Sunday 28 February 2021

Live : Rentak Selangor

Jom tonton Rentak Selangor 2021 yang akan disiarkan pada 28 Februari 2021, 8.30 malam ini!!!! 

Kenali dan nikmati persembahan kebudayaan dari pelbagai budaya di negeri Selangor yang memukau...

Tonton nanti di:

🔸Facebook: Rentak Selangor -> https://facebook.com/rentakselangormy 

🔸YouTube:  Rentak Selangor ->

https://youtube.com/channel/UCHvFaTxt1Vdg4Xa-HWZtGWw

🔸YouTube Warisan Records: https://youtube.com/WarisanRecords

#RentakSelangor

#RentakSelangor2021



 




Mesyuarat Pertama KAW Team 2021

Berjanji dengan anak-anak buah untuk membuat perjumpaan pertama pada hari Sabtu 27 Februari 2021 namun yang hdair dalam talian amat mengecewakan. Akhirnya tarikh dan masa ditunda kepada 28 Feb 2021 pada jam 11.00 pagi. Memberangsangkan! Terima kasih kepada semua dalam menjayakan meeting pada hari ini. Moga aktiviti yang kita rancang berjalan lancar. Amiiinnnn!!!!





Sunday 21 February 2021

SPM Kohort 2020

Selamat maju jaya kami doakan kepada the one and only super dupa senior 2020 Tingkatan 5 dalam Sijil Pelajaran Malaysia. Pelbagai rintangan dialami. Semoga tidak mematahkan semangat untuk ke menara gading. Chaiyok Muhamad Ehsan Idris!



Rakaman : Jelajah Rentak Selangor

Gelabah Hazni bila dia tahu dialah orang yang terakhir tiba untuk ke Sijangkang. Dia memaklumkan ayahnya baharu pulang dari kerja. Kesian...kami tunggu bukan kami tinggalkan. Bukan lewat sangat pun. Sajer bertolak awal untuk menghadapi sebarang kemungkinan sebelum dan semasa dalam perjalanan ke sana. Adalah masa untuk kami mengatasinya, taklah gelabah kan....



Perjalanan mengambil masa 25 minit. Tempatnya mudah dijumpai tetapi disebabkan tak tahu lokasi maka perjalanan kami mengambil masa lebih panjang seikit. Di pertengahan jalan nampak road block polis, tetapi masih belum memulakan tugasan mereka lagi. Tak perlu dibimbangkan kerana kami sudah sedia dengan surat kebenaran untuk bergerak keluar daerah.

Sesampai sahaja di Warisan Sound Hall, kami bersiap-siap memakai busana kami. Setelah itu kami bersarapan. Makan meehun goreng, roti canai dan kuih muih. Lega.....tak perlu nak mencari sarapan lagi untuk anak-anak angklung. Siap makan terus ke studio membuat persiapan dan latihan. Tak lupa...bergambar. Memang aktiviti wajib.



Rakaman memang mengambil masa yang panjang. Bermula dari pukul 10.00 pagi sehinggalah ke 12.00 tengahari baharulah selesai. Semuanya dah kepenatan. Sempat juga kami merakamkan (miming) dua buah lagu untuk promosi iaitu lagu Dikir Puteri dan Koo Kad. Levialin dan Naufal hanya dapat bergabung dalam lagu Koo Kad sahaja kerana tarian Dikir Puteri mereka sudah lupa.


Sesi bergambar sekali lagi diluar bersama-sama tuan punya studio n the gang. Selesai berkemas dan bersalin pakaian kami terus ke meja makan untuk mengisi perut. Lapar weh....penat juga. Siap makan, kami bertolak pulang. Dapatlah 2 tshirt studio untuk kami tambah dalam galeri kami. Bukti bahawasanya kami telah jejak kaki kami di sana!



Saturday 20 February 2021

Webinar : Angklung, Pendami dan Ketrampilan Hidup Abad 21 (Siri 4)

Hari terakhir webinar hari ini. Refleksi dibuat untuk sesi ini. Menarikdan banyak maklumat diperolehi dan dikongsikan bersama-sama dengan pakar-pakar angklung. Diharapkan kai dapat mehyertai lagi aktiviti-aktiviti seperti ini untuk menambahkan ilmu. Terima kasih kepada Encik Mochamad Sani kerana memberikan kami link untuk menyertai webinar ini. Moga segala perkongsian ini dapat diteruskan dikembangkan lagi.









