Friday 14 April 2023

Projek Video Raya KAW Team

Berjanji dengan anak-anak KAW Team esok (Jumaat) hadir ke sekolah pada jam 12.30 pm untuk membuat rakaman video raya di PSS. Sampai sahaja di PSS Shafiq, Levialin dan Fenna sudah ada di sana bersama-sama dengan ahli tingkatan 1. Lagu pilihan Cikgu CT iaitu lagu Senandung Raya Untukmu yang dipopularkan oleh Dayangku Intan. Simple sahaja kami buat ikut gaya dalam video viral terdahulu. Siap sahaja edit kami poskan dalam akaun YouTube kami. So, sila la tonton ya, jangan kecam, sajer suka-suka dengan semua.








                                                                            VIMEO

Thursday 13 April 2023

Iftar Kaw Team

Majlis dirancang secara adhoc selepas mendapat sumbangan raya daraipada penaung kelab iaitu Datuk Dr Halizah dari HAR Akademi. Alhamdulillah, perancangan berjalan lancar walaupun jemputan VIP kami tidak dapat hadir dalam menyerahkan sumbangan tersebut. Seronok melihat anak-anak angklung makan dan beramal bersama-sama di dataran. Lagi best super duper senior Fatihah, Fazli dan Riezwan dapat sama-sama meraikan majlis tersebut, terima kasih semua. Insya-Allah panjang usia tahun hadapan kita raikan lagi Ramadhan bersama-sama.








KAW Prihatin 2023

Hari ini agak kelam kabut dalam penyerahan sumbangan kepada murid-murid yang terlibat. Makanan sampai lewat dan driver garb dalam kemurkaan hantar makanan. Apa-apa pun alhamdulillah dapat diagihkan dan selsai penyerahan.






Saturday 8 April 2023

Iftar Bersama BMW Petaling Jaya

 Majlis ini dibawah pengurusan Wariseni Budaya. Encik Sam memaklumkan yang kami perlu berada di sana seawal jam 6.00 petang. Hanya Cikgu CT dan Cikgu Izzakir yang mengiringi 12 orang ahli ke sana. Selama seminggu aku siapkan mereka untuk persembahan ini dengan 18 buah lagu. Selalunya 20 tetapi kali ini disebabkan ada satu lagu medley maka aku kurangkan 2 buah lagu. Menurut Cikgu CT, penganjur tidak mahu volume yang terlalul kuat semasa persembahan. Mungkin kerana ini ada beberapa lagu yang terkehel dimainkan oleh anak-anak angklung, menurut maklumat super dupa senior Aiman. Walaupun begitu, persembahan mereka mendapat pujian dari warga dan tetamu BMW dan sudah pun mendapat tempahan persembahan dari mereka.






Thursday 6 April 2023

Majlis Anugerah Kualiti 2022/2023

Hanya satu sahaja persembahan untuk majlis ini yang mana nyanyian dirangkumi tarian dan diiringi dengan gemersik angklung. Lagu pilihan lagu popular yang didendangkan oleh Ruslan Madun iaitu Lemak Manis. 10 orang penari yang terdiri daripada pelbagai kaum, penyanyinya lelaki dari Kelab Angklung Wariseni iaitu Muhammad Syafiq Ikram dan perempuan dari sesi pagi. Angklung hanya memainkan secara latar di hadapan pentas. Walaupun belajar secara maya dengan Pak Reiza cara memainkan angklung accord, hasil yang diperolehi sungguh memberangsangkan sebagai langkah pertama. Terbaik semua!!!








Monday 3 April 2023

Majlis Pelancaran Minggu Bahasa

Majlsi berlangsung pada 3 April 2023 di Dataran Perpaduan SMK Taman Sri Muda. Peranan kami kecil sahaja di sini ...sebagai penyanyi latar untuk Kelab Seni Kebudayaan. Dua buah lagu didendangkan oleh kami sempena minggu bahasa iaitu Bahasa Menjunjung Budaya dan Bahasa Jiwa Bangsa. Latihan telah dilaksanakan selama satu minggu dan inlah hasilnya. Sekian.