KAW Team menampilkan persembahan lagu-lagu patriotik semasa di Hotel Palm Garden pada 8 Ogos 2026 yang lalu.:
Persembahan Muzik Tradisional: Para pelajar membuat persembahan muzik menggunakan alat muzik angklung. Murid lelaki memakai baju Melayu merah bertongkol/songkok, manakala murid perempuan mengenakan pakaian hitam dengan tudung hijau muda yang seragam.
Fokus Persembahan: Kelihatan para pelajar memainkan angklung dengan tekun mengikut nota muzik pada music stand yang disediakan di kawasan persekitaran bertema tradisional/terbuka.
Sesi Jamuan dan Rehat: Selepas atau sebelum persembahan, para pelajar dan pengiring menikmati hidangan makanan bersama-sama di ruang makan meja bulat/segi empat di dalam restoran.
Persembahan Muzik Angklung: Kumpulan persembahan (KAWTteam) sedang mempersembahkan muzik tradisional menggunakan alat muzik angklung.
Busana Tradisional: Para pemuzik memakai pakaian seragam yang kemas—kemeja putih, kain/samping batik berwarna merah/merah jambu, serta topi bagi lelaki.
Pengisian Lagu: Persembahan membawakan gabungan lagu-lagu patriotik yang diselang-selikan dengan lagu-lagu semasa dan evergreen sebagai halwa telinga serta hiburan buat para tetamu hotel.
Lokasi Persembahan: Persembahan dijalankan di kawasan persekitaran ruang makan/teras Palm Garden Hotel (Sudut Kopi Dulu).
Aktiviti Sampingan
Sesi Menikmati Hidangan: Mereka juga kelihatan berehat dan menikmati hidangan bersama-sama di meja makan ruang restoran hotel.
Pertandingan ini telah dicadangkan olehPenolong Kanan Kokurulum Puan Raja Arbaiyah binti Raja Ahmad dalam mesyuarat yang lalu. Maka aku terus menguar-uarkan pada semua ahli. Terkumpullah 5 orang ahli dari tingkatan 1 dan 5 orang dari tingkatan 2 hingga 5. Tahniah kerana menyahut cabaran cikgu dan sekolah serta negara. Mereka akan memainkan lagu-lagu patriotik. Tingkatan 1 lagu yang dicadangkan memang senang iaitu lagu Oh Malaysia yang dinyanyikan oleh Anneke Gronloh. Sementara lagu Perwira, Gemilang dan Bahtera Merdeka merupakan pilihan lagu untuk senior. Juri insyallah kami akan import dari Indonesia. Tunggu surat...jika diluluskan oleh pihak sekolah.
Pagi...latihan tarian bersama abang Bard....selama 3 jam. Berat sungguh kaki budak-budak ni. Kaki cam robot. Apa-apa pun boleh digilap bakat budak-budak ni. Mereka pun memberikan kerjasama yang sungguh baik kepada abang Bard dan rakannya.
Pukul 4 petang bertolak pula ke Putrajaya untuk membuat persembahan di Alamanda Shopping Centre pada pukul 6.30 petang nanti. Setelah kereta di pakir anak-anak angklung mengeluarkan alatan dan dibawa naik ke perkarangan The Hub. Nampaknya pasukan band dan koir dari sekolah lain sedang membuat rehearsal. Kami hanya menonton dari jauh.
Lebih kurang pukul 6.50 petang baharulah kami dapat memulakan persembahan. Mulanya nak main lagu patriotik satu tetapi tetiba tak jadi lak. Kami teruskan dengan perancangan kami. Hanya 5 buah lagu sahaja yang kami dendangkan hari ini. Selepas itu acara bergambar sakan bersama-sama dengan Band dari Victoria Institute dan pasukan koir SMK Port Dickson.
8.30 malam bertolak pulang ke Shah Alam. Makan malam di KFC Bukit Kemuning sebelum menghantar anak-anak angklung pulang ke rumah. Terima kasih semua.