Sesi Bertemu Media : Jelajah Rentak Selangor

Sekolah Sri Pintar di seksyen 7...sekolah apa tu ya? Tertanya-tanya aku. Pak Agus teman setia kami membawa kami ke sana. Malang sungguh kami hari ini di [ertengahan ja;an van Pak Agus mengalami sedikit kesulitan sehinggakan anak-anak angklung terpaksa menolak van ke tepi jalan. Kesiannya mereka namun menjadi pengalaman yang sangat berharga. Tidak semudahnya mudah untuk dicapai dan digapaikan?

Sekolah rendah agama rupanya sekolah ini. Dewannya tidaklah besar sangat tetapi cukup untuk sesi media untuk membuat rakaman program jelajah ini. Cobaan demi cobaan dibuat untuk merakamkan setiap adegan agar semuanya nampak teratur dan sempurna.




Sesi temubual diteruskan dengan Uncle Sam ditemuramah oleh pihak media. Tidak dilupakan juga dua orang wakil kelab Muhammad Saiful Azim dan Zamrina Zahira juga ditemu bual oleh pada media.

Setelah selesai para media pula mengambil peluang belajar memainkan angklung. Dua buah lagu kanak-kanak disediakan oleh Uncle Sam.....Twinkle Twinkle Little Star dan Burung Kakaktua. Setelah itu, kami bersurai pada jam 5.00 petang setelah selesai sesi bergambar. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar.




Friday 19 February 2021

Latihan Persembahan II

Sekali lagi kami mampir di padang futsal Taman Sri Kilat, Seksyen 25 untuk menjalani latihan. Jam 3.00 petang kami memulakan latihan. Nampaknya hari ini semakin baik permainan angklung mereka. Pergerakkan tarian mengikut irama juga semakin bagus. Kami tidak mengambil masa yang panjang untuk menjalani latihan hari ini. Jam 4.25 kami sudah mula berehat dan menikmati minum petang bersama-sama dan kemudian bersurai sebelum kami disuraikan oleh pihak berkuasa.....hahahahahaha....larikkkkkkkk!!!!







Thursday 18 February 2021

Latihan Persembahan

Seawal 6.45 pagi aku dah menunggu Acok untuk kubawa masuk ke dalam sekolah menjalani latihan di kabin bersendirian untuk event Jelajah Rentak Selangor. Kutinggalkan dia berlatih sorang-sorang sementara aku bertugas. Pesanaku setelah pukul 12.00 pack semua item yang diperlukan. Jam 3.00 petang kembali ke area suramh Saiful untuk menjalankan latihan keseluruhan. Nampaknya mereka belum bersedia benar. Setelah beberapa kali mencuba ,rehat, makan dan cuba lagi akhirnya kami mengambil keputusan untuk berlatih sekali lagi esok. jam 3.00 petang. Kita tengok mcmana esok.....




Papan Info KAW Team 2021

 Masih menggunakan hiasan lama. Norma baharu tetapi board masih lama...hahahaha. Dah kena buat sorang2 tanpa bantuan anak murid ginilah jadinya.




Tuesday 16 February 2021

Angklung Wariseni - Lagu Tema Kelab


Angklung Wariseni



Intro

Angklung Wariseni

Waris hari ini

Tunggak seni kami


Angklung Wariseni


Wadah hati kami

Lestarikan seni

 

Korus :

Ayuh kawan semua

Bersama membina

Seni dan budaya kita

Seni dan budaya kita 

 Janganlah kita leka

 

 Angklung Wariseni


Gemersik berbunyi

Menghiburkan kini

 

Angklung Wariseni

Simfoni di hati

 Kebanggaan kami

 

 ~ Tamat ~

 

Ciptaan :

 

Lirik : Norazlena binti Lazim

     Guru Penasihat

K.A.W

 

Melodi & Skor :

1. Encik Fadzil Anuar Ahmad

   Pemusik Bebas

   Kelana Jaya

 

2. Encik Sam Mat Kous

   Pengurus Wariseni Budaya

   Shah Alam


3. Muhammad Aiman Sahiq bin Aris

K.A.W Team Member

Saturday 13 February 2021

ULANGKAJI ASAS TANJAK 1

Kelas bermula jam 9.00 malam tapi aku hanya dapat sertai pukul 10.00 malam setelah anak, menantu dan cucu-cucuku pulang ke rumah. Alhamdulilah. Berkat ulangkaji malam ini aku dapat menyiapkan kesemua tanjak yang dipelajari dan akan dipakai pada 21 Feb 2021 untuk persembahan Jelajah Rentak Selangor. Terima kasih kepada sifu-sifu!





