Gelabah Hazni bila dia tahu dialah orang yang terakhir tiba untuk ke Sijangkang. Dia memaklumkan ayahnya baharu pulang dari kerja. Kesian...kami tunggu bukan kami tinggalkan. Bukan lewat sangat pun. Sajer bertolak awal untuk menghadapi sebarang kemungkinan sebelum dan semasa dalam perjalanan ke sana. Adalah masa untuk kami mengatasinya, taklah gelabah kan....
Perjalanan mengambil masa 25 minit. Tempatnya mudah dijumpai tetapi disebabkan tak tahu lokasi maka perjalanan kami mengambil masa lebih panjang seikit. Di pertengahan jalan nampak road block polis, tetapi masih belum memulakan tugasan mereka lagi. Tak perlu dibimbangkan kerana kami sudah sedia dengan surat kebenaran untuk bergerak keluar daerah.
Sesampai sahaja di Warisan Sound Hall, kami bersiap-siap memakai busana kami. Setelah itu kami bersarapan. Makan meehun goreng, roti canai dan kuih muih. Lega.....tak perlu nak mencari sarapan lagi untuk anak-anak angklung. Siap makan terus ke studio membuat persiapan dan latihan. Tak lupa...bergambar. Memang aktiviti wajib.
Rakaman memang mengambil masa yang panjang. Bermula dari pukul 10.00 pagi sehinggalah ke 12.00 tengahari baharulah selesai. Semuanya dah kepenatan. Sempat juga kami merakamkan (miming) dua buah lagu untuk promosi iaitu lagu Dikir Puteri dan Koo Kad. Levialin dan Naufal hanya dapat bergabung dalam lagu Koo Kad sahaja kerana tarian Dikir Puteri mereka sudah lupa.
Sesi bergambar sekali lagi diluar bersama-sama tuan punya studio n the gang. Selesai berkemas dan bersalin pakaian kami terus ke meja makan untuk mengisi perut. Lapar weh....penat juga. Siap makan, kami bertolak pulang. Dapatlah 2 tshirt studio untuk kami tambah dalam galeri kami. Bukti bahawasanya kami telah jejak kaki kami di sana!
No comments:
Post a Comment