Saturday 31 January 2015

Majlis Perkahwinan Wassiq dan Nurul Bushro

Dah lama dah booking akhirnya tarikh yang dinanti-nantikan pun tiba. Mendapat  msg dari wassiq bertanyakan tentang kumpulan kami ...masih on atau tak ok... Berpandukan kepada Waze menuju ke rumah Wassiq di seksyen 18 Shah Alam. Dekat sahaja rupanya,.....hanya di belakang rumah yang pernah aku sewa biliknya dulu sewaktu baru berpindah ke Shah Alam dan mengajar di Sekolah Pendidikan Khas Vokasional Shah Alam dulu.

Terus membawa barang-barang dan berjumpa dengan tuan rumah. Menyusun alatan dan membuat rehearsal mengiringi pengantin ke meja makan beradap. Selepas itu acara makan beradap pula untuk kami.

Eh...ko amek aku punya angklung ya....?

Haa....lauk ni paling best!

Jajan daripada pengantin
Selepas makan lepak-lepak sekejap......12.30 tengahari bersedia untuk mengiringi pengantin ke khemah majlis. Sempoi jer pengantin ni...



Selesai mengiringi pengantin...bersedia untuk memulakan majlis persembahan. Pada mulanya kami main di hadapan sebuah rumah. namun bila kurang kedengaran alunan angklung maka kami berpindah ke bahagian hadapan Emcee hari ini. Barulah jelas sedikit....walaupun panas kami teruskan jua demi Wassiq!








Selepas berhempas pulas di bawah terik mentari maka berakhirlah kesepuluh buah lagu yang kami dendangkan khas untuk wassiq n familinya. Semoga terhibur.....dan kami balik dulu ya selepas menghabiskan cendol dan bahulu sebalang dibawa lari.



Temasya Selangor 15

Bertolak ke SACC pada pukul 1.45 petang seperti yang dirancang. Perjalanan terpecah kepada dua oleh kerana Encik Agus perlu bergegas pulang untuk menghantar murid lain ke sekolah selepas menghantar anak-anak angklung ke SACC. Mujurlah kami dibenarkan memakirkan kereta di basement mall. Tenang hati memikirkan kenderaan selamat. Uncle Sam belanja kami minum teh o ais limau kat Restoran Only Mee di SACC Mall.



Puas minum mula bergegas untuk mengambil barang di dalam kereta dan menyiapkan alatan untuk persembahan. Masih lagi krew yang sama dan masalah yang sama. Nasib baik kami bawa PA System sendiri. Boleh la juga ditalakan lagu-lagu untuk didendangkan. Kami main ikut suka hati kami....habis 5 buah lagu kami rehat 15 minit. Uncle Sam mula tertanya-tanya mengapa. Jawapan ringkas....krew tu kata jangan terus main...rehat sekejap sekejap....kan....kan....kan....


Habislah 15 lagu kami dendangkan petang itu sehingga pukul 7.00 malam. berehat sebentar bersama Kit Kat!




8.15 malam mula bersiap untuk memulakan persembahan. Dikatakan MB Selangor akan merasmikan temasya dan melawat booth-booth yang ada. Kami meneruskan persembahan demi persembahan. Hujan pun menurunkan air yang dah lama bertakung kat atas tu....mencurah-curah...namun kami teruskan jua mengayun angklung dengan lajunya.







Makin lama semakin lemah dah tenaga budak-budak ni...jam sudah menunjukkan pukul 10.15...namun bayang si Labu tak nampak-nampak. Hujan kejap lebat kejap renyai...sesekali guruh dan halilintar sambar menyambar. Gerun juga kat bawah khemah ni. Last-last packing juga akhirnya. yahuuu.....sempat juga melihat persembahan bunga api.....maka terasmilah Temasya Selangor 15.....dan aku terpaksa memandu ke Kelang malam ini menghantar anak angklungku Ariff yang tinggal di sana. takkan nak suruh dia balik sendiri...Gila kau!

Apa-apa pun persembahan terbaek dari anak-anak angklungku sepanjang petang dan malam itu. Tahniah dan syabas pada kamu semua. Cikgu bangga dengan kamu semua!





Rakaman MHI TV3

Sebaik sahaja sesi latihan tamat, mendapat panggilan daripada Uncle Sam memberitahu krew TV3 mahu datang ke sekolah untuk membuat rakaman untuk siaran dalam segmen MHI di TV3. Percaturan rakaman sudah dibuat tapi disaat-saat akhir Bonda mengkhabarkan berita kurang baik....rakaman tidak boleh dibuat di dalam sekolah maka kami pun beralih tempat ke Laman Budaya dengan kebenaran Bonda.




