Saturday 29 July 2023

Majlis Apresiasi Seni 2022/2023

Alhamdulillah...walaupun mempunyai pelbagai rintangan sebelum majlis, namun di hari kejadian semuanya berjalan lancar. Berlaku juga kesilapan kecil sana sini.....namun anak-anak seni telah menjalankan tanggungjawab masing-masing dengan sempurna. Mereka telah memberikan kerjasama yang amat baik. Majlis ini julung-julung kali diadakan gabungan dua kelab dibawah pimpinan guru yang sama iaitu aku, Cikgu CT, Cikgu Poziah, Cikgu Asnur dan Cikgu Izzakir. InsyaAllah kami akan cuba untuk meraikan lagi anak-anak seni tahun depan pula. Tahniah kepada pemenang anugerah khas iaitu Levialin Jais, Farhanis, Syafiq dan Haidil. Trofi Lomba Anglung LabSchool Labamboos turut disampaikan sekali oleh VIP kepada Pengetua Datul Kagendran dalam majlis ini.





 

















Tuesday 25 July 2023

Mesyuarat MAS 2022/2023

Kolaborasi antara KAW Team dengan Kelab Seni Kebudayaan. Mesyuarat untuk memaklumkan tugasan dan peraturan majlis kepada ahli-ahli yang terlibat. Majlis yang julung-julung kali diadakan dan berharap akan dapat diteruskan untuk tahun-tahun mendatang.





Saturday 22 July 2023

Majlis Anugerah Kecemerlangan Akademik

Peranan kami kali ini kecil sahaja iaitu mengiringi VIP dari Bilik Koperasi ke Dataran Perpaduan. Nada yang kami gunakan merupakan nada Gendang 9 yang dicadangkan oleh Charonnica Inson. Tahniah semua berjaya mengirin VIP.



 



Wednesday 19 July 2023

The Last Mohican : Encik Tumian Muridan

Beliau merupakan pembuat angklung terakhir di Malaysia. Kehilangannya nanti satu kehilangan yang amat besar kepada negara. Siapakah yang akan mewarisi kemahiran beliau ini nanti?



Tuesday 18 July 2023

Mesyuarat Agung Tahunan Luar Biasa PACSU

Booking lama dah dibuat oleh adik aku, Juliana untuk majlis ini. Persiapan dibuat pada saat-saat akhir disebabkan aku tersalah percaturan menggira minggu. Nasib baik budak-budak alert. Kesemua 14 orang ahli angklung yang kubawa adalah senior. Tak sempat untuk aku melatih junior pada kalil ini disebabkan percaturan yang salah.


Sampai di dewan, terus aku membuat persiapan di tepi dan kemudian berehat di bilik VIP yang dibenarkan untuk kami rehat sementara menunggu majlis berlangsung. Bersarapan dengan mee goreng, karipap dan donut. Air mineral sahaja. Alhamdulillah.

Jam 11.00 pagi kami bersedia untuk memulakan sambutan tetapi pada jam 12.00 tepat baharulah angklung bergemersik di dalam dewan IPK ini. Lagu iring yang kami gunakan tema James Bond. Selesai iring kami berundur untuk mendengar perasmian majlis. Selesai perasmian sewaktu sesi bergambar berlangsung kami bersedia untuk menghiburkan para tetamu. Lagu lejen kami mulakan iaitu lagu Getaran Jiwa. Terpana dan terpaku semua orang dengan alunan angklulng kami.





Majlis selesai jam 2.00 petang dan kami pun mengundurkan diri dengan dibekalkan makanan yang melinpah ruah dan beg sebagai cenderahati dari PACSU. Terima kasih daun keladi. Jangan serik panggil kami lagi.




Thursday 13 July 2023

Silat Sembah

Latihan ini dibuat untuk majlis yang akan dibuat pada 29 Julai 2023 nanti iaitu Hari Apresiasi Seni 2022/2023. Terima kasih kepada Hazwan keran sudi memberikan tunjuk ajar kepada kami. Sekajap sahaja kami dapat melakukannya. Lagi pun ia hanya mengambil masa 45 saat sahaja. Perancangan akan dibuat bila masa pergerakkan ini akan disembahkan.



Saturday 8 July 2023

Tautan Ukhwah 2 Mempelai : Azrai & Maryam /Azmir & Nadzirah

YM Raja Arbaiyah...lama dah booking kami. Group ini diiringi oleh Cikgu CT dan Cikgu Izzakir. Somi Cikgu CT tolong hantar pagi ini sebab aku ke Salak Tinggi. Tiada apa yang dapat ke ceritakan di sini sebab aku tiada...maka biaralah gambar yang bercerita.










Karnival Wanita Madani Zon Selatan

Menerima whatsapp daripada Mukhlis WBS meminta kami untuk majlis tersebut pada 8 Julai 2023 di BBST@Walk. Ligat memikirkan untuk membahagikan KAW Team kepada dua kumpulan. Kuhubungi para senior dan alhamdulillah Acok, Annur dan Patrina boleh membantu. Seawal jam 7 pagi kami bergerak ke Salak Tinggi dengan menggunakan Van Pak Agos sahaja. Sesampai di sana kami terus menyediaakan alatan dan membuat sedikit rehearsal untuk sound check dan iringan lagu Wanita Berdaya...lagu tema WBS.




Siap berkemas, kami ke gerai makan untuk mengalas perut. Nasi lemak dan teh ais menjadi pilihan anak-anak KAW. Kubelikan juga apam balik sebagai pencuci mulut. Tepat jam 9.30 pagi kami memulakan persembahan. lagu-lagu lama......semua lagu melayu. Lagu-lagu yang kami mainkan semasa pameran buku antarabangsa di PWTC, KL.




Jam 11.00 pagi kami menunggu untuk iring VIP tetapi VIP terus lalu tepi kami....hahahaha makanya kami hanya mainkan lagu tema WBS sahaja di pentas. Selesai job kami pagi ini dan terus berkemas untuk ke seksyen 7, Shah Alam.





Tuesday 4 July 2023

Kelab Angklung PPKI SMK SS17 (Sesi 3)

Hari ini aku bertolak tanpa Shaqila ke SS17. Dalam kepaa ligat memikirka bagaimana untuk melaksanakan tugasan sambil memandu. Sampai sahaja aku disambut dengan senyum tawa anak-anak PPKI. Terus kumulakan kelas dengan mengagihkan angklung dan membuat ulangkaji lagu Negaraku. Setelah itu ku buka lappy ku untuk kupaparkan skir lagu medley Bintang Kecil dan Burung Kakaktua. Lagu peberet untuk kelas permulaan. Agak pantas juga mereka menerima pengajaran dan pembelajaran hari ini ....cuma keaktifan mereka agak sukar dikawal. Lebih baik begini dari mereka diam sahaja kan......Kelas ku tamatkan dengan berjanji kepada mereka untuk mengajar lagu Isabella dan Tak Ingin Usai di kelas yang akan datang.