Monday, 12 January 2015

Muzium Negara

Niat di hati ingin melawat Muzium Muzik di Bandaraya Kuala Lumpur. Sesampai di Dataran Merdeka....jalan ditutup...jem! Muzium pun belum buka....plan B diambil ke Muzium Negara. Terbabas jalan dan terpaksa membuat U turn. Hurmmm....tak pernah yang smooth. Sebaik sahaja Pak Agus memakirkan kereta terus menuju ke kaunter untuk membeli tiket masuk. Alhamdulillah....percuma untuk semua.





Berminat juga budak-budak ini untuk melihat sejarah di Malaysia.....siap duduk menonton tayangan lagi. Tapi malangnya gambar terlalu gelap.....the subject is too dark.....camera tu cakap! Hahahahhaha.....Terus ke muzium khas...kat sana kena bayaran tapi taklah mahal sangat.







Selepas membeli kacang putih kat aci tepi muzium dan makan ais krim muzium....kami pun beransur pulang ke Shah Alam.

No comments:

Post a Comment