru kami tadahkan. Namun kami tidak sangka apa yang kami terima merupakan hak milik Almarhuma Waafa binti Abd Kadir. Keluarga mereka menyerahkan angklung tersebut kepada kami dengan amanah digunakan dengan sepenuhnya. Menurut keluarga almarhuma, angklung ini menjadi kesayangan Almarhuma Wafaa. Insya-Allah kami akan menjaga dengan sepenuh hati serta menggunakannya sebaik mungkin dalam aktiviti kami. Terima kasih kepada keluarga Almahuma dan Al Fatihah kami kirimkan kepadanya. Al- Fatihah (dibaca)......






Thursday, 17 November 2022

Hati-hati dengan Angklung

Mengikuti perbincangan dan perbualan dalam GM bersama-sama pakar angklung di Indonesia. Banyak ilmu dan pengetahuan yang aku dapat dalam perbincangan ini walaupun ku ikuti dalam mode senyap. Insya-Allah akanku praktikkan dalam kelas teori dan amali dalam kelab angklungku nanti.




 

 

 

 





Friday, 27 September 2013

Gerai Angklung - Karnival Appresiasi Kokurikulum

Rabu, 25 September 2013. Kelab Angklung membuka gerai menjual makanan untuk memeriahkan Karnival Appresiasi Kokurikulum sekolah.  Jam 8.00 pagi sudah tiba di sekolah dengan bahan-bahan jualan. Mana Aida ni....bayang sorang budak angklung tak nampak pun. Meminta beberapa budak-budak bomba panggilkan Aida. Barulah nampak depa ni.....segera barang-barang disusun....



Setelah budak-budak diajarkan menyediakan roti Zapienka ni....aku tinggalkan dan lihat dari jauh sambil merakamkan aktiviti yang berlaku disekeliling gerai.



Mendapat sambutan roti zapienka dari Poland ni....sedap kata mereka. Simple but delicious. Cepat habisnya tak sempat budak-budak petang menikmati makanan ni. Pukul 2.00 petang kami dah siap berkemas. Kira-kira duit...tak balik modal pun. Jual pun cuma sehengget jer satu...mana tak nyer. Promosi...next time baru nak letak harga, orang dah kenal. Apa-apa pun kami hepi dan sempat juga bermain angklung mencuba skor Sayang nyanyian Shae.



Tuesday, 15 January 2013

Majlis Perkahwinan

Event pertama menyambut tahun baru....jemputan untuk membuat persembahan di majlis perkahwinan pada 12 Januari 2013. Jam 9.00 pagi Pak Agus tiba dengan van kuningnya. Meluru semua anak-anak angklung untuk mendapat port yang best dalam van. Hahahahaa.....semua kena dok belakang. Padan muka.
Berpandukan GPS dalam handphone nokia menuju ke Taman Tasik Seremban. Setibanya di kawasan R n R Seremban, berhenti rehat untuk meneguk milo ais dan makan nasi goreng juga untuk membuang air yang berlebihan dalam pundi. Hanya berehat beberapa minit dan perjalanan diteruskan. Jam 10.30 pagi tiba di taman tasik. Tak sesat. Ok....Big Boss sudah sedia menanti kami di kawasan pakir kereta.
Bertemakan warna purple.....pengantin yang akan kami raikan ini. Sementara menanti tukang pukul jido, kami lepak di sekitar taman tasik dengan ditemani nyamuk. Huhuhuhuu.....tak berapa lama kemudian tukang jido sampai dan kami memulakan latihan menggoyangkan angklung dengan diiringi paluan jido. Pemain jido ini merupakan pelajar dari ASWARA.



Selesai latihan, kami diminta untuk mengisi perut terlebih dahulu. Kenyang lagi rasanya perut kami ni. Tapi......makan sajalah. Rezeki. Sumbat jew! Selesai makan anak-anak angklung mula menukar pakaian persembahan. Bergambar dan bergambar lagi sementara menanti pengantin tiba untuk diarak.



Jam 12.40 kami dipanggil untuk memulakan iringan. Ketukan jido dimulakan maka bermulalah rancangan Hari Ini Dalam Sejarah. Pertama kali pengantin diiringi dengan alunan angklung. Lagu yang dialunkan merupakan lagu Inang Cina yang diubahsuai oleh Big Boss kami Encik Sam.




Sebaik sahaja pengantin duduk di atas buaian pelamin, pengantin mula direnjis.....ade ker? Rasanya pengantin hanya bersalaman dengan sanak saudara pihak lelaki dan perempuan. Selepas bacaan doa lagu Kaulah Segalanya dimainkan. Selesai upacara pengantin mula untuk acara makan beradap. Sebaik sahaja mereka turun, anak-anak angklung berpindah ke bahagian depan tangga pelamin menghadap pengantin yang duduk makan.



