Sunday 30 March 2014

Karnival Mesra Penduduk Taman Sri Kilat

29 Mac hari Sabtu menuju ke Dewan Taman Sri Kilat Seksyen 25, Shah Alam untuk membuat persembahan perasmian Karnival Mesra Penduduk di sana. Budak-budak ni sesat barat ke dewan besar seksyen 25 pulak dah,......kata tahu tadi. Puaslah aku, Arham dan Amnan mengeledah alatan untuk persembahan. Tu la tak nak dengar cakap orang tua....kan Allah dah tunjuk. Hati-hati Tuhan balas tunai sekarang....no credit card ya....sori sape yang terasa. Sape soh makan cili padi tadi.


Setelah diberikan taklimat serba ringkas, anak-anak angklung menanti....seperti biasa sesi bergambar dijalankan. Kemudian acara mengisi perut. Dijangkakan persembahan kami bermula pada pukul 8.30 pagi....tapi perasminya tak nampak-nampak lagi. Menjadi kebiasaan. Penantian......menanti.....menunggu....dan terus setia menanti.



Akhirnya orang yang ditunggu-tunggu pun tiba. Kami bersedia untuk memulakan persembahan, sebaik sahaja bacaan doa selesai kami bersedia untuk memulakan persembahan. Hanya tiga buah lagu akan didendangkan iaitu lagu Tari Tualang Tiga, Bintang Kecil dan Wau Bulan. Lagu-lagu ini telah diajarkan kepada pemain junior dan kebetulan empat orang pemain angklung junior dipilih untuk menyertai persembahan kali ini.

Aturcara Majlis
 







Setelah selesai kami pun berkemas dan beredar untuk membuat persiapan persembahan di Petaling Jaya pada 30 Mac 2014. Tetapi malam tadi mendapat call daripada Uncle Sam semua aktiviti berbentuk hiburan dibatalkan atas arahan menteri untuk menghormati MH370. Gelabah juga aku kerna perlu menghubungi anak-anak angklung yang terlibat. Mujurlah surat kebenaran ibu bapa ada dalam tangan. Senanglah sikit kerja aku. FB pun banyak membantu. Persembahan tersebut akan dilangsungkan pada bulan April nanti. So....tungggu!

Wednesday 26 March 2014

Kertas Kerja Membina Mercu Tanda

Di bawah merupakan salinan kertas kerja untuk membina satu mercu tanda kelab sebagai penghargaan dan 'benchmark' kepada sekolah. Diharapkan para dermawan dapat memberikan sumbangan untuk merealisasikan impian ini.

KERTAS KERJA MEMBINA MERCU TANDA

1. LATARBELAKANG

Kelab Angklung Wariseni SMK Taman Sri Muda telah ditubuhkan pada 11 Oktober 2011 atas inisiatif Guru Penasihat Kelab yang menubuhkan kelab ini dengan bantuan kewangan daripada Persatuan Ibu Bapa dan Guru sekolah untuk membeli set angklung yang pertama. Walaupun baru berumur setahun jagung namun   kelab ini telah mendapat jemputan untuk membuat persembahan di majlis Rumah Terbuka Sambutan Tahun BaruCina pada bulan Februari 2012. Bermula dari sinilah kelab bergerak dengan lebih aktif dengan membuat pelbagai persembahan baik di dalam mahu pun di luar sekolah. Penglibatan ini menyebabkan nama sekolah terukir di bibir orang ramai yang melihat persembahan kelab ini. Secara tidak langsung imej dan reputasi sekolah turut berkembang bersama kelab. Oleh sebab inilah pihak sekolah bercadang untuk menjadikan kelab angklung ini sebagai ‘benchmark’ sekolah.

2. MATLAMAT/ MISI

Kertas kerja ini dibuat bertujuan mencari sumbangan kewangan dari pihak luar agar pihak sekolah dapat membina satu mercu tanda kelab angklung sebagai penghargaan kepada ahli-ahlli kelab yang giat berlatih untuk menaikkan nama sekolah dan mengekalkan muzik warisan supaya tidak lapuk dek zaman serta masih dimainkan oleh generasi kini.

3. OBJEKTIF

3.1  Membina satu mercu tanda agar masyarakat setempat mengenali sekolah           
       dengan imej yang tersendiri.
3.2  Meningkatkan motivasi ahli-ahli Kelab Angklung Wariseni 
     SMKTSM agar berlatih dalam keadaan yang lebih seronok dengan 
     adanya mercu ini sebagai paenghargaan kepada mereka.

