Kelas bermula jam 9.00 malam tapi aku hanya dapat sertai pukul 10.00 malam setelah anak, menantu dan cucu-cucuku pulang ke rumah. Alhamdulilah. Berkat ulangkaji malam ini aku dapat menyiapkan kesemua tanjak yang dipelajari dan akan dipakai pada 21 Feb 2021 untuk persembahan Jelajah Rentak Selangor. Terima kasih kepada sifu-sifu!
Saturday, 13 February 2021
Sunday, 30 August 2020
Bengkel Pengenalan Destar, Tanjak & Tengkolok
Biasanya murid yang datang ke sekolah untuk menuntut ilmu tetapi hari ini cikgu pula yang mencari ilmu. Jam 8.00 pagi bertolak ke Subang dengan penuh harapan. Jam 8.45 tiba ke destinasi yang asing takut juga dengan sekekliling agak serabut. namun setekah terjumpa seorang peserta dan bertanyakan adakah betul destinasi aku ini, aku bertambah yakin.
Jam 9.15 pagi setelah siap mendaftar kami dibawa ke blok sebelah untuk peserta tahap satu. hari ini kami telah diajarkan untuk mengarang 7 jenis destar, 2 jenis tengkolok wanita, 3 semutar dan 5 cara untuk mengikat samping dengan betul.
Hanya aku seorang sahaja wanita di dalam bengkel tersebut namun masih dilayan sama oleh para peserta termasuklah jurulatih. Semoga aku dapat memanafaatkan ilmu yang dipelajaeri hari ini dalam kelab aku nanti. Insyallah.







