Showing posts with label keramat mall. Show all posts
Showing posts with label keramat mall. Show all posts

Wednesday, 20 January 2016

Majlis Perkahwinan Dewan Perdana Keramat Mall (Siri Jelajah Angklung)

Pagi ini bertolak ke KL siri jelajah angklung meluaskan jangkauan. Menghiburkan tetamu yang diundang dalam majlis perkahwinan. Membuat latihan dan persiapan sebelum memulakan persembahan. Uncle Sam tak jemu-jemu menghulurkan bantuan dan panduan kepada anak-anak angklung. 


Kemudian bersedia untuk membuat sound check. Kami gunakan lagu Sam Smith untuk menguji bunyi angkllung yang paling tinggi nadanya iaitu 2"#. Makeup sikit dan memakai samping serta selimpang untuk tampak lagi gah dan bergaya.




Kemudian makan time. lapar dowh...tak sarapan dari pagi tadi ni.


Sesi bergambar depan dewan.


Kemudian bersedia untuk membuat persembahan tepat pada pukul 12.00 tengahari. Antara lagu yang dibawa Betapu Kucinta Padamu dan Mak Siti. Lagu-lagu yang banyak kami mainkan lagu yang dipopularkan oleh Allahyarham Tan Sri P.Ramlee. Memang sesuai sangat dimainkan dalam majlis ini.





Pukul 1.30 tenghari mengiringi pengantin masuk ke dalam dewan.




Nak keluar makan jap. Nanti sambung balik tulis...tak habis lagi ni...............Yeh aku kembali setelah mengisi perut di Restoran Lenggong Seksyen 20 tadi. Makan sup tulang...waduh hingga menjilat sudu deh.

Sambung semula cerita. Setelah acara merenjis tamat kami meraikan pengantin dengan lagu Bunga Rampai mengiringi mempelai ke maja makan beradap.





Persembahan berselang-seli dengan tarian. Memang best. Kami meneruskan persembahan dengan acara memotong kek. Kaulah Segalanya lagu pilihan lagu latar mengiringi pengantin ke meja kek.


Acara diteruskan lagi dan kami meneruskan persembahan. Setelah bergambar bersama-sama mempelai kami menutup tirai persembahan dengan memainkan lagu medley sekali lagi. Terima kasih kerana menjemput kami. Next time jangan lupa panggil kami lagi. Harap semuanya terhibur.

Sunday, 18 October 2015

Majlis Perkahwinan Dewan Perdana Keramat Mall, Kuala Lumpur

Kali kedua kami membuat persembahan di sini. Kali pertama hanya untuk promosi tetapi kali ini kami menguasai persembahan dalam majlis ini. Tapi entah mengapa aku rasa sungguh bosan berada dalam majlis kali ni. Jadi korang tengok jer la gambar-gambar dan klip yang ada ya. Rasa bersalah pun ada. Rasa menyampah pun ada. Asam garam persembahan. Kena akuinya.

Aku ada soalan...kowang yang baca tolong jawab. Mengapa di majlis-majlis perkahwinan kaum wanita memakai pakaian sopan sangat seperti baju kurung....dan mengapa lelaki boleh memakai pakaian yang sangat simple sehingga bertshirt dan berseluar jeans sahaja? Bukankah baik sekiranya pasangan yang datang memakai sepasang busana melayu yang cantik tu dan bukan hanya sang pengantin untuk memeriahkan majlis?










Sunday, 12 January 2014

Promosi di Dewan Perdana Keramat Mall

Persembahan yang diperoleh secara adhoc...latihan hanya dibuat sehari sebelum  persembahan. Jam 9.00 pagi bertolak ke Keramat Mall bersama van Pak Ariffin. Hanusree terpaksa ditinggalkan kerana lewat. Kami tidak mahu terlewat sampai ke tempat yang dituju. Mendapat panggilan daripada ibu Hanusree....maaf dipinta banyak kali kerana terpaksa meninggalkan Hanusree....pesanan telah diberi supaya jangan lewat. Perjalanan kami ke sana berjalan lancar......sesampai sahaja diperkarangan dewan ada sebuah kereta keluar dari parking. Memang cantiklah, terus dituju dan kereta diparking kat situ. 



Barangan dibawa keluar dan anak-anak angklung mengemas semua peralatan dan memulakan saound check. Tanpa mic pun ok kerana dalam dewan...mengaum juga bunyinya. Sebelum memulakan persembahan sempat kami memainkan lagu Sandiwara Cinta...mencuba skor. Wah boleh pakai skor ni nampaknya. Selesai bermain...apa lagi posing time! Kesian Azean terpaksa memakai baju purple berseorangan oleh kerana Hanusree tiada.



Sementara menanti persembahan dimulakan kami memulakan majlis dengan ......makan dulu!




Selesai makan kami ke atas semula bersiap sedia untuk memulakan majlis dengan lagu pertama kami Selamat Pengantin Baru. Sempat juga kami bergambar bersama Kumpulan Gamelan Salwa dari Banting. Ini Kali ketiga kami bersama-sama membuat persembahan di bawah Wariseni Budaya. Pertama sekali di Laman Budaya, kedua di PWTC dan ketiga di sini, Keramat Mall.





 Satu demi satu lagu kami mainkan sehinggalah lagu ke 17.....baharulah mempelai tiba ke dalam dewan. Jenuh dah anak-anak angklung mengayun angklung kat atas ni...syabas anak-anak angklung. Anda hebat!



Memerhatikan mempelai diarak hingga kepelamin. Setelah selesai direnjis-renjis dengan air mawar....kami memainkan lagu Bunga Rampai mengiringi mempelai ke meja utama untuk makan beradap.




Meneruskan persembahan dengan tiga lagu terakhir....memang penat dah anak-anak angklungku. Selesai sahaja anak-anak dilepaskan untuk mengambil makanan dan minuman serta makan aiskrim. Meninggalkan dewan dengan penuh keriangan dan tanpa sedar seluruh CD ku juga tertinggal kat dewan bersama Emcee....alahai.