4 IMPLIKASI

4.1 Melalui projek yang dijalankan, ia akan meningkatkan rasa kecintaan yang tinggi              
      bagi mengangkat nama SMKTSM  ke tahap yang lebih tinggi,
4.2 Memantapkan semangat fizikal dan mental ahli-ahli kelab ke arah melahirkan     
      generasi yang bersemangat tinggi dan optimis.

5. SKOP PERMASALAHAN

5.1 Memerlukan bantuan kewangan untuk membeli bahan-bahan pembinaan.
5.2 Mendapatkan kontraktor yang dapat membina mercu tanda dengan kos yang  paling minima.

6. CADANGAN PROJEK DAN ANGGARAN KOS


Bil
Projek
Skop projek
Anggaran kos
1
Membina mercu tanda.
Kerja-kerja membekal bahan dan membina mercu tanda.
Bahan: Batu bata, simen, papan, kayu, pvc, lencana sekolah, logo kelab
RM5,000.00



7.  CONTOH MERCU TANDA


8. SASARAN
    Menyiapkan projek sebelum bulan Ogos 2014.




Disediakan oleh,                        Disemak oleh,

                      
……………………....................           ………………….........................
(NORAZLENA BINTI LAZIM)           (SURI ARINI BINTI SAMSURI) 
Ketua Guru Penasihat                              Pen.Kanan Kokurikulum
Kelab Angklung Wariseni                        SMK Taman Sri Muda 
SMK Taman Sri Muda Shah Alam



Disahkan oleh,

..........................................
(NORLILA BINTI OMAR)
 Pengetua
 SMK Taman Sri Muda
 Shah Alam

Kepada para dermawan yang ingin menyumbang dan ingin mendapatkan maklumat lanjut bolehlah menghubungi Guru Penasihat Kelab Angklung Wariseni di talian yang dinyatakan di bahagian kanan blog ini. Terima kasih.

Tuesday 25 March 2014

Tangkap Gambar : Sebuah Dokumentasi

Persembahan yang tidak dirancang sama sekali. Uncle Sam mendapat jemputan untuk majlis perasmian di Galeri Shah Alam dan beliau telah mencadangkan kami untuk membuat persembahan promosi depan Menteri Besar Selangor. Kali kedua bagi kami membuat persembahan live depan MB. Seperti biasa van Encik Ariffin akan mengambil kami tetapi pemandunya anak Encik Ariffin iaitu Ariff. Bertolak tepat jam 9.30 pagi menuju ke Galeri Shah Alam.


Kad Jemputan
Punyalah gelabah....ingatkan dema dah sampai dulu. Rupa-rupanya aku yang mencanak sampai kat galeri dengan Arham. Ulalalala....mula memunggah barang-barang turun dan meminta anak-anak angklung membawa ke ruang persembahan. Uncle Sam telah sedia ada membantu anak-anak angklung menyusun atur dan memberi sedikit taklimat sebelum persembahan. Hari ini persembahan secara santai sahaja. Buat sound check ala kadar sahaja...almaklum guna sound system sendiri jer kali ni.




Apabila MB tiba kami bergegas masuk ke dalam bilik untuk mendengar ucapan perasmian daripada MB. Jenuh juga kena berdiri. Ramai juga orang yang mendengar dan mengambil gambar dalam galeri ni. Budak-budak tu apa pahamnya ek......



Selesai perasmian kami bergegas keluar bersedia untuk membuat persembahan. Satu demi satu lagu dimainkan sementara menanti MB keluar. Sebaik sahaja beliau mendekati kami berdiri dan bersedia untuk snap snap gambar bersamanya. Seronok betul budak-budak ni nampaknya. Aku tumpang dua kaki depan mereka.....ambil gambar jer.


Kebetulan lagu yang akan kami dendangkan depan MB lagu Hindi.....Kal Ho Na Ho...hentam sahajalah Labu! Kyusuk juga tengok MB mendengar alunan lagu ni....Kami meneruskan persembahan walaupun MB sudah masuk ke ruang galeri yang lain. Anak-anak angklung tingkatan 1 turut sama hadir untuk melihat abang dan kakak mereka membuat persembahan.




Sebaik sahaja MB bergerak keluar dari Galeri Shah Alam anak-anak angkung menghentikan mainan angklung. Makan time! Waktu untuk memenuhkan perut dengan makanan. 



