Saturday, 31 January 2015

Rakaman MHI TV3

Sebaik sahaja sesi latihan tamat, mendapat panggilan daripada Uncle Sam memberitahu krew TV3 mahu datang ke sekolah untuk membuat rakaman untuk siaran dalam segmen MHI di TV3. Percaturan rakaman sudah dibuat tapi disaat-saat akhir Bonda mengkhabarkan berita kurang baik....rakaman tidak boleh dibuat di dalam sekolah maka kami pun beralih tempat ke Laman Budaya dengan kebenaran Bonda.




Sebaik sahaja tiba di Laman Budaya  terus menyediakan peralatan dan bahan untuk latihan. Tanpa melenggahkan masa terus aktiviti dijalankan sementara menunggu krew TV3 tiba. Latihan dibuat untuk majlis perkahwinan Encik Wassiq pada 31 Jan dan Temasta Selangor pada 30 Jan ini.

Apabila perbincangan selesai maka rakaman dimulakan dengan lagu Kancing Suasa. Beberapa kali lagu ini terpaksa dimainkan untuk memuaskan hati perakam video bagi mendapatkan shoot yang terbaik. Sebelum pulang kami merakamkan gambar kenangan bersama pengacara rakaman di hadapan Galeri Shah Alam.



Apa-apa pun kami hepi dengan semua aktiviti yang kami jalankan hari ini. Semua berjalan lancar. Rakaman ini akan disiarkan pada pagi Jumaat 29 Januari 2015 di MHI TV3 pada pukul 7 - 9 pagi.

Petangnya kami meneruskan latihan bersama dua orang bekas ahli angklung yang masih lagi aktif. Hujan lebat menyebakan aktiviti latihan kami ditangguhkan lebih awal. Hopefully mereka dapat bermain dengan baik.




No comments:

Post a Comment