Bengkel Asas Seni Lakon Sesi 2

Tak dapat banyak aku pelajri untuk sesi 2 ini kerana masalah setting laptop dan menyertai aktiviti secara maya 3 dalam satu. Pertama : Kusus Haji Online, Kedua : Seni Lakon dan Ketiga : Webinar Angklung. Sampai pening setting laptop walaupun aku dah menggunakan 2 laptop bersama-sama dengan telefon bimbit. Sudahnya aku hanya dapat merakam aktiviti seni lakon dan akan tonton kemudian. Icon aku dalam video jadi kucing....alahai.



Friday 12 February 2021

Tutorial : Menggunakan aplikasi i-Angklung

Mencuba untuk membuat video tutorial menggunakan aplikasi i-angklung tetapi baharu bahagian 1. Percubaan pertama...masih banyak kelemahan. Akan cuba yang terbaik pula untuk sambungan tutorial nanti.




Webinar : Angklung, Pendami dan Ketrampilan Hidup Abad 2 1Sesi 3

Dikesempatan webinar kali ini kami ditumpukan kepada penggunakan aplikasi i-Angklung. Pembentangan ringkas dan mudah difahami. Adalah diharapkan anak=anak angklung yang menyertai webinar ini akan lebih terbuka minda mereka untuk menggunakan aplikasi ini sebaik mungkin dalam melalui lendami Covid-19 ini. Terutama sekali kepada ahli-ahli tingkatan 2.




Sunday 7 February 2021

Bengkel Asas Seni Lakon bersama-sama Ogy Ahmad Daud

 Walaupun menggunakan GM, namun bengkel berjalan lancar. 1st Ogy buat kelas secara maya setelah berumur 58 tahun katanya.




Saturday 6 February 2021

WEBINAR : Angklung, Pendami dan Ketrampilan Hidup Abad 21 - Siri 2

Banyak maklumat yang diperolehi dalam siri dua mengenai kegiatan bermain angklung secara ensemble. Pertama kepada perkembangan otak dan kedua kepada perkembangan fisikal serta hubungan dengan orang lain. Rugi sesiapa yang tidak menyertai webinar ini.




Friday 5 February 2021

Konsert Bakat Online@JKKN Sabah 2021

Maklumat daripada Zaini Bayang dan mengalakkan kami menyertai pertandingan ini. Cuba sahajalah hantar borang dan video untuk peringkat saringan ini. Ada luck boleh masuk peringkat seterusnya. Jangan lupa untuk like video kami sekiranya keluar dalam youtube JKKN Sabah nanti ya.




Thursday 4 February 2021

Latihan Menggunakan Aplikasi i-Angklung dan Real Angklung/Sarinande

Semalam setelah mencuba dan gagal....hari ini kami mencuba lagi setelah berlatih sendirian menggunakan aplikasi ini. Baharu tahu dan faham. Saat untuk turunkan pada anak-anak angklung. Namun begitu, perjalanan latihan tidak berapa lancar kerana hanya beberapa ahli sahaja yang boleh join. Tetapi ada peningkatan dan kemajuan penggunaan aplikasi yang digunakan. Syabas semua. Kita akan teruskan aktiviti ini pada minggu hadapan.




Wednesday 3 February 2021

Pengenalan kepada Virtual Angklung

Baharu nak cuba menggunakan angklung virtual : i-Angklung, Real Angklung dan Sarinande. Memang banyak rintangan. Maklum semuanya masih baharu dalam norma baharu ini. Menggunakan cara ini pula untuk anak-anak angklung terutama pelapis tingkatan 1 dan 2. Mereka sesungguhnya banyak ketinggalan. Diharapkan dengan cara ini dapat meningkatkan keupayaan dan komitmen mereka.