Anak Kampung

Kaulah Segalanya

Kenanganku
 
Lagu pertama yang didendangkan ialah Tari Tualang Tiga diikuti dengan lagu Anak Kampung, Ubekkan Denai, Kenanganku dan diakhiri dengan lagu Poco-poco. Ingatkan dah habis, mula mengemas alatan. Big Boss datang dan meminta satu lagu lagi dimainkan semasa pengantin memotong kek. Lagu pilihan....kaparinyo. CD ni plak main-mainkan aku plak. Tekan-tekan lagu P.Ramlee yang keluar.....hishhhhh, nasib baik ok pastu! Kek dipotong.....yum....yum...pengantin pun makan kek.

Budak-budak angklung dok target nak makan cendol...pi pi, cendoi dah habis. Sian...takpe, kami terus kemas barang-barang dan menuju ke Pantai Bagan Lalang. Big Boss pun ikut kami juga. Walawey.....tak sangka. Sampai jerkat pantai.....tak sempat kata apa-apa semua dah hilang dari pandangan kecuali beberapa orang yang nak terkucil berlari mengejar tandas termasuk aku! Jam5.00 petang kami bertolak pulang ke Shah Alam. Menanti anak-anak angklung balik seorang demi seorang. Persembahan yang memberangsangkan dari anak-anak angklung pada hari ini. terbaek!



Monday, 14 January 2013

MKB Peringkat Suku Akhir 2

Pagi selepas sarapan.....kami memulakan latihan menukar gerak tari silat. Bersungguh-sungguh nampaknya anak-anak angklung pagi ni. Mereka sedaya-upaya untuk mengikut juru tari yang tak bertauliah ni mengajar tarian silat, terkangkang sana, terkangkang sini...hah sana....hah sini. Jam 12.00 tengahari kami berhenti rehat untuk makan tengahari dan bersiap untuk ke audiotorium perdana pada pukul 2.00 petang nanti.
Selepas makan dan solat kami mengemas beg-beg dan menyimpan di dalam kereta. Melangkah di bawah terik matahari menuju ke dewan persembahan. Upacara menanti berlangsung sekali lagi di dalam dewan. Biasalah dah 4 hari kami di sini. Sebaik sahaja ahli kombo RTM tiba kami memulakan latihan. kali ini kami diminta untuk mengubah sama ada sebahagian sahaja pemain angklung bergerak dan menggunakan cd sahaja. Tidak menggunakan live band. Tapi kami teruskan juga dengan cita-cita kami untuk menggunakan live band. Latihan dimulakan dan alunan kami masih kurang kedengaran. lemah semangat!
Jam 5.30 petang, latihan berakhir. kami menuju ke kantin sekolah untuk mengisi perut......makan macam-macam jenis diorder dan minuman.....teh tarik! Selepas bersolat kami mula ke  belakang pentas dan menukar pakaian untuk persembahan malam nanti. Ber T-Shirt kuning berjalur hitam dan memakai seluar silat hitam. Belajar mengikat blangkon dengan abg Gege....cantik. Samping dibekalkan oleh crew JKKN Selangor. TQ!
Peserta-demi peserta menunjukkan kemahiran masing-masing. Tibalah giliran kami. Cabaran MC disahut dengan ungkapan ...... hah! Terperanjat MC malah menyuruh mereka mengulangi HAH tersebut sekali lagi. Macam-macam. Semasa alunan angklung dimainkan untuk medley yang pertama....alamak. Ada yang sumbang. Ngape ek? Lantaklah, bukan leh buat apa pun. Best persembahan anak buahku, komen juri agak memberangsangkan....Linda On!
Tapi nasib tidak menyebelahi kami.....tewas dalam pertandingan ini. Apa-apa pun kami sudah berikan yang terbaik....untuk slot ini, untuk sekolah dan juga untuk kelab kami. majulah angklung untuk kami....hahahahahahaha.

Gambar - klik SINI.

Friday, 11 January 2013

MKB Suku Akhir 2 (Hari Kedua)

Bangun seawal jam 6.30 pagi. Pukul 7.00 pagi semua budak-budak angklung diarahkan turun ke bawah. Bersenam.....berlatih sebelum sarapan pagi tiba.



Bersiap-siap untuk mengambil sarapan pagi di lobi asrama. Spaghetti....ulaaalalalaaa, jadi orang Itali pagi ni. Kuih 2 jenis, kuih tradisional. Jadi orang Malaysia semula. Selesai bersarapan kami bersiap-siap untuk membuat latihan. Anak-anak angklung diminta berkumpul kat kantin asrama. Hanya ruang di situ yang agak luas untuk kami gunakan.


Meja dan kerusi disusun ke tepi dan berkumandanglah suara M.Nasir dan band 6ixth Sense kat kantin tu. Terlompat, terpusing.....budak-budak angklung ni buat latihan. Panas.......tingkap dibuka seluas-luasnya. Sewaktu rehat baru nampak suis penghawa dingin. Walawey...ada aircond rupanya. Jari terus menyentuh suis on! Wahhhh, sejuk nyer!



