Saturday 26 February 2022

Majlis Tautan Ukhwah Natasha dan Hijaz

Persembahan pertama di tahun 2022 memulakan lembaran baharu kami setelah menghadapi bencana banjir pada 2021 yang lalu. Langkah pertama dimulakan dengan ungkapan alhamdulilah dan bismillah. Perjalanan persembahan berjalan dengan lancar di tempat baharu iaitu di Arena Convention Centre yang terletak di Galeri Mufors, Highway Elite. Tidak kami sangka di dalamnya sungguh cantik dan menarik. memang sesuai untuk majlis perkahwinan.

 

Majlis dimulakan dengan mengiringi mempelai ke pelamin dan diikuti dengan selawat, persembahan dan doa. Kami menguasi pentas disepanjang majlis makan beradap dan sempat memainkan 10 buah lagu. Kami juga mengiringi pengantin untuk acara memotong kek dengan lagu Kaulah Segalanya. Persembahan kami mendapat perhatian beberapa para tetamu namun kami tidak dapat memenuhi permintaan mereka untuk melakukan persembahan pada hari Ahad disebabkan kekangan pemain dan kebenaran ibu bapa. Maaf kami pohonkan. Namun tuan-tuan dan puan puan boleh menghubungi kami untuk membuat tempahan awal. Harga murah-murah......hahahaha.Tiada limit lagu dan masa. Objektif utama kami untuk mendapatkan pengalaman kepada para pemain angklung.




Kami sempat merakamkan ucapan selamat tinggal kepada Cikgu Hamsiah, Cikgu Wan Noraini, Cikgu Norazlina dan Cikgu Riduan Rasul. Namun kami tercicir nama Uztazah Fadzillah. Jangan marah kami ya...kami dan ulang semula buat video khas untuk ustazah.



Kami pooolang jam 3.00 petang bersama-sama Pak Agus yang setia berkhidmat bersama-sama kami. Terima kasih Pak Agus.




Ucapan Selamat Tinggal

Kami tidak membuat persembahan di majlis perpisahan Cikgu Hamsiah, Ustazah Fadzilah, Cikgu Riduan, Cikgu Emie dan Cikgu Azlina Wajah. Kamii hanya dapat buat rakaman ucapan selamat tinggal sahaja. Tahniah cikgu-cikgu, moga cemerlang di tempat baharu.











Monday 7 February 2022

SPM Kohort 2021

 Semoga Saiful, Nadia, Vero dan Hazni berjaya ke menara gading dalam mengejar cita-cita mereka.