Sebaik sahaja tiba di Laman Budaya  terus menyediakan peralatan dan bahan untuk latihan. Tanpa melenggahkan masa terus aktiviti dijalankan sementara menunggu krew TV3 tiba. Latihan dibuat untuk majlis perkahwinan Encik Wassiq pada 31 Jan dan Temasta Selangor pada 30 Jan ini.

Apabila perbincangan selesai maka rakaman dimulakan dengan lagu Kancing Suasa. Beberapa kali lagu ini terpaksa dimainkan untuk memuaskan hati perakam video bagi mendapatkan shoot yang terbaik. Sebelum pulang kami merakamkan gambar kenangan bersama pengacara rakaman di hadapan Galeri Shah Alam.



Apa-apa pun kami hepi dengan semua aktiviti yang kami jalankan hari ini. Semua berjalan lancar. Rakaman ini akan disiarkan pada pagi Jumaat 29 Januari 2015 di MHI TV3 pada pukul 7 - 9 pagi.

Petangnya kami meneruskan latihan bersama dua orang bekas ahli angklung yang masih lagi aktif. Hujan lebat menyebakan aktiviti latihan kami ditangguhkan lebih awal. Hopefully mereka dapat bermain dengan baik.




Sunday 25 January 2015

Majlis Penyampaian Anugerah dan Sijil KAW

Setelah berhempas-pulas selama seminggu untuk membuat latihan pada bulan Disember tahun lepas, maka hari yang dinanti-nantikan pun tiba. Majlis ini membuatkan aku tak dapat tidur semalaman. Puas memujuk mata dengan pelbagai cara dan doa, namun perasaan gementar menguasai diri. Entah pukul berapa aku terlelap sedar-sedar pukul 4.00 pagi. Terus bangun dan menyiapkan apa-apa yang perlu. Selepas subuh bertolak ke sekolah. Pintu dewan ku buka luas agar anak-anak angklung tahu bahawa aku sudah sampai. Mula membuat persiapan terakhir dan amanat diberikan kepada event floor manager untuk melaksanakan tugas dengan sempurna. 


Majlis dimulakan agak lewat sedikit daripada yang dirancang kerana menanti Encik Sazali Baharuddin daripada JPS tiba. Sebaik sahaja beliau tiba Amnan pun memulakan pukulan jidur menandakan majlis dimulakan.



Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu negaraku bersama-sama dengan alunan angklung.


Emcee meneruskan acara dengan bacaan doa oleh Ahmad Amnan dan Bonda Pengetua memberikan ucapan dan seterusnya merasmikan majlis.




Persembahan slide ditunjukkan sejurus selepas perasmian dan diikuti dengan persembahan angklung daripada anak-anak angklung Wariseni.




Acara spontan dijalankan dengan mendendangkan lagu Happy Birthday kepada Bonda Pengetua dan jurulatih kami Encik Sam Mat Kous. Mereka tidak menjangkakan sambutan ini.



Seterusnya majlis diteruskan dengan penyampaian sijil graduasi, sijil keahlian, sematan pingat dan sijil penghargaan kepada bekas ahli angklung tingkatan lima 2014.

Sijil Graduasi disampaikan oleh Encik Sam Mat Kous

Cenderamata untuk Encik Sam Mat Kous

Penyampaian Sijil Keahlian oleh Puan Suri Arini

Sematan pingat oleh Bonda Pengetua

Penghargaan untuk bekas ahli kelab disampaikan oleh Encik Ahmad Zainie (PPD)
Dua anugerah khas dibacakan oleh Puan Rohaya Abdul Samad, Guru Penasihat kelab sesi pagi. Anugerah ini disampaikan oleh Encik Sazali Baharudin daripada JPS. Anugerah Most Value Player 2014 dirangkul oleh Muhammad Ariff Ishak sementara Anugerah Seri Gemilang dicapai oleh Nur Amira Shafiqa Rosli.


Most Value Player of the Year 2014 - Muhammad Ariff  Ishak

Anugerah Seri Gemilang - Nur Amira Shafiqa Rosli

Terima kasih diucapkan kepada Encik sazali kerana sudi hadir dan menyampaikan anugerah tersebut. Encik Sam Mat Kous turut sama memberikan cenderamata kepada pihak sekolah kerana sokongan jitu pihak sekolah kepada Kelab Angklung Wariseni sehingga berada ke tahap sekarang.


Sebelum majlis berakhir kami sempat merakamkan kenangan bersama di hadapan pentas. Ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua yang telah menjayakan majlis ini.


Sementara Azizah dan Yasmin membawa tetamu jemputan ke kantin untuk menikmati juadah ringan ibu bapa mula berselfie dengan anak masing-masing. Cikgu pun tidak ketinggalan.