Tiba giliran anak-anak tingkatan 1 menunjukkan bakat mereka.....latihan kepada mereka sebab sepanjang minggu ini tiada latihan dibuat. Ini adalah kerana minggu ini adalah minggu ujian.


Apa-apa pun tahniah kepada mereka....kerana dapat hadir ke Tasik Shah Alam. Satu komitmen yang tinggi ditunjukkan. Moga latihan intensif minggu depan dapat meningkatkan lagi kemahiran mereka. Chaiyok chaiyok!

Tuesday 18 March 2014

Tutor Genius Utusan Malaysia

Akhirnya dapat juga naskah suratkhabar keluaran Disember 2013. Terima kasih kepada Puan Norizan daripada Utusan untuk mendapatkan naskah tersebut. Inilah hasil wawancara kami bersama beliau.



SKF Long Service Award

Mengulangi perjalanan ke Putrajaya sekali lagi menuju Hotel Shangri-La. Persembahan pada kali ini kelab menggunakan ramai khidmat anak-anak angklung tingkatan 2.  Satu ujian buat mereka yang hanya dibantu oleh 5 orang ahli senior. Perjalanan berjalan lancar walaupun pagi ini agak berjerebu sedikit. Kami disambut oleh staf hotel dan mengarahkan kenderaan kami ke kawasan yang dikhaskan. Mengangkat alatan ke dewan serta mendengar taklimat daripada big boss kami Uncle Sam.

Dengar baik-baik..siapa silap..pancung!
Siap.....lepak king di luar dewan sambil berbual-bual kosong. Sejuk la plak...asyik terkucil jer ni! Sebelum memulakan persembahan, seperti biasa solek menyolek time. Then...get ready untuk menyambut VIP masuk ke dalam dewan.

Memainkan lagu Angklung Sambutan

Hadirin berdiri memnghormati VIP
Selesai menyambut tetamu, kami pun menuju ke Cafe untuk mengisi perut...lapar kang! Sejuk plak kat sini...lagi la melampau-lampau laparnya. Sempat bergambar lagi....




Bersedia untuk persembahan setelah megenyangkan perut. Menanti....salah satu hobi kami sejak menyertai kelab angklung ini....lalalalalala. Tak lama kemudian kami pun dipanggil untuk memulakan persembahan...yey!


Di akhir persembahan....para tetamu diajak bersama untuk memainkan angklung...lagu pilihan lagu medley Bintang Kecil dan Burung Kakaktua. Mereka dibantu oleh pemain-pemain kelab. Uncle Sam mengajar para tetamu cara-cara memegang angklung dengan betul dan menggoyangkannya.



Inilah hasilnya....


Selesai persembahan kami bertolak pulang ke Shah Alam....singgah seksyen 2 untuk menikmati ABC dan makan sekali lagi. Lapar lagi weyh....Thank you all!



Wednesday 5 March 2014

Klip-klip Persembahan kelab sepanjang tahun 2011 - 2014 (Januari)







KLPac

Persembahan mengejut pada 4 Mac 2014 di KLPac...tempatnya pun pertama kali aku dengar.  Cuba survey tempat dengan google map....ada, tapi tak pasti. Jam 3.45 bertolak ke KL dengan menaiki van Pak Ariffin. Sampai di bulatan aku dan van Pak Ariffin terpisah...cis tersesat aku gamaknya! Berpacaran dengan Arham dalam kereta mengelilingi bandaraya Kuala Lumpur. Setelah sesat barat entah ke mana....call Pak Ariffin bertanyakan panduan. At last sampai gak kami....lalalalalala.

Barang-barang dipunggah dan dibawa ke restoran terus disusun dengan kemas. Memulakan uji suara yang tak seberapa sound pun. Memainkan lagu-lagu cina. Setelah siap bergerak ke kedai mamak untuk menikmati makan malam. Punyalah slow servis kat sini...plak tu yang diorder macam bukan jer...cam x best jer....cam masin jer.....Rezeki dah depan mata, makan jer la...bismillahirramanirahim.





Selesai makan bergerak semula ke Samira by Asian Terrace. Kami disambut oleh Encik Alan...pengurus majlis. Setelah makeup ala kadar bersedia untuk memulakan persembahan. Persembahan pertama kami berjalan lancar.....tapi nak jadi cerita persembahan kedua kami lagi meriah rupanya. Dahlah minus one Wau Bulan kami salah......bantai jer main budak-budak ni.....plak tu guest mula join kami main. Lihatlah reaksi mereka....Gud job girls and guys. Proud of you all's!