Latihan diteruskan sehingga jam 12.00 tengahari. Anak-anak angklung diminta berehat dan yang bertugas untuk mengambil makan tengahari akan mengambilnya di lobi asrama untuk diagih-agihkan kepada peserta. Jam 2.00 petang anak-anak angklung diminta berkumpul semula untuk bertolak ke audiotorium perdana untuk latihan. Seperti biasa...menanti dan menanti lagi. Urrggghhhhh.......buhsannya. Penat pun iyaaaa........



Pulak tu ada masalah mikrofon pula. Walawey....hal cam gini pun depa tak leh settle ke. Buhsannya. Besaq punya Angkasa pun tak dapat sediakan permintaan kami yang kecil. Baru kami nak pakai live band....bagilah peluang sikit. Letih melayan semua ni.....sampai demam. Minta Uncle Sam hantarkan ubat. Nasib baik Uncle Sam boleh hantarkan. Balik asrama, lepak ngan bebudak jap kat koridor. Cantik pemandangan dari sini. Uncle tiba bawa ubat. Makan.... Lega sikit. Tido!

Amanat Big Daddy

Semasa menjalani latihan terakhir di sekolah Big Daddy sempat memberikan kata-kata perangsang kepada anak-anak angklung Wariseni. Tekun bebudak ni mendengar ceramah Big Daddy. Harap semangat mereka merah menyala selepas ini dan berlaku perubahan yang diharapkan.




MKB Suku Akhir 2 (Hari Pertama)

Tempat berkumpul kami ....... seperti biasa di bangsal sekolah. Jam 8.00 pagi beberapa ahli angklung sudah tiba di sekolah dan mengambil sarapan pagi di kantin. Chekgu juga tidak ketinggalan. Pak Agus tiba seceprti yang dijanjikan. Kami bergegas ke RTM Angkasapuri untuk mendaftarkan diri.
Perjalanan hanya mengambil masa 30 minit sahaja. Ingatkan akan ada halangan jem di pagi hari tetapi alhamdulillah berjalan lancar. Melapor diri di balai pengawal RTM dan diminta untuk terus ke asrama IPPTAR. Menanti di lobi asrama. Sorang pun takde di kaunter. Herm.....musykil! Sementara menanti seseorang yang bertugas datang, sempat juga berkenalan dengan beberapa peserta yang turut terlibat pada peringkat suku akhir ke dua ini.
Tak berapa lama kemudian, Encik Is pun tiba membawa kunci bilik. Setelah kunci diagihkan kami terus bergegas ke bilik masing-masing. Kami diminta untuk berkumpul di Dewan Harmoni semula pada pukul 10.30 pagi. Sarapan telah disediakan di sana. Siap menyimpan beg masing-masing kami ke dewan yang dinyatakan. Makan mee goreng dengan teh tarik.
Seperti biasa, puas menanti berjam-jam, kami diberitahu taklimat akan hanya dibuat pada jam 2.30 petang nanti. Walawey....awat tak beritahu awal-awal. Bebudak angklung sms chekgu yang keluar untuk menguruskan buku bank dan kad pengenalan ahli-ahli angklung yang tiada.
Jam 2.00 petang kami bergegas semula ke Dewan Harmoni. Menanti lagi. Ada ceramah untuk kami. Tajuk ceramah hari ini 'Penampilan Imej Diri'. Bagus juga ya. Banyak ilmu anak-anak angklung ini dapat dalam kelas hari ini. Tak lama kelas ni........hanya satu jam sahaja berbanding dengan masa menanti yang lebih lama.




Selesai kelas untuk petang ini. Jam 8.00 malam kami diminta untuk berkumpul di lobi asrama untuk dibawa ke audiotorium Perdana nanti. Ingatkan g dengan kenderaan ke......rupa-rupanya menapak ke sana. takpe....excersise sket! Berpeluh-peluh juga nak sampai ke sana. Ooooooo.....kat Wisma Radio rupanya. Masa kami buat siaran langsung untuk rancangan SPM di Wisma TV, sebelah dia ajer.



Menanti lagi....dan menanti dan menanti dan menanti. Banyak buang masa dengan menanti. Akhirnya kami diberikan ceramah tentang penggunaan pentas. Kedua-dua penceramahan hari ini dijemput khas dari UiTM, patutlah macam pernah nampak. Bagus sungguh ceramah ini. Rupa-rupanya dalam mengajar anak-anak angklung ini.....telah merangkkumi semua aspek yang diceramahkan secara tidak langsung. Pandai nyer chekgu.....hahahahahaha, dah chekgulah katakan. Habis sahaja ceramah, kami diberikan sedikit taklimat untuk aktiviti esok. Balik dan tidur!